Tuesday, May 29, 2012

Dihantui bayang bayang

Posted by sititography at 7:47 PM 0 comments Links to this post
Kisah itu cuma kisah silam, kisah lama kisah yang dah lama berlalu. Kalau tak silap aku dah dekat 6 bulan lebih dah kisah tu berlalu. Tapi kenapa diungkit lagi benda tu ? perlu ke semua tu di ungkit lagi ? harus ke di bincangkan lagi ? aku sendiri tak faham kenapa benda ni perlu di bangkitkan. Ahhh! setiap kali perkara ni di ungkit maka setiap kali tulah ada hati yang terluka. Aku tak nak menyakitkan hati dia disebabkan kisah lama ni.

Aku tau semua yang berlaku dulu adalah kerana silap aku sendiri. Dah beribu kali aku dah cakap yang aku sangat kesal dengan apa yang pernah terjadi dulu. Kalau boleh di putarkan masa aku tak mau pun benda tu berlaku. Tapi semua dah terjadi siapa aku nak ubah takdir. Tapi sampai bila dia perlu dihantui oleh bayang bayang kisah silam aku ? 

Cukup lah jangan lah diungkit lagi kisah tu, tak kan lah sampai aku mati pun nak di ungkit lagi kesilapan dulu tu ? ermmmm... Ye aku akui aku memang silap, aku lalai, aku dah tersalah langkah. Tapi itu dulu! sekarang aku dah berubah. Aku dah buka buku baru. Buku yang aku cuma nak penuhi dengan kisah kisah yang sweet tanpa di bayangi dengan kisah lama. Tapi nampaknya hasrat tu cuma tinggal mimpi aje lah nampaknya. Sebab setiap kali dan setiap apa yang aku buat mesti akan di soal akan dibandingkan dengan yang dulu. Arggggh! kenapa ? 

Aku dah tak nak ingat lagi kisah tu. Biarlah dia mati disitu bersama sama dengan penyesalan aku. Sebab kisah tu lah aku hilang kawan-kawan, aku hilang erti kebahagiaan, aku hilang kepercayaan, aku hilang kegembiraan, aku hilang segala galanya yang pernah aku miliki dan tak heran lah kerana kisah tu jugak membuatkan ramai yang menjauhkan diri daripada aku dan turut membenci aku. Tak cukup dengan itu kisah itu jugak yang membuatkan aku selalu bermasam muka dengan dia yang aku sangat sayang sekarang. Kenapa benda ni perlu diungkit ? tengok semua ni mendatangkan keburukan pada aku juga dia. Kisah itu dah cukup menghancurkan hidup aku! 

Aku dah tak ingat kisah tu, aku dah lupakan semuanya tentang kisah tu. Saat dulu hati aku memang sangat sakit sangat perit untuk aku hadapi semua tu. Tapi aku dah bangkit. Aku bangkit dengan kasih sayang yang diberikan oleh dia pada aku. 

Tapi sampai sekarang tak jemu jemu kisah itu diungkit lagi. Kisah itu jugak yang selalu dibualkan kisah tu jugak yang nak di debatkan. Tak payah lah diungkit lagi. Hati aku dah jauh sangat dengan kisah itu. Aku dah tak heran dengan perkara tu lagi. Perasaan aku pada kisah itu hanya dendam bukan lah kenangan. Kenapa dia masih tak faham ? yang aku hanya sayangkan dia sepenuh hati ini. Aku tak pernah mencari kisah tu lagi, aku tak pernah nak kenang kisah itu lagi, aku dah buang semua tu! jadi kenapa perlu diungkit lagi ?


Jangan lah di ingatkan lagi kesilapan kisah dulu pada aku lagi. Aku dah lupakan semua tu! apa yang aku tahu sekarang ialah aku hanya sayangkan dia dan akan membagiakan dia. Itu aje yang aku cuba lakukan setiap hari. Biarlah kisah itu berlalu pergi jauh dan jangan pernah kembali lagi. Jangan ditarik tarik lagi bayang bayangnya sayang. Aku tak suka kisah lama ini diungkit dan merosakan hubungan baru ini. Kata orang kisah lama tak elok di kenang kenang.


 tak sayang ke pada hubungan kita? nak ke bergaduh setiap hari kerana benda ni? 




