Monday, December 19, 2011

Benci bas

Posted by sititography at 7:49 PM 1 comments
Tak nak naik lagi...

Alaaaa dah hampir pukul 3 petang pun. Nampaknya dah sampai lah masanya untuk aku tinggalkan bumi Pulau Pinang ini huaaaaa sedihnya. Ikutkan hati tidak mahu aku tinggalkan mereka di sini. Tapi apa boleh buat aku ada tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul di sana jadi mahu atau tidak terpaksa lah juga balik Kuala Lumpur.


Ayah bekerja dan tidak ada sesiapa pun dirumah. Arghhh! siapa pulak nak hantar aku ke Bus stop neh? Mujurlah ada seorang insan ni yang selalu ada bersama aku dan selalu meghulurkan bantuan ketika aku memerlukan. Dia lah yang hantarkan aku ke Sungai Nibong.

"Lapar tak? kalau lapar kita singgah subway kat depan tu sat ok. nanti boleh makan dalam bas" ujar dia. aku hanya tersenyum tanda setuju dan aku memang pasti sangat aku pasti lapar nanti. "Nah ini subwaynya yang tak letak banyak sayur tapi beg plastik tak ada tau pegang ajelah ye" aku cuba menarik muka sebagai tanda protes tapi tidak dihiraukannya.


Aku sudah pun berada didalam bas dan menunggu masa bas bergerak meninggalkan platformnya. Aku duduk dibelakang sekali itu sahaja kerusi yang ada. Tak pa lah asalkan ada juga tempat duduk dari tiada kan?  tapi malangnya bas yang aku naik ini merupakan bas yang paling slow sangat. bayangkan driver bas ini mengambil masa lebih daripada 8 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur. Arghhhhh! pinggang aku dah mula sakit-sakit akibat duduk terlampau lama sangat dah lah tu perut aku buat hal pulak. Tak pa lah sabar sahaja lah asalkan aku selamat sampai pun dah bersyukur sangat.


Tapi aku dah nekad tak nak naik lagi bas siput ini lain kali.


Belum sampai masa lagi lah

Posted by sititography at 2:29 AM 0 comments
Aku belum kahwin lagi....!

"ala... kenapa semua orang berinai nih? ade inai lebih lagi ke ha?" bisik hati aku dan terus bergegas menuju ke ruang dapur.

Tapi siapa pulak nak tampalkan inai ni kat jari aku? mata aku terus tercari-cari siapakah sasarann yang paling tepat. duuumm aku terlihat makngah yang sedang tersandar di penjuru tangga... tanpa membuang masa aku terus menghampirinya...

"Makngah.. tolong tampalkan inai boleh? boleh lah ye nak jugak macam depa semua" ujarku dengan kelembutan.

"Ok boleh lah.. mengadanya tadi semua orang tampal hang tak dak.. eee geram aku, dah duduk diam-diam bak tangan nak tampal" bentak makngah tetapi tangannya terus menampal inai di jari aku... aku pula tersipu-sipu malu dan tersenyum manis.

" Ha hang tu bila lagi? sampai bila nak tunggu? kalau dah ada cepat-cepat kan lah tak payah nak tunggu-tunggu lagi" tiba-tiba toklong bersuara tersentap aku bila terdengar soalan macam tu bertubi-tubi ditujukan kepada aku.. aku hanya mampu tersenyum sahaja malas lah nak menjawab nanti lagi banyak pula soalan. lebih baik aku diam...

Aku ingat cerita tu habis kat situ sahaja tak sangka pula bersambung sampai ke rumah. lepas seorang bertanya terus berjangkit dengan orang lain pulak. macam ikut turn lah pulak... haish rimas jugak... tapi apa boleh buat belum sampai seru lagi lah.. kalau dah smpai aku kahwin lah. nampknya diorang semua ni dah tak sabar kot.


Jodoh pertemuan kan ditangan tuhan semuanya sudah tertulis dengan siapa bagaimana dan bila... kita sebagai hambanya haruslah bersabar berusaha dan berdoa...

Friday, December 9, 2011

Mimpi

Posted by sititography at 6:41 PM 0 comments
Mimpi...
mimpi ini sebenarnya ialah gambaran, pemikiran dan perasaan aku masa sebelum tidur tu rasanya dan benda-benda itu dah terbawa-bawa sampai ke tidur sebab itu lah kot aku boleh bermimpi...

Orang cakap mimpi semua ini cuma mainan tidur sahaja jangan percaya sangat.. ye aku memang tak percaya pun tapi yang peliknya aku asyik mimpi benda dan orang yang sama selama dua malam berturut-turut.. kenapakah ? ermmm mesti sebab aku rindu sangat kat dia kot. pejam mata sahaja mesti aku mimpikan dia... dari mula tidur sampai terjaga dari tidur aku mimpikan dia.. kadang-kadang rasa malas gila nak buka mata ini sebab tak nak lepaskan mimpi pasal dia.


Itulah bila aku fikir-fikirkan balik mungkin sebab aku asyik fikirkan dia sebelum tidur dan juga merindui diri dia sangat-sangat sebab itu lah dia selalu muncul dalam mimpi aku setiap malam.. mana taknya aku dah lama tak jumpa dia.. mestilah rindu sangat... tapi aku tak pernah bagitau dia yang aku rindukan dia dan selalu mimpikan dia.. biarlah aku sorang-sorang yang rasa dan dia tidak perlu lah tahu... aku harap dia juga sama macam aku.. tapi dia rindu kan aku ke? ntah lah semua itu akau tak boleh nak agak sebab hati orang kita tidak dapat baca pun....


walaupun aku tidak dapat mendekati dan berjumpa dengan dia cukuplah sekadar dia hadir dalam mimpi aku....

Thursday, December 8, 2011

Hepi birthday 2 me

Posted by sititography at 12:50 AM 0 comments
Happy Birthday to me...
macam pelik kan? orang wish besday untuk diri sendiri.. tak kisah lah apa pun orang nak kata aku tetap nak wish besday untuk diri sendiri sebab aku meraikannya pun seorang diri aje semalam.. tanpa ada sesiapa disamping aku..

Sebenarnya menyambut kelahiran yang ke-24 ini aku rasa sedih sikit tapi tak apa lah hanya birthday sahaja bukannya penting sangat. aku pun tak tau kenapa aku terasa sedih sangat semalam.. selalunya orang akan merainya dengan gelak tawa tapi berbeza dengan aku. aku tak tahu kenapa semalam aku meraikannya dengan air mata. air mata ini dengan mudah sahaja menitis.. aku cuba menahan tetapi ia tetap mengalir di pipi aku semalam... mungkin hati aku sedikit sebak dan disebabkan itu kot aku menitiskan air mata...

Jom aku cerita apa yang berlaku semalam.... macam biasa pukul 8 malam aku dah smpai rumah dan terasa sangat letih sebab banyak sangat kerja kat offices. sebelum balik aku ada singgah warung nasi lemak sebelah jalan tu beli nasi. itu pun sekadar nak mengisi perut sebab tak nak malam nanti aku lapar. dan itulah menu hari jadi aku pada tahun ini hanya sebungkus nasi lemak dan segelas air kosong. Alhamdulillah tak apa lah asalkan aku masih mampu makan... memang lah sedih tapi bila difikirkan balik mesti ada lagi ramai orang yang tak pernah kenal dan tahu pun hari lahir mereka so aku buat tak kisah lah sangat. 


Tapi hati aku sekali lagi menjadi sayu apabila hanya aku seorang sahaja di rumah. hausemate aku jangan cakaplah memang tak pernah ada kat rumah. aku pun dah biasa duduk seorang diri dirumah.. rasa bosan sangat kemudian aku masuk bilik dan terus tidur... mungkin terlalu letih agaknya sebab itulah mata aku senang sangat untuk terpejam. tak apa lah lagi pun bukannya ada apa-apa yang istimewa pun lebih baik aku tidur..macam tu sahaja lah birthday aku diraikan semalam... mungkin sebab itu aku terasa sangat tersentuh... tak kisah lah macam mana pun.. yang penting aku sangat bersyukur sebab aku masih diberi kesempatan untuk melihat dunia pada hari ini. Alhamdulillah...



Semoga setiap doa & apa yang aku hajatkan akan dimakbulkan Amin.....




Wednesday, November 30, 2011

Tunggu masa

Posted by sititography at 2:17 AM 0 comments
Adooooi tekanan tekanan...
pergi kerja tertekan balik rumah pun tertekan...
adooi mau pulak dapat bos yang macam nak pencen mau tak mau tu... bertambah kusut hidup aku...

