Monday, October 24, 2011

Akhirnya selepas 3 tahun

Posted by sititography at 8:09 PM
Detik konvokesyen dah sampai ke saat nya... semua persiapan dah dibuat.. yuran dah dibayar jubah dah diambil baju kasut tudung dah pun dibeli.. memang banyak gila duit keluar untuk konvokesyen ini.. tapi aku tak kisah pun keluarkan belanja untuk semua ini sebab hanya sekali dalam seumur hidup aku dapat menyarung jubah merah lambang kebanggaan sesorang mahasiswa... ewahhh!

Dan apa yang menariknya ialah hati ini melompat-lompat rasa tidak sabar sangat nak berjumpa semua kawan-kawan setelah hampir setahun kami semua habis belajar dan masing-masing membawa haluan masing-masing. ada yang dah berjaya jadi orang production ada juga yang lari jauh dari bidang multimedia pun tapi yang paling hebat ada jugak yang dah bergelar businessman dan business women.. tak kisah lah apa pun kerjaya mereka semua yang pasti kita sama-sama berjaya alhamdulillah....

Tapi apa yang paling indah dan akan kekal menjadi sebuah kenangan ialah apabila masa nama diumumkan untuk naik ke  pentas dan berjalan dengan muka cuak bersalaman dengan pro-canselori bergambar beramai-ramai dengan muka skema sama macam sem 1 dulu.. membaling topi ke langit dan menjerit beramai-ramai wah! sangat seronok kemeriahan masa 2..! tapi kalau tanpa ilmu dan sokongan lecturer-lecturer Fitm yang tak jemu-jemu mengajar dan memberi nasihat semua ini tak akan tercapai.. terima kasih buat semua lecturer Fitm semua jasa kalian tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila :'(

Ok habis pasal kawan-kawan dan lecturer tapi tanpa mak ayah dan keluarga hari ini tak bermakna jugak.. terima kasih jugak buat mak ayah dan jiran tertangga aku sebab datang meraikan hari kejayaan ini bersama-sama tak lupa jugak kepada semua yang memberi bunga bear dan walaupun hanya sekadar datang mengucapkan taniah! semua itu amat-amat aku hargai...


Terima kasih Mak & Ayah untuk bunga merah , terima kasih untuk jiran untuk bunga pink, terima kasih untuk Aishah untuk bunga & bear 2 , terima kasih untuk Hidayah untuk bunga coklat & bear , terima kasih juga buat puan marliza untuk bear pemukul lalat 2 , terima kasih wani untuk bear comel 2 & terima kasih untuk faiz , jerin , teha , gula-gula kapas dan semuanya..... 

2 comments:

Ruziah Anam Jailani said...

sedih aq baca nie wahai ct...ada rezeki kita berjumpa lagi.. :)

sititography said...

insya'allah ade rezeki kita jumpa ok :)

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review