Monday, July 16, 2012

Hanya kerana duit

Posted by sititography at 12:19 AM 0 comments Links to this post
" Laparlah"
"ok sat lagi kita pi makan"
"makan ayam penyet eh"
"ok, orang belanja"
"yeaaay!"


Masa kat kedai ayam penyet, time aku best best punya dok makan. Dalam keadaan menahan pedas sambal tu.Tiba-tiba ada seorang budak berdiri berhampiran meja kami.


" Budak tu jual apa tu? "
" jual mercun apa? "
" hahaha... ada pulak jual mercun gila"
"kismis lah"
"haha.. sebab kotak tu macam kotak mercun ja. ingat jual mercun."


Lagaknya seperti sedang mengutip derma. Biasanya orang Malaysia ni kalau datang orang minta derma mesti bagi seringgit. Tak kisah lah berapa pun asalkan kita ikhlas nak membantu dia. Kejap lagi budak ni mesti sampai ke meja kami ni, hah! seperti yang dijangkakan dia memang datang ke meja kami.


" Assalamualaikum, tolong saya, bagi berapa berapa pun tak pa. Asalkan dapat bantu mak saya. Mak saya sakit kanser. " jelas budak tersebut sambil memegang kotak kismis doa. 


" Adik duduk mana? "
" rawang"
"datang sini naik apa?"
" dengan ayah"
"ayah tak kerja ke?"
"kerja jual benda ni jugak"


Kami cuba menyoal budak tu, sebab pakaiannya sangat cantik dan terurus. Tapi serius, kalau tengok muka budak tu memang simpati gila. Tak pa lah terpulanglah kat dia samada dia nak menipu atau tak. Yang penting kita ikhlas menderma yang lain antara dia dengan tuhan. 


Itu baru kes pertama ada lagi, kes kedua yang buat aku rasa marah sangat! 
kejadian ni berlaku masa kat depan tesco shah alam. Masa aku berjalan keluar daripada tesco. Ada seorang budak lelaki siap bersongkok dan kalau seingat aku dia pakai baju merah masa tu. Ditangannya terdapat resit menderma kepada salah sebuah sekolah pondok. 


" Assalamualaikum, kak derma untuk sekolah" budak tu cuba membuka mulut dengan sopan. Tapi aku hanya mengeleng tanda tidak kepada budak tu. Nak tau apa yang jadi lepas tu ?


 Dia terus pergi meninggalkan aku sambil memaki hamun aku " babilah babi babi babi"  aku tergamam dan sangat terkejut. Kenapa dia perlu memaki hamun dengan mengeluarkan perkataan macam tu? Hanya kerana aku tak nak menderma?


Aku terus memerhati dia, dia pergi pula mencuba nasib pada seorang lelaki di penjuru kedai hadapan. Nampak gayanya lelaki tu pun memang tak menghulurkan sehelai kertas pun. Sekali lagi aku nampak mulut dia terkumat kamit memaki hamun lelaki tu. 


Rasa marah aku terus bertambah-tambah bila aku terus melihat gelagat budak tu. Kerana duit manusia ni sanggup melakukan apa sahaja. Sampaikan sanggup memaki hamun orang lain jugak.



Wednesday, July 4, 2012

Ragut

Posted by sititography at 8:14 PM 0 comments Links to this post
Hari neh hari selasa wah! bangun seperti biasa siap-siap pergi kerja.
"Hari hari kerja kerja kerja. Tapi tak kaya kaya jugak!" aku membebel sendiri. Ah! tak tahu kenapa aku terasa malas sangat nak pergi kerja hari ni. Rasa tak sedapnya hati. Eh! mana boleh kena pergi kerja jugak kalau tak gaji kena potong. Adoooi tak pa la pergilah jugak.


Macam biasa, aku jalan dengan langkah yang amat berat untuk ke kereta. " Ok, kiri clear, kanan clear lintas! aib tak bukak pulak kedai roti canai ni hari ni? ooh mungkin sebab hujan kot semalam."