Bila dia masuk sahaja pejabat pergh! hilang idea bernas yang ada dalam kepala hotak aku secara outomatik.. memang canggih gila lah dia punya aura.. masuk offices bukannya dia buat kerja tapi melalak menjerit sini sana... huh! stress asyik push orang aje... tapi yang peliknya kalau dia tak masuk offices kerja siap on time.. aku rasa dia ni pembawa badi kusut kot... haaaa bukan aku sahaja macam tu semua staff pun memang macam tu jugak. peragai dia pergh! kalah orang gila meroyan tu. mulut dia jangan cakap lah.. lancang habis. siapa tak tahan memang hari pertama kerja dah cabut lari... kira aku ni ok lah jugak mampu lah bertahan.... tahan tak tahan jugak lah sebab aku pun tengah cari kerja baru ni...
Ha... aku bukan nak cerita keburukan dia. nanti cakap bukak pekong orang pulak... tak baik kan? so aku cerita sikit aje lah pasal dia... dia ni kedekut yang amat... dia belasah tenaga staff macam kuli batak dia sahaja.. tapi gaji tak naik naik. tak naik tak ape satu hal tapi yang panas tu kerja lebih masa sampai ke malam elaun ke ot ke jangan mimpi lah dia nak bagi... dan yang paling aku tak suka tu dah lah bagi gaji ciput lepas tu gaji bagi lambat... gaji bulan ini bulan depan baru dapat. apa ingat orang makan pasir ke? haiiish rimas perut betul...


Tu baru bab gaji.. belum masuk bab cerewet lagi. pergh idea dia aje yang nak pakai idea orang jangan harap lah dia nak terima.. pada hal dia tak sedar idea dia dah ketinggalan zaman dah.. lapuk punya idea. lepas tu dok buat best konon idea dia lah gempaq..! sesekali pihak atasan tak pandang pun idea tu. last2 tak dapat projek. padan muka dok buat style sangat... arrghhhh! malas nak cakap banyak pasal dia... buat penat tangan aku aje taip.


yang pasti aku tengah cari kerja baru doakan aku dapat kerja tu amin....




Berat

Posted by sititography at 12:42 AM 0 comments
Beratnya...
berat sangat untuk aku nak pikul benda ni... aku cuba untuk bertahan dan terus bertahan dengan semua ni.. tapi makin hari bebanan tu makin berat tidak pernah berkurang rasanya.. haaah! letih lah macam ni.. aku tak kuat pun aku dah makin rapuh... macam dahan pokok yang tunggu masa nak patah...! Orang cakap kalau kita rasa berat kita boleh share dengan orang yang kita percaya.. nanti bebanan akan rasa kurang... aku dah buat! aku dah share pun tapi tetap macam tu jugak... Ya Allah tolonglah berikan aku jalan keluar untuk setiap masalah ini... aku tak mampu lagi... 


Bak kata kawan aku.. mungkin ini masa aku berada di bawah.. tuhan sedang menguji aku.. aku pegang kata-kata kawan aku tu.. aku redha dengan setiap benda yang berlaku sekarang.. kawan aku jugak cakap hidup perlu diteruskan dan kita kena tetap teruskan melangkah walaupun tiba-tiba kita sedang dilontar dengan batu. kita memang akan rasa sakit tapi walau sakit macam mana pun kita kena terus dan terus berjalan ke depan.  tapi aku juga manusia aku bukanlah orang yang kuat macam orang lain fikirkan.. ada masanya aku akan rebah dan aku perlukan sepasang tangan untuk membantu aku... aku perlukan tangan tu untuk angkat aku berdiri semula... sekarang aku betul-betul down! semuanya terjadi dalam satu masa yang sama dalam satu masa aku terima ujian seberat ini. Aku stress gila.. sangat tertekan... kenapa semua ni terjadi ? mungkin Allah sayangkan aku sebab tu dia sedang menguji aku.. tapi jauh disudut hati aku ni.. aku mengharapkan ada jalan keluar untuk setiap kesulitan ini.. aku tak mampu lagi untuk terus dan terus menahan bebanan ni ....


Mengharapkan ada jalan keluar bagi kesulitan ini... Amin...


Friday, November 25, 2011

Mak balik lah

Posted by sititography at 8:03 PM 0 comments
Mak.....
adalah nama yang aku selalu sebut tak kira waktu susah atau pun senang sakit dan juga sihat... hanya nama itu yang selalu aku sebut dan nama itu yang selalu ada di hati aku....! Mak orang yang sangat aku sayang... aku sayangkan dia lebih dari apa yang aku ada di dunia ini... mak segalanya untuk aku... aku tidak mampu hidup tanpa mak.. mak adalah kekuatan aku mak adalah nyawa aku...dan mak adalah tempat kami adik beradik bergantung harap....

Dari kecil kami adik beradik tidak pernah tandus tidak pernah kurang merasakan kasih sayang mak... mak selalu ada disamping kami.. mak lah yang selalu memberi nasihat memberi kasih sayang.. melindungi kami ketika kami sedih dan takut... sedikit pun mak tak pernah rasa jemu tidak pernah rasa berat untuk menjaga kami.. kadang-kadang kami degil kami melawan cakap mak.. langsung kami tidak hiraukan hati mak.. kami selalu memberi masalah pada mak... maafkan kami mak...!

Setiap pagi apabila mata kami terbuka wajah pertama yang kami pandang ialah mak... kalau mak tak ade kami akan menjerit memanggil nama mak mencari di mana mak berada.. mak sangat penting pada kami semua... Mak tidak pernah membiarkan perut kami kosong membiarkan kami kelaparan.. ada sahaja makanan yang sedap untuk kami setiap hari.... mak adalah orang yang sangat kami sayang! kami ingat lagi ketika mak demam sakit dan tidak terdaya untuk bangun menyiapkan makanan untuk kami tapi mak tidak pernah menjadikan sakit itu alasan untuk mak tidak masak untuk kami... mak sedaya upaya bangun dalam keadaan sakit bagi memastikan perut anak-anak mak terisi... terima kasih mak! 

Seawal pukul 1pagi mak dah bangun untuk membuat kuih sedangkan kami anak-anak mak masih sedap berselimut dibuai mimpi masing2 tapi mak sudah bangun... seawal itu untuk mencari rezeki membantu meringinkan beban ayah... mak tidak pernah mengeluh sedikit pun rasa penat dan mak sangat sabar dan rajin bekerja.. kami sangat hargai pergorbanan mak itu....

Sesibuknya mak di dapur mak masih terdaya menyiapkan kerja-kerja rutin yang lain.. mak mengemas... mak membasuh.. mak manyapu dan mak buat semuanya... kerana bagi mak itu tanggungjawab sebagai seorang isteri dan mak kepada kami.. mak adalah yang terbaik untuk kami... mak juga tidak pernah rasa kesal rasa penat menguruskan kakak... sedangkan kakak tidak ubah seperti seorang bayi yang perlu dimandikan disuap dan dijaga sebaiknya.. tapi mak masih terdaya lakukan segalanya... Ya Allah kuatnya dirimu wahai mak!

Tapi hari ini mak tinggalkan kami.. mak tinggalkan semuanya.. mak balik lah mak... kami perlukan mak... balik lah mak... mak adik-adik perlukan mak.. kakak perlukan mak... dan kami semua perlukan mak.. kami sayangkan mak! kami nak mak balik... kami tahu hati mak terguris hati mak sakit mak keciwa mak tidak mampu lagi hadapi semua ini... tapi tak kan mak sanggup tinggalkan kami disini... mak besar harapan kami dan kami terasa kehilangan mak.. setiap hari kami berdoa dan berharap mak akan balik ke sini kembali... kami tunggu mak! 


Kami sayangkan mak... balik lah....!






Monday, October 31, 2011

Dont be sad

Posted by sititography at 10:36 PM 0 comments
Sedih ialah suatu perasaan yang Allah telah campak kan kepada kita tanpa memilih siapa di antara kita.. bila Allah campak perasaan ini, kita sebagai seorang insan tak mampu buat apa-apa dan kadang-kadang kita sendiri tidak tahu kenapa kita bersedih.. hebatnya perasaan yang telah di anugerahkan olehNya kepada kita.