Thursday, May 17, 2012

Untung

Posted by sititography at 12:58 AM 0 comments Links to this post
Terasa untung gila, bukan sebab dapat durian runtuh tapi sebab aku dapat seseorang yang sangat bermakna dalam hidup aku. serius! dia sangat bermakna untuk aku. Aku bersyukur sangat sangat sebab aku antara orang yang berada di hati dia. Yela, bukan senang nak duduk dalam hati orang. Tapi bila aku yakin aku memang ada dalam hati dia. Setiap hari aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk dia walaupun aku bukan lah sempurna mana sangat. Banyak cacat cela dan kurangnya kat sana sini. Tapi apa aku peduli yang penting perasaan aku dan perasaan dia adalah ikhlas. Itu kan lebih penting daripada kesempurnaa. Kalau kesempurnaa yang dicari taubat memang tak pernah akan dapat. Sebab mana ada manusia di dunia ni perfect! 

Hurm kalau aku nak listkan apa yang ada pada dia memang panjang lah lagi. Tapi aku try lah listkan jugak apa yang aku rasa power sangat pasal dia. Ok kalau korang nak tau dia bukan lah bergaya sangat, dia biasa biasa aje, tapi pada pandangan mata aku dia sangat coll ok! kalau mata korang nampak lain mananya citarasa kita memang tak sama lah. Hah memang pun kan ? mana ada orang yang ada citrasa yang sama. Kalau citarasa korang sama dengan aku memang kita akan berebut lah. Ah tak mau lah aku. 


Dia sangat baik, baik sangat. Sampaikan aku sendiri tak dapat tengok sikit pun kejahatan yang ada pada dia. Sebab aku dah set dalam kepala aku yang dia adalah manusia yang paling baik yang pernah aku kenal. Ah! yang paling best dia sangat caring ok! mana tak nya dia lah orang pertama yang akan ambil berat pasal aku daripada segi kesihatan, pemakanan aku dan keselamatan aku semua tu dia jaga tau. Nampak kan dia sangat caring. 


Yang paling buat aku tersentuh ialah dia sangat penyabar, sabar aje malayan kerenah peragai aku ni. Biasalah aku ni memang sangat mengada-ngada sikit. Tapi kalau aku nak mangada pun apa salahnya bukan dengan orang pun. Dengan sayang hati aku jugak. Tapi sesekali tu dia sangat nakal, nakal yang buat aku tersenyum dan merindui kenakalan tu. 


Bila mood aku tengah goyang dan bergoncang dia lah yang selalu hiburkan hati aku, dia selalu ada untuk aku. Tak kisah lah dalam apa pun keadaan dia akan selalu ada. Sebab tu aku sayang sangat kat dia. Tapi bila dia pulak buat peragai, kira turn dia pulak lah bad mood aku pulak yang mengelabah semacam. Mana tak nya aku rasa hidup aku kosong, kosong sangat. 


Satu perkataan yang memang aku tak dengar ialah perkataan bye! sebab bagi aku perkataan tu seolah-olah penamat untuk aku. Aku takut sangat aku takut kehilangan kasih sayang, cinta dan diri dia. Aku tak sanggup untuk kehilangan orang yang aku sangat sayang, orang yang selalu hiburkan hati aku masa aku tengah sedih, dia jugak adalah kekuatan untuk aku. Kekuatan untuk aku teruskan kehidupan ni. Kalau dia tak ada mesti aku dah tak kuat. Bagi aku dia lah segala-galanya dalam hidup aku. Tak kira apa pun yang berlaku aku tak nak kehilangan dia. Ok full stop! 


Aku memang untung sangat dapat merasa kasih sayang dari dia. Alhamdulillah





Wednesday, May 16, 2012

Hati ini milik dia

Posted by sititography at 12:21 AM 0 comments Links to this post
Tiba tiba dengup jantung jadi makin laju, sangat laju. Peluh di dahi memercik sedangkan bukannya tengah bersenam pun tapi dari mana datangnya peluh ni ? mungkin peluh ketakutan kot. Tup tup terasa panas pulak pipi yang agak licin  ni. Ooouch! macam mana boleh mengalir air mata ni ? ha macam mana boleh keluar air mata ialah bila ada orang yang susah nak percaya yang aku sayangkan dia. Aku tak pernah salahkan dia kalau dia curiga tapi serius sangat! jauh di sudut hati aku ni. Aku berharap yang satu hari nanti dia akan nampak yang aku sayangkan dia sangat. 


