Aku orang kampung ja. Orang zaman 80an pulak tu, mungkin masa tu panggilan mama tu macam geli kot sebab tu mak aku tak ajaq aku panggil dia mama.Tapi kalau aku panggil mak aku mama pun ok jugak kan? agak agak dia tersenyum ke? Haaa tak tak stop! aku tak boleh bayangkan lagi. Sebab aku dah dapat batang penyapu. Oppps! tapi mak aku mak yang paling best tak kan lah penyapu kot kan? untung untung nasi sepinggan dia bagi.
Ok semua orang tau kan 13 mei hari ibu. Tapi aku ada terbaca dekat Fb ustaz Don. Alaa ustaz yang hensem tu dia kata haram sambut hari ibu. Dah tu ustaz paling top tu yang nama dia ustaz azhar idrus pun cakap macam tu jugak. Aku pun blur sekarang ni.
Ok korang nak tau tak apa yang aku nak tulis kan pasal mak aku ? Meh sini meh nak cerita sikit pasal mak aku. Ok! mak aku ni cuma orang orang biasa ja. Dia bukan lah high-class macam datin datin yang ada persatuan sana sini tu. Mak aku cuma orang kampung je sebab tu mak aku tak belagak macam datin datin tu. Nasib baik lah mak aku style rendah diri, bangga pulak aku. Tapi memang betul pun kalau ikut ketinggian pun mak aku rendah aja. Tapi ok what kan rendah rendah senang sikit aku nak letak tangan atas bahu mak tu dengan gaya member member.
Mak pulak kalau bab masak memang hebat gila, serius aku tak tipu! sumpah! memang sedap power gila. Kalau nak tau mak aku lah orang yang paling terer sekali masak tau kat lorong jalan Tok Bidan tu. sampaikan semua orang kat situ akui kehebatan mak aku tu. Ha sebab tu lah ayah aku, adik adik aku dan aku tak pernah makan nasi bungkus tau. Sebab setiap hari mak aku akan pastikan perut kami ni terisi dengan makanan. Memang tak akan pernah kenal erti lapar lah sepanjang hidup kami semua. Best tak ada mak macam tu? ha jangan jeles ok! sebab korang mesti ada yang selalu mkn nasi bungkus kan? hahahaha.. Oppps terlebih sudah.
Walaupun mak aku tak ada SPM Diploma atau degree macam mak mak korang semua yang bekerja kat sektor kerajaan lah swasta lah. Tapi aku tetap bangga dengan mak aku. walaupun dia tak reti menulis dan membaca dalam bahasa Melayu macam mak korang semua tu. Al-maklumlah mak aku kan di import dari Thailand. Mak aku seorang wanita yang tak mengharapkan duit suami dia sangat rajin. Kerana sifat rajin tu lah mak aku menjadi menteri ekonomi dalam rumah aku tau! pakar kan? walaupun tak sekolah mak aku sangat hebat mencari pendapatan untuk bagi kesenangan kepada kami adik beradik. Mak aku tak pernah kenal erti duduk goyang kaki tangan tinjau rumah jiran-jiran ngumpat sana sini. Sebab mak aku akan menghabiskan masa pagi petang dia setiap hari di dapur. Menjalankan business kebangaan kami semua. Dengan usaha dia, dia mampu miliki apa sahaja yang dia hajatkan tanpa meminta daripada ayah aku. Wah mak memang super!
Tak cukup dengan tu, maka aku ni seorang wanita yang cukup cekal dan tabah hadapi dugaan hidup. Walaupun dia dikurniakan seorang anak yang OKU macam kakak aku. Tapi dia cekal untuk hadapi ujian tu. Dia pikul amanah yang dikurniakan kepada dia dengan sebaik mungkin. Sedikit pun mak aku tak pernah kesal dan mengeluh sebab dia ada anak macam tu. Tapi mak aku kuat untuk membesarkan kakak aku tu. Masa ayah aku tak de pergi keja, kami pulak adik beradik masing masing belajar. Sapa nak uruskan kakak aku dari mandi, makan, pakai dan sampai tidur. Mestilah mak aku! kuat kan dia ? nak jaga orang OKU bukan sesuatu yang mudah ok. tak semua orang mampu aku percaya tu.
Dah nama pun mak kan? tak kan lah mulut tu senyap aje kan? hahaha.. hobi rasmi mak aku ialah beletiaq (bebel) sapa yang jadi mangsa? hah! tu bergantung pada sasaran pada hari itu lah. Tapi bila aku duduk jauh ni aku rindu pulak dengan bebelan mak aku tu. Betul kata orang mak tak kan bebel rugikan air liur dia tu walaupun sebenarnya tak payah bayar pun. Kalau bukan demi kebaikan anak anak dia jugak. Aku akui semua tu.
Adoooi penat pulak aku menaip ni, kalau nak cerita pasal mak aku memang panjang lagi lah. Ok lah kalau korang nak tau sapa mak aku. Try lah jadi anak angkat dia. Hahahaha ok daaa...
Selamat hari ibu mak! Love U so Much!
0 comments:
Post a Comment