Kadang-kadang kita rasa sangat sedih dengan masalah yang kita hadapi tetapi pada orang lain itu bukanlah satu kesedihan... bila sedih datang kita sebagai manusia mula menjadi runsing muram dan menangis meratapi kesedihan itu. pada masa itu, kita akan mula mencari jalan macam mana kita boleh keluar daripada masalah ini... tanpa kita sedar bila kita dalam situasi ini pasti kita mencari dan menemui Allah.. ramai manusia mencari Allah ketika dia sedang bersedih bukan? dan tidak ramai orang mencari Allah ketika sedang gembira bukan?  kita tidak pernah mencari sedih tidak pernah mengundang sedih itu datang dalam hidup kita. tetapi sedih berjaya membawa kita untuk berjumpa Allah... sedih selalu berjaya membawa kita mendekatkan diri dengan Allah... ramai antara kita sujud ketika kita sedih ramai juga orang yang sombong sujud kerana sedih... kalau Allah tidak campak perasaan sedih mungkin kah kita akan mati sebagai ahli neraka? 


Tahukah kita perasaan sedih samada besar atau kecil adalah kerana Allah inginkan kita kembali menyebut namaNya...

Friday, October 28, 2011

Bukannya bodoh

Posted by sititography at 9:06 PM 0 comments
Bodoh ? aku bukan bodoh.. ye aku tak bodoh... tapi pada pandangan mata orang yang melihat mereka akan akan cakap aku sangat bodoh... mereka cakap macam tu sebab mereka tak akan faham apa yang aku rasakan...

Kenapa nampak bodoh ke? salah ke aku sayangkan orang sangat-sangat? rasa kasih sayang yang wujud kat hati aku itu adalah kebodohan ke? kalau kita jujur & ikhlas sayangkan orang  perkara bodoh ke? peliknya dunia neh kan? kalu kita jujur kita pasti akan ditipu, dimainkan, digunakan & tak pernah dihargai. kita diperbodohkan kan? itu yang mereka maksudkan.. ye aku faham apa yang mereka maksudkan...

Tapi kenapa benda ini harus berlaku pada orang yang jujur & ikhlas berkasih sayang? tapi kalau orang yang tak jujur & tak ikhlas mereka pula yang dihargai disayang-sayang dan mereka akan nampak sangat sempurna dimata orang lain. sangat tak adil bila perkara ini berlaku kan? tapi itulah realiti kehidupan.. biarlah apa pun orang katakan kita terima tapi jangan sesekali letak dalam hati. sebab mereka tak akan pernah faham apa yang kita rasakan... biarlah kita nampk bodoh dimata orang lain kerana tulusnya nilai kasih sayang yang kita ada.. aku bangga sebab aku mempunyai rasa kasih sayang yang sangat tinggi.. aku harap suatu hari nanti kebodohan yang mereka cakapkan ini akan menjadi kebahagiaan kepada aku sampai tiba masanya. aku percaya tuhan selalu mendengar kata hati aku.. mendengar setiap keluhan aku melihat setiap pengorbanan yang aku lakukan... aku tidak mengharapkan balasan daripada manusia tetapi aku percaya doa orang-orang yang ditindas tiada hijab antaranya dengan Allah... aku percaya juga suatu hari nanti orang akan sedar bertapa bernilainya aku untuk diri mereka...


Bodoh kerana nilai kasih sayang.....

Monday, October 24, 2011

Titisan air mata seorang ayah

Posted by sititography at 8:54 PM 0 comments
Biasa dan sudah menjadi kebiasaan seorang anak perempuan yang sudah dewasa seperti aku keluar daripada rumah untuk belajar dan seterusnya memulakan langkah untuk belajar mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan bantuan emak atau ayah aku lagi... tetapi bukanlah isu itu yang aku nak kongsikan tetapi berkenaan hati perasaan dan air mata seorang lelaki yang bergelar ayah...

Sumpah seumur hidup aku menjadi seorang anak kepadanya aku tidak pernah melihat ayah menintiskan airmata walau apa pun dugaan dan masalah yang dihadapai olehnya.. hati kecil aku bergitu tersentuh sangat tersentuh apabila petang itu ayah memeluk tubuhku lalu menangis menitiskan air mata keegoaan seorang ayah. ayah aku seorang lelaki yang keras hatinya, keras kepala , dan mudah melenting sekiranya ada yang tidak kena pada pandangan matanya. ayah seorang lelaki yang tabah dan cekal menghadapi kesulitan kehidupan. sehingganya aku dan adik beradik yang lain tidak pernah tahu bilakah ayah dalam saat kesedihan dan kesusahan... mustahil ayah tidak pernah merasa sedih dan susah kan ? tapi ayah tak pernah tunjuk riak muka seperti itu.. melihat wajah ayah seperti melihat limpahan air tasik yang tenang tapi mungkin dalam ketenangan itu tersimpan sesuatu yang kami tak tahu 

Tetapi hari ini aku seperti sudah menyangka ayah tidak akan sekuat dan setabah itu lagi.. aku tidak pernah bersedia untuk melihat seorang ayah sepertinya menangis di hadapanku.. aku sangat  tak kuat untuk menahan hiba tersebut. ayah memeluk tubuh aku lalu menangis dan berpesan " jaga diri baik-baik di kuala lumpur " " ayah sayangkan siti hajar " dengan suara yang sebak dan menitiskan air mata ayah ketika itu. aku sendiri tidak menyangka ayah akan memeluk aku kerana rasanya sudah lama ayah tidak memeluk aku. saat itu aku tidak tahan lagi untuk menahan rasa sebak dan air mata aku juga turut sama mengalir. 


Aku tahu ayah aku sudah buat satu kesilapan yang besar dalam hidupnya ayah aku telah mengecewakan hati isteri dan anak-anaknya tapi aku yakin hatinya terasa bergitu bersalah sekali dan disebabkan itu air mata yang tak pernah kami lihat akhirnya mengalir pada hari 16 okt 2011.... ayah aku memang marah kerana ayah dah melukakan hati emak tapi ayah jauh di sudut hati ini kami sayangkan ayah dan kami tak nak ayah terus terlena dengan kesilapan ayah sendiri. sedarlah ayah kami sangat merindui ayah kami yang dulu dan sudah pasti emak juga memerlukan kembali kebahagiaan bersama ayah seperti dahulu.


Aku akan terus berdoa semuanya kembali seperti biasa amin :'(

Akhirnya selepas 3 tahun

Posted by sititography at 8:09 PM 2 comments
Detik konvokesyen dah sampai ke saat nya... semua persiapan dah dibuat.. yuran dah dibayar jubah dah diambil baju kasut tudung dah pun dibeli.. memang banyak gila duit keluar untuk konvokesyen ini.. tapi aku tak kisah pun keluarkan belanja untuk semua ini sebab hanya sekali dalam seumur hidup aku dapat menyarung jubah merah lambang kebanggaan sesorang mahasiswa... ewahhh!

Dan apa yang menariknya ialah hati ini melompat-lompat rasa tidak sabar sangat nak berjumpa semua kawan-kawan setelah hampir setahun kami semua habis belajar dan masing-masing membawa haluan masing-masing. ada yang dah berjaya jadi orang production ada juga yang lari jauh dari bidang multimedia pun tapi yang paling hebat ada jugak yang dah bergelar businessman dan business women.. tak kisah lah apa pun kerjaya mereka semua yang pasti kita sama-sama berjaya alhamdulillah....

Tapi apa yang paling indah dan akan kekal menjadi sebuah kenangan ialah apabila masa nama diumumkan untuk naik ke  pentas dan berjalan dengan muka cuak bersalaman dengan pro-canselori bergambar beramai-ramai dengan muka skema sama macam sem 1 dulu.. membaling topi ke langit dan menjerit beramai-ramai wah! sangat seronok kemeriahan masa 2..! tapi kalau tanpa ilmu dan sokongan lecturer-lecturer Fitm yang tak jemu-jemu mengajar dan memberi nasihat semua ini tak akan tercapai.. terima kasih buat semua lecturer Fitm semua jasa kalian tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila :'(

Ok habis pasal kawan-kawan dan lecturer tapi tanpa mak ayah dan keluarga hari ini tak bermakna jugak.. terima kasih jugak buat mak ayah dan jiran tertangga aku sebab datang meraikan hari kejayaan ini bersama-sama tak lupa jugak kepada semua yang memberi bunga bear dan walaupun hanya sekadar datang mengucapkan taniah! semua itu amat-amat aku hargai...


Terima kasih Mak & Ayah untuk bunga merah , terima kasih untuk jiran untuk bunga pink, terima kasih untuk Aishah untuk bunga & bear 2 , terima kasih untuk Hidayah untuk bunga coklat & bear , terima kasih juga buat puan marliza untuk bear pemukul lalat 2 , terima kasih wani untuk bear comel 2 & terima kasih untuk faiz , jerin , teha , gula-gula kapas dan semuanya..... 