Lepas dia selalu cakap " eleh ye ke sayang? " aku dah berubah weh, aku dah mula pandai buat ayat ayat sweet hahaha, malu weh sebab aku bukan romantic pun, tapi sebab aku nak dia rasa dan tahu yang akau memang sayangkan dia aku dah mula pandai meluahkan rasa hati. 


When you love somebody, let them know, before it's too late, betul kan ? kenapa kita perlu simpan apa yang kita rasa dalam hati sorang-sorang. Sepatutnya apa yang dirasakan akan membawa kebaikan haruslah diluahkan. Kenapa? kebiasaannya, orang yang sayangkan kita ni, dia nak sangat dengar walaupun satu perkataan sehari,tiga ayat ni i love u, walaupun bagi aku kasih sayang ni tak perlu selalu di ungkapkan cukuplah kita dapat rasa pakai hati. Tapi tak semua orang macam tu. Yang boleh rasa pakai hati,sebab dia perlukan kepastian. Mana lah tau dia rasa lain tapi lain pulak yang kita rasa. Dan sekarang ni baru aku sedar yang perkataan aku sayang kamu, i love u , aku cinta kamu tu sangat penting dalam hubungan. 


Kerana luahan yang tulus ikhlas dari hati tu dapat membuatkan dia rasa sangat dihargai. U know what? Just with a line "i love u baby" u can make her heart melt u know? Even she can even fly to the another world just because of that word.


Tapi jangan pulak dok pergi menjaja luahan hati dekat semua orang dengan niat suka-suka. Eissssh!tak baik lah buat macam tu. Bagi aku perkataan tu sangat bermakna bukan benda main main macam sesetengah orang yang sedap mulut ja cakap dekat orang sana sini. Perkataan tu sangat suci jangan lah dok cemarkannya. Kalau kita sebenarnya langsung tak ade feeling kat dia jangan lah nak pi gatai mulut cakap " saya suka awak lah, saya sayang awak lah" bukan ke itu dah mainkan perasaan orang. kan ? kan lebih baik perkataan tu hanya diluahkan untuk orang yang benar benar sayang je. 


Dan jangan lupa, kesetiaan dan kepercayaan dalam hubungan sangat penting. 


Tuesday, May 15, 2012

Selamat hari ibu

Posted by sititography at 1:47 AM 0 comments Links to this post
Aku orang kampung ja. Orang zaman 80an pulak tu, mungkin masa tu panggilan mama tu macam geli kot sebab tu mak aku tak ajaq aku panggil dia mama.Tapi kalau aku panggil mak aku mama pun ok jugak kan? agak agak dia tersenyum ke? Haaa tak tak stop! aku tak boleh bayangkan lagi. Sebab aku dah dapat batang penyapu. Oppps! tapi mak aku mak yang paling best tak kan lah penyapu kot kan? untung untung nasi sepinggan dia bagi. 


Ok semua orang tau kan 13 mei hari ibu. Tapi aku ada terbaca dekat Fb ustaz Don. Alaa ustaz yang hensem tu dia kata haram sambut hari ibu. Dah tu ustaz paling top tu yang nama dia ustaz azhar idrus pun cakap macam tu jugak. Aku pun blur sekarang ni.


Ok korang nak tau tak apa yang aku nak tulis kan pasal mak aku ? Meh sini meh nak cerita sikit pasal mak aku. Ok! mak aku ni cuma orang orang biasa ja. Dia bukan lah high-class macam datin datin yang ada persatuan sana sini tu. Mak aku cuma orang kampung je sebab tu mak aku tak belagak macam datin datin tu. Nasib baik lah mak aku style rendah diri, bangga pulak aku. Tapi memang betul pun kalau ikut ketinggian pun mak aku rendah aja. Tapi ok what kan rendah rendah senang sikit aku nak letak tangan atas bahu mak tu dengan gaya member member.