Friday, October 7, 2011

Setelah Setahun

Posted by sititography at 6:43 PM 0 comments
Setahun sudah berlalu... cepatnya masa ini berjalan dan aku sendiri tak perasan bahawa sudah setahun aku meninggalkan dunia kampus, kawan-kawan dan pensyarah aku yang best sangat 2!

Tapi akhirnya pada 06/10/2011 kami yang terpisah selama setahun membawa haluan masing-masing berjumpa balik di tempat dimana kami mula-mula kenal dulu iaitu Unisel. disinilah kami berkenalan kami mencipta kenangan bersama melalui pahit dan manis bersama dan berjuang susah dan senang bersama. seronok sangat bila mengimbau kenangan dulu. kadang-kadang terasa sangat rindu rasa seperti ingin kembali ke masa dulu. tapi mana mungkin semua itu dapat di ulang kembali. ok jom kita tengok apa yang terjadi bila kami semua berjumpa kembali hehehe :)


Babak I  Canselori - Ok kami semua dah plan awal-awal lagi nak selesaikan urusan konvocation ini sama-sama. malam tu kami semua dah rojer-rojer antara satu sama lain nak jumpa depan canselori unisel. ok memang apa yang di rancangkan menjadi. pukul 10pagi kami semua berjumpa semula depan canselori, yang bestnya dari jauh belum sempat bersemuka dekat-dekat dah terjerit-jerit dalam kereta. padahal kereta belum paking lagi tuh. nampak dah kemeriahan dan kerinduan disitu hahaha... lepas dah turun kereta apa lagi berlari-lari comel peluk dan cium pipi melepaskan kerinduan masing-masing. ok kami tak buang masa terus bergegas masuk canselori tuh.. masuk-masuk pergh! ramai gila orang dapat nombor 300++ jugak lah penat lah nampaknya nak tunggu. tapi nasib aku baik sikit sebab ada seorang kawan dah amik kan nombor untuk aku. laju sahaja aku selesaikan. tapi aku kena tunggu kawan-kawan jugak...

Babak II Fitm - lepas dah sttle urusan kat unit bendahari dan jubah pun dah amek. tetiba puan marliza hop program aku msg tanya ada kat mana. jadi kami semua terus ke falkuti nk jumpa puan, dan bestnya bising balik lah bilik puan mana taknya kami semua memang dari dulu lagi suka buat kecoh kat fakulti. hehehe seronok sangat terasa macam student aje masa tu. kebetulan dowang semua kena ke canselori semula, jadi aku ditinggalkan di Fitm 2 bersama puan, puan pulak ajak makan sama-sama tak kan lah nk tolak eishh tak sampai hati pulak jadi aku pun join lah makan sama-sama. tapi apa yang kelakarnya belum sempat nak makan. habis nasi aku tumpahkan.. hahaha penat jugak lah nak bersihkan dan puan terpaksa pergi beli yang baru.. sori puan!


Babak III Restoran Bendang - perut pun dah rasa lapar, apa lagi semua nak pergi malantak lah. sepanjang otw nak masuk kedai 2, snap gambar tak henti-henti adoooi dah macam artis pulak.. hahaha :) ok bila dah masuk kedai riuh rendah dengan suara kami pot pet pot pet dengan gelak berdetum-detum lagi. sampai semua orang tengok lah. peduli apa kami yang penting kami seronok sangat! and the last terima kasih nani dan tunangnya sebab belanja kami makan :)

Seronok sangat hari ini menghabiskan masa bersama puan marliza, encik suhaimi, Ayu , zizie , nanik , aloi , tunang si nani dan robek kawan ayu.......


Wednesday, October 5, 2011

Sakit kepala

Posted by sititography at 9:55 PM 0 comments
Adoooi macam ini rupanya rasa sakit kepala. sakit kepala ini bukan macam pening-pening lalat yang selalu. tapi sakit dia lain macam sangat. peliknya kenapa tiba-tiba kepala aku sakit sekarang ni ha? sebab masa aku belajar dulu aku tak pernah ada penyakit macam ni. selalunya kawan-kawan serumah aku yang selalu sakit. Hmmmmm musykil sangat ni.

Sakitnya pulak bukan sehari dua. tapi dah berhari-hari aku sakit macam ni. kalau nak tau, penyakit ini menyerang aku pada waktu petang dalam pukul 5 petang sampai membawa ke pagi. aku ada jugak telan panadol konon nak kurangkan rasa sakit. memang berkesan untuk serangan pertama dan kedua tapi bukan lagi untuk serangan ketiga dan seterusnya. kalu amakan panadol pun tak akan ada apa-apa perubahan langsung. sakit tetap sakit malah terasa seperti nak pecah kepala ni. adooooi...! maka apabila penyakit ini menyerang aku memang tak akan melayan sesiapa pun lah tidak kira lah soal mati atau hidup sekali pun aku tak akan layan. sebab aku sedang bertarung melawan sakit kepala yang sangat dasyat ini.

Aku belum pergi buat pemeriksaan di hospital atau mana-mana klinik lagi. bukannya apa aku cuma takot kalau-kalau sebenarnya aku mengalami penyakit apa-apa. eishh...! kalau nak tau macam-macam benda aku pikir sekarang. sebab itu aku takut nak pergi jumpa doktor buat masa ini. aku akan pergi jumpa jumpa doktor nanti tapi bila semuanya tidak tertahan lagi nanti. bukannya apa, sebenarnya disebalik penyakit kepala ini, aku ada satu cerita tentangnya.

Ceritanya seperti ini, aku ada ayah sedara tiri sebelah ayah aku, iatu adik kepada ayah aku hasil perkahwinan kedua atok aku atau kalau orang utara panggil tokwan. nama dia zukkifli, dia kerap sangat sakit kepala, masa tu semua orang buat tak kisah lah, sebab semua pikir perkara itu hanya lah sesuatu yang biasa. tapi siapa menyangka sakit kepala yang di anggap biasa bertukar menjadi sesuatu yang sangat luar biasa. rupa-rupanya dia mengalami barah otak. hmmm.... dah akhirnya penyakit tu sikit demi sikit hari demi hari penyakit tu menyeksa dia. selang beberapa bulan selepas itu dia kerap keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. tetapi ternyata tuhan lebih sayangkan dia. hmmmm disebabkan itulah aku langsung tak ada keberanian dan kekuatan untuk pergi buat pemeriksaan kat klinik sorang-sorang. Tapi aku berharap sangat tak akan ada apa-apa perkara yang serius akan berlaku kat aku sebab penyakit sakit kepala yang melampau ini. 


Doakan aku ok kawan-kawan....

Sunday, September 11, 2011

2 Minggu tanpa henti

Posted by sititography at 8:56 PM 0 comments
Adoooi nasib tak selalunya baik... kenapa aku cakap macam tu sebabnya benda ini betul-betul jadi kat aku selama dua minggu tak henti-henti... mungkin Allah sedang menguji tahap kesabaran aku... so aku terima semua ujian ini walaupun hati aku sedih giler... mana tak sedihnya baby aku rosak kerana semua ini... korang nak tau apa yang dah terjadi jom baca cerita aku kat para bawah ni...


Hari pertama iaitu tepat pukul 3 petang pada hari ahad 04/09/2011 kereta kesayangan aku PJE kena cium bontotnya dengan kereta proton saga warna kelabu.. masa tu aku kat trafic light kat pemaisuri otw balik dari cheras pi hantar ketupat dekat untie lela... adushh! apa lagi aku turun dari kereta dengan muka benggang lepas tu aku dan kereta yang langgar aku tu pun berhenti kat sisi jalan sebab nak elak dari jam... lepas untie lela dan family sampai kat tempat kejadian semuanya selesai dan orang tu bayar ganti rugi kat aku rm130 sebab kereta aku tak ada la teruk sangat cuma calar sikit dan no plate patah...


Ok lepas semua tu selesai aku pun dah repair kereta dengan hati yang lega... minggu berikutnya tepat pukul 10malam kat bangsar pada hari jumaat 09/09/2011 kereta aku pulak yang mencium teksi... adush... masa tu hanya tuhan saja yang tau betapa remuk nya hati aku sama macam remuk nya kereta aku... lepas minta maaf kat driver teksi tu aku pun bayar la dalam rm100 sebagai ganti rugi... tapi serius tidur malam aku memang tak senang asyik pikirkan PJE kat kemek 2... dan esok petangnya aku bertemankan kawan aku pi cari kedai ketuk dan cat sekitar kepong... tapi sangat mengecewakan sebab harga nak ketuk tu bapak punya mahal.. mana lah nak termampu aku nak bayar... and paling susah bila kereta nak kena tinggal.. susah lah aku nak bergerak... urmmmmm....


Dengan hati yang keciwa dan sedih kami pi makan sat kat giant batu caves... lepas tu masa nak balik mata ni betul-betul terpandang sign board " kedai repair bumper" aku try ke kedai tu sebab nak cuba nasib... alhamdulillah akhirnya kereta aku berjaya diketuk tanpa perlu tinggalkan kereta dengan harga yang lebih murah jauh sangat perbezaan harga dengan kedai-kedai sebelum ini.. alhamdulillah... PJE kembali normal... tapi bumper aku belum tukar lagi... nanti lah bila ada duit aku pi tukar...


Malang memang tak berbau kan ??

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011

Posted by sititography at 7:53 PM 2 comments
Selamat hari raya adidilfitri maaf zahir dan batin...
ampun maaf dipinta andainya pernah terkasar bahasa kadang terlepas cakap bak kata orang cakap sedap mulut aja.. ke pernah termarah tak tentu pasal sampai hampa ambik hati sampai terasa kat tulang putih tu aku minta maaf sangat...! kalau aku pernah tersasul mencarut dan termaki hampa aku minta maaf jugak.. sebab mulut aku kalau tengah marah memang main sembur saja so aku pohon maaf sangat...! ha... kalau aku ada terpukul tercubit tertumbuk tertampar tersepak kat mana-mana sampai hampa rasa sakit aku minta maaf ok.. janji tak buat lagi dah hehe :) yang paling penting kalau aku termakan terambik barang-barang kepunyaan hampa aku minta halal ok halalkan la dunia dan akhirat tau...! dan apa-apa sahaja la yang pernah aku lakukan aku mohon maaf dan harap hampa semua maafkan kesilapan aku tu.. dan aku dengan ini memaafkan setiap salah dan silap yang pernah hampa buat dekat aku dan aku tak akan simpan dalam hati dan bawak ke mati orait!


Ok maaf dah minta, mai sini aku nak cerita peristiwa raya yang berlaku antara aku dia dan family...
ok macam biasa lah pagi-pagi raya bersiap pakai baju cantik wangi-wangi terus pi sembahyang raya.. selalunya mak aku jarang pergi sembahyang raya sebab tak ada siapa nak jaga rumah tapi sejak ada bibik mak aku dah ada kesempatan untuk solat sunat aidilfitri tahun ni.. ok balik aja dari sembahyang raya dah ada tetamu datang gila punya awal.. salam raya pun belum lagi so terpaksa la dia tunggu kejap sebab kami satu family nak bersalaman dan kalau hampa nak tau tahun ni sedih sangat tak macam tahun-tahun lepas... 1st aku mengalirkan air mata di pagi hari raya bila aku tengok mak dan ayah aku bersalaman pohon maaf atas kesilapan mereka... dan yang paling best ini adalah kali pertama di pagi raya aku mencium mak aku.. mungkin pada semua mencium mak adalah perkara biasa tapi berbeza dengan aku sebab selama ini aku tak pernah mencium mak aku sendiri :( dan aku rasa indah dan terharunya bila aku dapat mencium mak yang aku cintai tu.. dan yang paling best ini juga merupakan tahun pertama aku sebagai seorang anak dan kakak bagi duit raya dekat mak,ayah dan adik-adik aku.. tapi bukan setakat tu aja.. kat semua sepupu-pupu pun aku bagi duit raya.. so bajet raya tahun ni kena lebih lah.. hahahaha :)

Tahun ni boleh dikatakan ramai gila datang raya sampai makanan habis.. bak kata bibik kalu kita jual dah beratus dapat.. hahaha :) time-time raya macam ni lah adik beradik sedara mara berkumpul gelak ketawa best sangat! kan best kalu setiap hari raya maknanya antra kita semua tak akan ada pergaduhan semuanya gembira kan ? oklah setakat ni sahaja kot cerita raya yang aku nak cerita yang lebih-lebih lain kali aja la... ok apa-apa pun raya tahun ni akan tersemat dalam ingatan buat selamanya...


Selamat hari raya maaf zahir & batin.... :)

Balik Kampung Raya 2011

Posted by sititography at 2:19 AM 2 comments
Perjalanan jauh tak ku rasa kerna hatu ku melonjak sama ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata.. nun menghijau gunung ladang dan rimba langit nan tinggi bertambah birunya deru angin turut sama berlagu semuanya bagaikan turut gembira... balik kampung oh oh balik kampung hati girang...!

Huyooo best giler kan kalau nak balik kampung.. sampai nak tidoq malam pun tak lena punya semangat nak balik kampung.. buruk macam mana pun keadaan kampung kita tapi nikmat kalau dapat balik kampung... bagi hampa yang tak ada kampung sudah pasti lah tidak merasa kenikmatan dan kemeriahan indahnya nak balik kampung tapi bagi aku yang duduk jauh dari keluarga saat-saat macam ni lah yang aku nanti-nantikan... terus teringat suasana rumah, riuh rendah rumah dengan suara adik-adik dan emak aku.. dan paling best rindu mak masak makanan yang sedap giler tu!

Ok kali ini aku balik bukan sorang tapi berdua siap konvoi lagi dengan sorang kawan aku yang kerja kat hukm.. janji pukul 10am tapi macam biasa lah janji kan? last-last pukul 11am baru gerak dari kuala lumpur.. semangat nak balik kampung drive agak laju jugak... mampus..! harap-harap clear lah dah kena saman.. amin :) alhamdulillah akhirnya sampai jugak kami kat penang! dan paling best hari tu kami berbuka kat luar pekena ikan bakar stone bay.. sedap jugak...!


Selamat pulang ke kampung semua hati-hati drive :)

Wednesday, August 24, 2011

Untuk kedua kalinya

Posted by sititography at 12:08 AM 2 comments
Betul cakap orang...
kalau ada yang pertama pasti akan ada yang kedua dan tidak mustahil akan ada yang ketiga dan juga keempat..! sebab tu hampa semua tolong-tolong dan tolonglah jangan mulakan pertemuan dengan sesiapa pun.. bila hampa sudah bertemu pasti pertemuan buat kali pertama itu tidak cukup dan pertemuan untuk kali kedua akan dirancang selepas itu!

Itu tidak adil untuk orang yang amat sayangkan diri hampa.. bayangkan dia disana sangat percayakan hampa tapi hampa sedang begembira gelak-gelak dengan orang lain... Ya Allah sanggupkah hampa buat semua tu pada orang yang amat sayangkan hampa selama ini? hanya kerana orang yang hampa nak jumpa tu... tidak terpikirkah hampa tentang hati dan perasaan dia ketika hampa sedang bergembira berjumpa dengan orang lain masa tu? 

Ok ok cuba bayangkan kalau dia pulak yang pergi berjumpa dengan orang lain.. apa yang hampa rasakan ketika itu? pasti marah rajuk geram benci dan sebagainya kan? kalau hampa tak suka dia keluar dengan orang lain walaupun sekadar kawan so hampa pun kena la jugak buat macam 2...! macam nilah.. hati dan perasaan orang kita tak boleh duga apatah lagi nak mengawal setiap langkah dia.. memang tidak termampu lah... tapi kalau ada kejujuran dan kesetiaan hal macam ni pasti tidak akan berlaku dalam hubungan hampa percayalah...! sebenarnya perkara macam ni lah boleh buat sesuatu hubungan tu rosak dan musnah! musnah sebab sikap hampa yang tamak.. tamak untuk mendapat kasih sayang daripada orang lain sedangkan kasih sayang yang hampa ada ini pun sudah cukup banyak...!

Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.. kalau hampa rasakan berjumpa dengan pihak ketiga tidak salah... lakukanlah tapi jangan menyesal kalau suatu hari nanti hampa akan kehilangan orang yang sayangkan diri hampa sangat-sangat saat ini... mungkin dia diam dan izinkan hampa berjumpa tapi pernah tak hampa fikir macam mana hati dan perasaan dia ketika dia izinkan perkara itu berlaku? 


Ingat jangan tinggalkan orang yang hampa sayang untuk orang yang hampa suka sebab tidak mustahil orang yang hampa suka akan tinggalkan hampa untuk orang yang dia sayang....!

Tuesday, August 23, 2011

Tipu lagi

Posted by sititography at 11:38 PM 0 comments
Aku percaya setiap manusia pasti tidak suka diri dia kena tipu dan diperdaya oleh sesiapa sahaja. tak kira lah samada orang yang baru kenal , orang yang kenal sikit-sikit @ orang yang terlebih kenal... tapi kita sebagai manusia pasti tidak pernah terlepas daripada berjumpa dengan sengaja @ tidak dengan manusia seperti ini...