Mak pulak kalau bab masak memang hebat gila, serius aku tak tipu! sumpah! memang sedap power gila. Kalau nak tau mak aku lah orang yang paling terer sekali masak tau kat lorong jalan Tok Bidan tu. sampaikan semua orang kat situ akui kehebatan mak aku tu. Ha sebab tu lah ayah aku, adik adik aku dan aku tak pernah makan nasi bungkus tau. Sebab setiap hari mak aku akan pastikan perut kami ni terisi dengan makanan. Memang tak akan pernah kenal erti lapar lah sepanjang hidup kami semua. Best tak ada mak macam tu? ha jangan jeles ok! sebab korang mesti ada yang selalu mkn nasi bungkus kan? hahahaha.. Oppps terlebih sudah. 


Walaupun mak aku tak ada SPM Diploma atau degree macam mak mak korang semua yang bekerja kat sektor kerajaan lah swasta lah. Tapi aku tetap bangga dengan mak aku. walaupun dia tak reti menulis dan membaca dalam bahasa Melayu macam mak korang semua tu. Al-maklumlah mak aku kan di import dari Thailand. Mak aku seorang wanita yang tak mengharapkan duit suami dia sangat rajin. Kerana sifat rajin tu lah mak aku menjadi menteri ekonomi dalam rumah aku tau! pakar kan? walaupun tak sekolah mak aku sangat hebat mencari pendapatan untuk bagi kesenangan kepada kami adik beradik. Mak aku tak pernah kenal erti duduk goyang kaki tangan tinjau rumah jiran-jiran ngumpat sana sini. Sebab mak aku akan menghabiskan masa pagi petang dia setiap hari di dapur. Menjalankan business kebangaan kami semua. Dengan usaha dia, dia mampu miliki apa sahaja yang dia hajatkan tanpa meminta daripada ayah aku. Wah mak memang super



Tak cukup dengan tu, maka aku ni seorang wanita yang cukup cekal dan tabah hadapi dugaan hidup. Walaupun dia dikurniakan seorang anak yang OKU macam kakak aku. Tapi dia cekal untuk hadapi ujian tu. Dia pikul amanah yang dikurniakan kepada dia dengan sebaik mungkin. Sedikit pun mak aku tak pernah kesal dan mengeluh sebab dia ada anak macam tu. Tapi mak aku kuat untuk membesarkan kakak aku tu. Masa ayah aku tak de pergi keja, kami pulak adik beradik masing masing belajar. Sapa nak uruskan kakak aku dari mandi, makan, pakai dan sampai tidur. Mestilah mak aku! kuat kan dia ? nak jaga orang OKU bukan sesuatu yang mudah ok. tak semua orang mampu aku percaya tu. 



Dah nama pun mak kan? tak kan lah mulut tu senyap aje kan? hahaha.. hobi rasmi mak aku ialah beletiaq (bebel) sapa yang jadi mangsa? hah! tu bergantung pada sasaran pada hari itu lah. Tapi bila aku duduk jauh ni aku rindu pulak dengan bebelan mak aku tu. Betul kata orang mak tak kan bebel rugikan air liur dia tu walaupun sebenarnya tak payah bayar pun. Kalau bukan demi kebaikan anak anak dia jugak. Aku akui semua tu.



Adoooi penat pulak aku menaip ni, kalau nak cerita pasal mak aku memang panjang lagi lah. Ok lah kalau korang nak tau sapa mak aku. Try lah jadi anak angkat dia. Hahahaha ok daaa... 


Selamat hari ibu mak! Love U so Much! 


Thursday, May 3, 2012

Urut urut kasi baik

Posted by sititography at 7:49 PM 0 comments Links to this post
Ha jangan berlagak kental sangat lah, dah kaki ni sakit sangat. Aku tak boleh biar lagi macam tu, aku kena buat sesuatu. Kena urut jugak ni, tak kan lah nak biar macam tu pulak kan? nanti masuk angin lagi susah terus tak boleh jalan leceh jugak.


Dia lah orang yang paling risau dan ambil berat pasal keadaan kaki aku ni. Mana tak nya, bukan dia aje yang dok call tanya khabar, sekali dengan along dia sekali call tanya pasal kaki sampai nak bawak pi urut. Terharunya bila depa semua sangat ambil berat. Serius family dia sangat baik!