Kenapa mereka suka menipu? memang hobi mereka kah? @ mereka suka suka dan suka melakukan hal-hal seperti ini. ingatlah kita hidup di dunia ini tak ubah seperti roda kereta myvi kat luar tuh.. mungkin hari ini kita menipu orang lain tapi nescaya masa kita pasti akan tiba. dan masa tu aku pasti hampa akan sedar dan faham macam mana hancurnya hati orang yang pernah hampa tipu dulu.. ya mungkin hampa menipu ada sebab, sebab tak nak panjangkan cerita tapi tahu tak walaupun hampa berjaya memperdayakan orang tu masa tu tapi Allah akan tunjuk pada hampa jugak samada cepat atau lambat terserah pada kuasanya... dan masa tu mungkin dah terlambat untuk hampa minta maaf pada dia..! ingatlah setiap manusia tu memang harus diberi peluang kedua... tapi tak akan ada lagi peluang ketiga..!


ingatlah tipu bukan jalan terbaik untuk menjaga hati & hubungan... hubungan perlukan kejujuran!



Wednesday, August 17, 2011

Shopping Shopping raya

Posted by sititography at 7:10 PM 0 comments
Raya raya raya...
sebut sahaja pasal raya sudah tentu kita teringat hari raya... tak kira apa bangsa semua nak raya.. jadi bila gaji dah masuk apa lagi jom la kite shopping raya...

Tahun ni merupakan tahun pertama untuk aku beraya sebagai seorang yang bekerjaya walaupun kerja aku hanya makan gaji tapi alhamdulillah cukup lah buat masa ni.. apa kata orang biarlah merangkak dahulu sebelum belajar berlari...

Apa yang bestnya tahun ni ialah aku dapat beli baju raya sendiri menggunakan duit titik peluh aku sendiri... aku tidak perlu lagi mengharapkan duit emak dan ayah seperti tahun-tahun sebelumnya... yelakan sudah bekerja hehehe.. :) dan apa yang menarik tahun ini ialah aku dapat beli sedikit barang untuk keluarga aku.. emak dapat tudung ayah pula dapat kain pelekat dan adik dapat tudung dan songkok... walaupun ianya tidak seberapa tapi aku rasa sangat puas..! yelah inilah kali pertama aku belikan barang hari raya menggunakan duet aku sendiri...alhamdulillah....

Lagi menarik aku pergi shopping raya ditemani oleh seseorang...
sebenarnya inilah kali pertama aku pergi shopping hari raya tanpa kawan-kawan... lain sangat daripada dulu-dulu.. dulu kawan2 la peneman untuk shopping raya tapi kini semuanya sudah berubah.. mana taknya masing-masing ada kehidupan sendiri... walau macam mana pun kenangan shopping dengan kawan-kawan sentiasa berada dalam ingatan aku sampai bila-bila :)

Lainnya tahun ni aku pergi shopping naik LRT haaa... kalu nak tahu dulu kalu nak shopping aku mesti naik kereta terus ke jalan Tar tapi kali ini sangat lain... ermmm sedar tak sedar semuanya dah berubah...
hidup kita sentiasa berubah kan ? kenangan shopping tahun ini akan aku ingat sampai bila-bila...
Opppsss sebenarnya ada banyak lagi benda yang aku belum beli... nampaknya nanti sebelum balik beraya aku terpaksa habiskan shopping hehehe :)


Raya raya raya selamat shopping......!

Friday, August 5, 2011

Ramadhan 2011

Posted by sititography at 12:20 AM 0 comments
Alhamdulillah ramadhan datang lagi.... syukur sangat aku masih dapat menyambut ramadhan kali ini walaupun aku menyambut ramadhan dengan perasaan sayu sekali....

Ramadhan kali ini sungguh menyentuh hati aku...
bukannya aku tak biasa berada jauh dengan keluarga dan ini bukan lah ramadhan pertama aku di negeri orang tapi dah kali keempat dan sepatutnya aku sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini tapi hati ini terlalu sayu pada ramadhan kali ini. mungkin kerana aku menyambut ramadhan seorang diri tanpa keluarga tercinta di sisi dan juga kawan-kawan seperti dulu...

Dulu walaupun keluarga aku jauh dimata tapi aku masih ada kawan-kawan yang sama-sama menyambut kehadiran ramadhan tapi itu dulu 3 tahun yang lepas sewaktu aku masih belajar di unisel. tapi kali ini sangat berbeza jauh berbeza dan inilah yang membuatkan hati aku sangat tersentuh setiap kali sahur dan berbuka.. teringat kenangan masa belajar dulu-dulu, ramadhan kami sangat seronok mana taknya setiap pagi dapur tu akan bunyi riuh rendah dengan bunyi lesung batu,pinggan mangkok dan riuh rendah suara masing-masing dan macam-macam ragam kawan-kawan masa bangun sahur. kadang-kadang bila malas nak memasak di dapur kami beramai-ramai akn keluar ke cafe untuk membeli apa sahaja makanan untuk bersahur... seronoknya ramadhan di kampus ketika itu.. bila berbuka pulak berpusu-pusu orang ke bazar ramadhan berebut-rebut membeli juadah berbuka dan walaupun terpaksa berbuka di dalam kelas itu tidak menjadi masalah kerana semua itu sangat menarik dan akan kekal menjadi sebuah kenangan sebagai seorang pelajar...


Tapi itu semua dulu, dah tak sama macam sekarang tapi  sekarang sahur seorang diri dan berbuka pun seorang diri.. pilunya hati ini dan sangat terasa sedih.. alangkah bestnya kalau aku berada bersama keluarga saat ini pasti mak aku akan sediakan apa sahaja menu yang aku nak.. aku sangat rindukan saat seperti itu... tak apa la mungkin ini semua dugaan dan ketentuan yang telah di takdirkan kepada aku. walau macam mana pun ramadhan kali ini aku harap aku dapat lakukan dengan sempurna dan mengharapkan bukanlah ramadhan terakhir buat aku...



Selamat berpuasa dan salam ramadhan......

Thursday, July 28, 2011

Hargainya

Posted by sititography at 12:42 AM 0 comments
Hargainya....
Susah ka untuk kita menghargai ? kenapa susah sangat kan nak hargai orang lain ? tapi bila kena tang kita pulak guling-guling nak orang hargai kita.. tapi diri kita sendiri tak pandai tak reti kedekut sombong sangat untuk menghargai orang lain.... kenapa ?

Contohnya macam ni...
Bila kita tunggu orang lama-lama mesti kita marah kan ? siap mengamuk lagi tapi pernah tak kita pikir yang selama ni dia tunggu kita lama mana pun dia tak kisah pun sikit pun tak marah... penyabarnya dia.....

Bila kita bosan kita terhegah2 cari dia nak dia temankn kita... tapi bila dia pulak bosan kita langsung tak layan dia... sibuknya kita sampai tak ada masa nak dengar luahan hati dia..
kesiannya dia sedangkan dia pun nak kan perhatian kita jugak....

Bila kita call dan dia tak angkat panas je hati ni dan mula la tuduh macam-macam... sikit pun kita tak pernah pikir benda yang baik-baik pasal dia... tapi bila dia pulak call dan kita pulak yang tak mau angkat alasan masa tu ada dengan kawan-kawan... masa tu kenapa kita tak pikir hati dia ?  hancurnya hati dia sebab diabaikan dan kawan-kawan yang kita utamakan bukan dia....

Bila dia letih kita paksa jugak dia layan kita kadang-kadang sampai tertido dia dengar semua cerita kita... tapi bila dia suruh kita layan dia walaupun seminit pun kita tak nak.... kenapa kita tak boleh ? adil ke macam tu untuk dia ? dia selalu ada untuk kita setiap hari setiap masa dan setiap saat yang kita nak.... dia sedar kadang-kadang kita tak pernah bersyukur dengan kehadiran dia dan hargai diri dia tapi dia tetap menunggu kita... kenapa jadi macam tu ?

Dia sanggup korbankan apa sahaja asalkan kita bahagia tapi kenapa kita masih tak nampak ketulusan dia ? mana perginya mata hati kita untuk itu ? macam 2 la kita sebagai manusia yang tak pernah nak perasan apatah lagi nak hargai orang yang sayangkan kita... kita selalu lupa yang kita selalu sakitkan hati orang yang sayangkan kita... kita jadi lupa dan seolah-olah lupa diri dan tak pernah sedar bahawa dia sangat sayangkan kita dan selalu ambil berat pasal kita... dia sayangkan kita sepenuh hati dia tapi kita anggap benda tu benda biasa yang kita boleh dapat bila-bila masa sahaja... orang tu banyak bekorban masa, tenaga dan jiwa untuk kita tapi kita tak pernah nak hargai malah kita sikit-sikit bayar dengan rasa ego, gelak tawa, dusta dan kita tak pernah nak selami jiwa dia.


Hargailah orang yang sayangkan kita..........

Monday, July 25, 2011

Patut ke berulang

Posted by sititography at 9:12 PM 0 comments
Kalau sekali kita buat silap itu mungkin tak sengaja... mungkin orang lain boleh maafkan kesilapan kita dengan mudah sebab setiap orang berhak diberi peluang kedua dalam hidup dia kan ? sebab tak dak manusia yang sempurna dalam dunia ni pun..

Tapi kalau lepas kita dah maafkan kesilapan pertama dia dan dah pun bagi peluang kedua untuk dia fikir balik setiap kesalahan tu dan kita harap sangat benda tu tak akan berulang untuk kali kedua kan ? besar sungguh harapan tu...

Tapi kalau itu adalah manusia dia tetap akan lupa setiap janji yang pernah di lafazkan... janji tak akan ulang tapi akhirnya dia buat jugak dia ulang semula benda yang sama... kerana sayang mungkin kita akan sentiasa memaafkan dia... bagi lagi peluang ketiga dan keempat... sebab semuanya kerana satu alasan yang sangat kuat iaitu sayang... tapi sayang itu tidak cukup bagi mereka...

Kerana semua itu mungkin hati kita seolah-olah ditikam dihentam dipijak sakit sangat...
tapi depa semua tatap seronok meloncat gembira ulang kesilapan yang depa sendiri tau yang kita sangat benci dan tak kan pernah suka perbuatan tu.. tapi apa depa peduli sebab depa dah set dalam kepala "ala tak pa nanti dia cari la aku, dia kan sayang aku... aku buat salah macam mana pun dia akan maafkan aku " macam tu kah erti nilai kasih sayang kita dibalas ?

Mungkin kita masih bertahan dan memaafkan kesilapan yang depa buat kerana kita sayang dan nilai kesabaran dalam diri sangat tinggi hari ini... tapi siapa menduga kesabaran ini mungkin juga akan terhakis suatu hari nanti.....



Jangan diduga air yang tenang tak akan bergelora........

Friday, July 22, 2011

Jangan Ego

Posted by sititography at 8:45 PM 0 comments
Semua orang mesti ada sikap ego... biasa la tu kan ? kadang-kadang kita tak boleh mengawal rasa dan perasaan kita sendiri...walaupun sebenarnya langsung tak terniat dihati untuk jadi seorang yang ego pun tapi sebab hati yang mendesak secara tak sengaja kita jadi ego... dan kerana peragai tu kadang-kadang membuatkan kita menyesal.... semua ini terjadi sebab diri kita sendiri tak mau mengaku kalah nak menang sendiri.

Selalunya benda-benda ni terjadi pada pasangan bercinta la.. Bila salah seorang daripada hampa buat salah dia bukan nak mengaku salah tapi siap set dalam kepala dia "i am always right" ego tinggi sangat konon tak kan mengalah...

Kalau macam tu sampai bila pun masalah tak selesai sebab masing-masing tak mengalah... payahlah macam tu.. bila keadaan bertambah tegang mesti masing-masing mendiamkan diri.. hang tak call aku dan aku pulak tak mau call hang... biar la apa nak jadi kan ? tapi pada hakikatnya dalam hati dan setiap detik dok tunggu sms masuk kan ?
tunggu dia pujuk hampa kan ? tapi sebab masing-masing ego memang jawabnya tak ada la apa-apa sms pun tunggu la sampai berjanggut putih pun...

Aku percaya dan akhirnya diri hampa sendiri yang teruk kan ?
mana taknya mesti makan hati berulam jantung kan ?
adooii kesian gila kan ? kalau tak mau benda tu jadi hanya ada satu jalan saja iaitu mengalah lah...
tak salah kalau kadang-kadang kita mengalah...


Moral the story jangan pentingkan diri sendiri.......

Tuesday, July 12, 2011

Jangan Tamak

Posted by sititography at 7:53 PM 0 comments
Kita hanya di anugerahkan dua tangan sahaja kan cuba hampa pikir betoi-betoi... pikir secara logik akal tahap yang terbaik... kalau ada dua tangan sahaja bermakna hampa hanya boleh genggam 1 benda sahaja dalam setiap tengan 2 kan ? 1 kat tangan kiri 1 kat tangan kanan...
dan bila hampa total mesti lah jawapannya 2 benda sahaja kan ?

Tapi ada jugak orang-orang yang rasa eishh..! mana cukup genggam 2 benda ja... aku nak tiga aku nak empat aku nak lima dan aku nak bla dan bla...
wei hampa ni gila ka apa ? ingat tangan hampa 2 tangan dewa-dewa ka?
nak genggam banyak-banyak... heran betoi..! awat la nak jadi tamak sangat...

Lebih baik jaga apa yang ada...
hargai apa yang dah ada dalam genggaman 2 sebaik mungkin...
sebab apa aku suruh jaga baik-baik sebab mungkin masa hampa nak
capai barang yang ketiga 2 salah satu barang yang ada kat genggaman 2 mungkin terjatuh...
dan masa 2 dah agak terlambat untuk hampa kutip balik..
dan mungkin hampa akan kehilangannya buat selamanya...
nak menyesal ? macam tak ada gunanya lagi la rasanya...
sebab hampa yang nak benda tu terjadi bukan orang lain pun...

Mungkin itu pilihan hati hampa sendiri... hampa ada akal hampa mesti boleh pikir sendiri dan tak payah nak suruh orang lain tolong pikirkan pulak untuk hampa... semua keputusan dan pilihan terletak kat tangan dan hati hampa sendiri bukan orang lain...! kalau hampa lebih nak benda yang baru dan masih segar 2.. maksudnya hampa terpaksa la lepaskan salah satu yang ada dalam genggaman tangan 2... dan dua-dua tangan yang hampa ada 2  tak akan mampu nak genggam sampai tiga benda dalam 1 masa yang sama...



Pilih la yang mana yang rasa terbaik dan teruskan langkah mengikut jalan yang di pilih.......

Sunday, July 3, 2011

Berat ujianMu

Posted by sititography at 11:12 PM 0 comments
Kenapa aku diuji macam ni ?
Kenapa aku ? kenapa bukan orang lain ? Aku betul-betul lemah hampir mati  dengan ujian ini... benda ni buat hidup aku hilang semangat untuk hidup lagi dan paling teruk kenapa dalam hati ini ada rasa benci ? aku tak boleh membenci dia... aku tak boleh benci dia..!

Dan masa 2 aku bertanya
Kenapa berat sangat ujian ni ?
dan aku dah dapat jawapannya...
sebab Allah tak bebankan aku kalau itu semua di luar kemampuan aku...

Kenapa aku perlu frust ?
penawar untuk rasa ini adalah aku kena kuat aku tak boleh lemah aku tak boleh terus  menerus sedih sebabnya aku akn menjadi orang yang
berdarjat kalau aku sabar...

Macam mana aku nak hadapinya ?
fomulanya ialah sabar.. aku kena sabar...
dan aku perlu kuatkan kesabaran ni melebihi kesabaran musuh...
dan aku perlukan pertolongan.. pertolongan Allah...
dengan sabar aku perlu bertaqwa memohon pdNya...
hanya Dia boleh bantu aku saat ini...

Aku betul-betu tak tahan...!
tapi aku tak boleh putus asa dgn rahmat ini...
kerana oramg yang putus asa adalah tergolong dalam
kaum kafir....


Hanya Allah dapat tolong aku bukan sesiapa lagi.....

Monday, June 20, 2011

Janji la sangat

Posted by sititography at 2:07 AM 0 comments
Janji....!
Janji tau...!
Lepas ni tak buat lagi dah...!
semua orang pernah berjanji dan dijanji... alahai suweetnya masa dok tengah janji 2 kan ?
tapi hampa sedar tak sebenarnya
kadang-kadang 2 hampa berjanji benda yang hampa sendiri tak mampu nak buat.. semua 2 semata-mata nak sedapkan hati orang yang diberi janji 2 & the last hampa sendiri mungkir janji 2... mungkir janji 2 berdosa hampa tau dak ? munafik nanti masuk neraka tak tau la...