Nak dijadikan cerita kebetulan, dia dengan mak dia terpaksa datang KL sebab ada kematian ahli keluarga depa kat sungai buluh. Jadi dah ada kesempatan tu lah aku dapat urut kaki ni. Nak tau macam mana cerita ini boleh bermula ? cerita dia macam ni.


" Ada kat mana? , kalau sempat sat lagi mak nak pi melawat. Dia nak tengok keadaan kaki tu"
" Eh, boleh datang lah, rumah tak ada sapa sapa pun tapi biasa lah berselerak lah sikit, hehe malu"
" Ok, nanti kalau apa-apa bagi tau ye sebab boleh balik rumah sebab sekarang ada kat offices lagi"
"Ok tengoklah macam mana nanti"


yeay! depa nak mai bestnya, dah lama tak jumpa dia dan mak dia. Tapi ingat ke dia jalan nak mai rumah aku tu ? hehe tak pe lah kalau dia sesat nanti aku pi je lah amik dia. Tetiba along call aku.

"siti kau nak jumpa angah tak ? kalau kau nak jumpa ko siap sekarang kita jumpa kat rumah along je"
"ok boleh, kita jumpa kat sana"


Ha memang betul, last last aku jumpa depa semua kat sana. Eish! malu pulak ni, hai kenapa tiba tiba aku rasa malu ni ? sampai sejuk tangan tangan. Hahaha ni mesti sebab aku dah lama tak jumpa sebab tu segan sikit. Alaaaa caringnya dia, siap tolong papah lagi tu. Terharu dan terkedu pulak bila si layan sampai macam tu. Tak pernah ada orang buat macam tu kat aku sebelum ni.


" kak siti, mai nak tengok kaki tu, lah nampak ni lemak kat sini. makan kena pantang, malam-malam urut lah sikit sapu minyak. Tapi jangan sapu dari bawah ke atas tapi atas ke bawah" aicei cei siap dapat petua lagi. Terima kasih makcik sebab tolong urutkan kaki ni. Sebenarnya sakit tau masa urut tu. Ikutkan hati nak aje jerit kuat kuat masa urut tu tapi memandangkan tu rumah orang tahan je lah.



Terima kasih semua :)

Kepala lutut aku

Posted by sititography at 7:30 PM 0 comments Links to this post
Ya Allah memang sakit, sangat sakit ok! mana tak nya nak jalan pun susah sakit sangat bila pijak lantai tapi dah nama pun anak di rantauan, susah sakit macam mana pun kena redah jugak lah. 


Al-kisahnya macam ni, baik baik aku tengah jalan kaki kat paking kereta tiba-tiba tup aku tersungkur, ha macam mana boleh tersungkur aku pun tak tau. Arrrrgggh! kaki aku tak boleh luruskan adoooi! nak tak nak aku kena tarik sendiri kaki tu, tu sahaja caranya nak masuk kan balik kepala lutut tu. Sakit sangat sampai terkeluar air mata tau! bukan keluar lagi tapi dah nangis pun. Tak peduli pun orang orang yang ada. Sakit punya pasal aku dah lupa apa itu perasaan malu.


Selepas 10 minit aku terduduk kat paking tu, barulah aku dapat gagah kan jugak berjalan slow-slow naik ke rumah. Ye la kalau tak, tak kan lah pulak sampai petang nak duduk kat situ kan. Ha dah sampai rumah hal lain pulak yang jadi. Tiba-tiba kaki tak boleh luruskan. Jari pulak tak gerak. Haisssh! dah lain macam ni. Takut jugak ok!


Aku pun cuba mencapai minyak main lah sapu sapu sikit dengan harapan semuanya akan ok ok aje lepas sapu minyak tu. Ermmmm, bila dah tak tahan sangat aku mula lah mengamuk, ha itu yang peliknya. Bila aku sakit aku akan mengamuk haha boleh pulak macam tu kan? ntah tiba tiba kesabaran pun hilang.Lagi satu peragai yang pelik, bila aku sakit aku suka nak manja manja arggh! tapi dengan siapa aku nak manja kat rumah ni ? manja dengan dinding lah jawapannya kan? 


Sekarang aku jalan pun dah macam alien dah tersenget senget.
 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review