Bagi aku la kan...
janji 2 adalah 1 perjanjian hati yang kita kena tunaikan walau dengan apa cara sekali pun..
sebab 2 la aku takut sangat nak berjanji sebabnya
aku takut aku tak mampu nak tunaikan...

Tolong la wahai pembuat janji kalau hang rasa hang
tak mampu nak tunaikan tak mampu nak buat
tak payah la berjanji sebabnya janji-janji 2 macam
bagi harapan kat orang lain tapi & lastnya hang mungkir 
semuanya... sakit hati oooo & hang jugak dapat dosa...
jadi tak payah la nak tambah dosa-dosa yang ada ok...



Tak payah nak lembut sangat lidah 2 untuk berjanji.......

Friday, June 17, 2011

No one can replace you dad

Posted by sititography at 9:45 PM 0 comments
No one can replace you dad....
ramai orang dok sambut hari ibu....
sambutan memang besar-besar
sangat la... semuanya kerana ibu....
anak-anak pulak tak pernah
lepaskan peluang untuk belikan hadiah
untuk ibu tercinta...


Tapi pernah dak hampa semua terpikir ?
yang ayah hampa mesti jeles...
sebab masa hari bapa hampa semua
tak bagi apa-apa pun kat dia...
ucapan pun dia tak dapat...
kesiannya kat depa....


Tapi bagi aku mak ka ayah ka depa sama ja... peranan depa sama saja
untuk mendidik dan mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia
untuk kita sebagai anak-anak depa...
hari ini kita kena la balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka...
sebab satu hari nanti kita juga akan jadi mak & ayah pada anak-anak..
dah tentu kita pun nak anak-anak kita nanti jadi manusia yang tau
untuk membalas jasa mak dan ayah...


Selamat hari bapa untuk ayah saya... i love u dad...

Tuesday, June 14, 2011

Bukan niat saya pun

Posted by sititography at 2:17 AM 0 comments

Saya betul betul minta maaf awak....
saya tau saya salah, saya tau ini semua adalah silap saya sendiri.. awak dah banyak bersabar dengan semua sikap dan tingkah laku saya kan ?


Tapi saya langsung tidak hiraukan kesabaran awak tu... malah saya abaikan dan tidak pandang pun kan ?
butanya saya... saya langsung tak nampak semua 2.... maafkan saya...


Mesti awak dah penat cakap
" tolong jangan abaikan awak "
awak juga nak perhatian & kasih sayang dari saya....
dari dulu lagi kan ? tapi saya tetap tidak peduli...


Saya lebih utamakan kerja & kawan kawan
saya dari awak kan ? hati awak mesti
hancur & sedih kan dengan semua ini...
saya minta maaf yer...



saya janji saya tak kan ulang lagi .....

Monday, June 13, 2011

Perjalanan yang mencabar

Posted by sititography at 1:32 AM 0 comments




Lepas seronok jumpa saudara mara & kumpul ramai2 
untuk meraikan cinta seorang sepupu sulung perempuan pertama
 yang berkahwin & apabila cuti pun dah habis...


pagi2 lagi aku dah siap2 kemas2 barang untuk balik ke kuala lumpur...
nk keja la pulak walaupun sebenarnya 
malas sgt nk balik sebenarnya...
tetiba perut meragam giler...!
 6 7 8x ulang alik masuk jamban lepaskan semua semuanya..


adoiii xsukanya macam ni..
 tapi dah nk tersakit nk buat mcm mna redha ja..
ni mesti gara2 makan nasi kenduri 2..
sbnya bukan aku sorang je sakit perut...
semua org pun sakit perut.. adesh!
 tapi yang jadi masalahnya sb aku nk drve balik sana.. 
bila sakit perut mcm ni sgtlah leceh...!


mana tidaknya setiap perhentian dari utara smpai kl aku bhenti tau...
sb sakit sgt perut ni.. kiranya setiap r&r 2 la bau taik aku..
tapi bukan 2 aje yang buat pjlanan aku betul2 teruji...
tiba2 mata ni pulak rasa nk pejam aje... berat je nk terbuka tau...
tanpa aku sedar tetiba mata aku betul2 terpejam ape lagi kereta ke kiri & kanan la...


alhamdulillah xde ape2 yg berlaku... syukur sangat2...
aku ambik langkah bijak bhenti kat simpang pulai & tido jap dlm masa 30minit...
lepas 2 baru lah aku teruskan drive balik kl...
akhirnya smpai jugak kl alhamdulillah sgt2...



kalau sakit & xboleh nak drive jangan paksa diri sangat bahaya......

Sunday, May 15, 2011

Selamat hari guru & maaf cikgu

Posted by sititography at 7:32 PM 0 comments

16 Mei rupanya hari guru......
teringat time zaman sekolah dulu2....


ok ini cerita masa zaman tadika...
cikgu tadika 2 namanya cikgu zai... 
cikgu ni ya'allah garang nak mampus...
dah serupa singa betina.. 
sekali menjerit bgegar sekolah tau...!
budak2 kompom la takut ye la baru 5 & 6 tahun...
 baru dengar dia menjerit dah luruh jantung...
pada 1 hari 2 aku memang sakit giler perut... 
pergi la cakap kat cikgu dengan suara manja & tketar2 tahan sakit dan takut...
"cikgu saya nak pergi tandas" sekali cikgu cakap "tak buleh" ok fine tak buleh tak pe..
aku pun balik kat tempat duduk selamba berak lam kain...
padan muka cikgu 2... 
sebab kena cuci bontot aku & taik yang tlekat2 kt kerusi 2...
hahaha :) mana ntah cikgu 2 sekarang kn ? kalau aku jumpa dia nak aje cakap
"cikgu sori erk sb cikgu terpaksa cuci taik dulu" 
maafkan saya cikgu...!


cerita tyme sekolah rendah lagi best....
ini cerita dengan cikgu matematik nama dia cikgu sabariah...
bdan dia kurus kering aje tapi garang macam gajah...
sekali 2 dia masuk kelas suh baca sifir aku pulak xhafal sifir...
sekali die ketuk kepala aku guna pembaris besi...
 adoi sakit nak mampus...
dia ingat lepas dia ketuk kepala aku tu aku nak dok diam ?
oooo tak da maknaya...
aku terus tulis surat kat guru besar...
lam hati biar dia kena buang keja tapi hampeh sampai sekarang xkena buang pun...
hahahaha :) mesti surat aku tu tak dilayan....
maaf cikgu sebab tulis surat kt cikgu besar dulu....!



ini pulak kisah cikgu matematik lagi...
nama dia cikgu zul....
 orang dia pendek aje...
tinggi bahu aku aje rasanya...
  pendek bukan sebarang pendek..
dia la harimau kat sekolah rendah aku 2...
semua orang takut & ada yang tkencing tberak dengan dia...
jangan buat main2...
 1 hari 2 cikgu BM xmasuk kelas..
cuti rasanya jadi kami semua buat bising la...
last2 datang la si pendek ni marah2 kami semua...
masa 2 aku tengah main kejar2 dengan sorang budak laki ni Firdaus nama dia...
apa lagi cikgu zul suruh aku bsanding depan kelas dengan Firdaus 2...
waaaaa malu nya time 2....
 pas 2 aku gram la aku letak sos kopok lekor kat kusi dia...
padan muka dia... 
maafkan saya cikgu sebab buat macam 2...!


aku sangat fobia dengan cikgu matematik kat sekolah rendah...
sebab 2 kot aku skarang jenis cepat lupa nombor2...
habis bab sekolah rendah...
masuk sekolah menengah pulak....
kat sini lagi la dasyat... 
memang senakal2 yang boleh la...
tapi terlampau banyak sangat kisah nakal aku kat sekolah ni...


minta maaf cikgu jamilah sebab letak lipas dalam beg tangan cikgu...
minta maaf cikgu sarina sebab pancitkan tayar kereta cikgu dulu...
minta maaf cikgu ros sebab baling kerusi kat cikgu dulu...
minta maaf cikgu munirah sebab saya melawan cakap cikgu dan cakap cikgu "babi"
minta maaf cikgu azimah sebab saya selalu ponteng kelas cikgu...
minta maaf ustzah sa'odah sebab ponteng sembayang...
minta maaf cikgu zairul sebab saya calarkan kereta cikgu...
minta maaf cikgu amran sebab saya maki hamun cikgu....
dan banyak lagi kesalahan saya kepada cikgu2 kat sekolah menangah kebangsaan seri...
sejuta maaf saya pohon daripada kalian semua...
saya harap anda maafkan semua kesilapan saya dulu....



Selamat hari guru dan hormatilah guru anda.....
maafkan saya cikgu...!!









 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review