Tiba -tiba zaaaaap! beg aku yang tak berapa nak mahal sangat tu kena ragut! mengelabah aku masa tu. Tapi aku cuba jugak untuk menyelamatkan beg tu. Mana taknya dalam tu ada beg duit aku. Bukan duit yang aku kisahkan tapi segala bagai kad tu yang penting. Masa tu aku cuma main tarik tali dengan peragut yang naik motor jenis 125 tu. Tapi nasib baik lah ada 3 orang pakcik yang kebetulan nak pergi kerja jugak rasanya ada kat situ. 


"ooooooooooi!" jerit pakcik pakcik tu.Ha! masa tu mengelabah peragut jahanam tu. Untuk melepaskan diri dia tendang bahgian belakang aku. dush! terjatuh menerap aku kat jalan. "Adush! sakitnya" 


"adik ok ke? "
"okok sikit aje ni"
"eh darah ni, jom pakcik hantar pergi hospital ye"
aku dalam keadaan yang masih terkejut cuma mengangguk tanda setuju.


Dalam perjalanan nak ke hospital pakcik tu cuba menyoal aku.
"adik ada saudara ke kat sini?"
"tak ada pakcik, saya menyewa aje kat sini"
"kalau macam tu, lepas balik kerja tengahari nanti pakcik datang ambil kat hospital ye, sebab nanti awak nak balik macam mana? apa benda pun tak ada tu"


Huh! masa tu baru aku teringat mana beg dan handphone aku. Adoooi masalah. 
"pakcik, mana beg dengan handphone saya ye?"
"oooh tak perasan pulak pakcik, mungkin tertinggal kat situ kot. tapi tak apa mesti dowang tolong simpan kan kot tu"
"emmm "
" ok, awak bagi alamat rumah nanti pakcik tanyakan dowang kot kot dowang simpan nanti boleh hantar kat rumah"
"ok"


Lepas pakcik tu hantar sahaja aku kat hospital, pakcik tu pun tinggalkan aku kat situ. pergh! hampir 4jam jugak lah aku tunggu pakcik tu datang ambil aku.dalam hati ni rasa tak sedap sangat. fikir macam macam pasal beg dan handphone tu.Seperti yang dijanjikan pakcik tu pun datang ambil aku dan hantar aku balik rumah.Tapi tak ada pula dia bagi handphone dan beg aku. erm....


"Ok dah sampai, awak rehat lah dulu, pasal beg tu nanti pakcik hantar kalau kot kot ada dekat dowang ye"
"ok terima kasih pakcik"



Ya'Allah terima kasih sebab masih menyelamatkan aku.


Monday, July 2, 2012

Cuma benci dihati dia

Posted by sititography at 11:32 PM 1 comments Links to this post
Faham tak benci!! apa tu benci?
emmmm.. benci? ala selalu sangat kita menyebut perkataan ni kan? itu benci sini benci sana benci, kalau boleh semua benda nak benci. Kalau tak payah nak benci benci sangat tak boleh ka? 


Kalau kita dah set dalam kepala tu "benci" buat macam mana baik pun yang kita nampak tetap kebencian jugak.Bila hati dah benci segala apa kita buat mesti tak suka punya percayalah. orang buat benda baik pun kita tetap nampak salah orang buat benda betul pun salah jugak yang kita nampak.Bila orang try bagi nasihat dengan niat nak betulkan apa yang tak betul. Kita akan rasa dia sengaja nak cari silap kita saja saja nak cari pasal. Pada hal niat dia lain.


Lepas tu mula lah nak berprangsaka buruk buruk pasal orang lain. Ha! segala apa yang orang buat akan mula lah nak ungkit balik. Segala silap dia yang dulu dulu masa kita tak kenal dia pun mula lah nak ungkit balik dan semua tu kita akan pertikaikan kononnya semua salah dia semuanya tak betul. Kalau dulu dialah yang terbaik dialah yang paling baik antara yang terbaik.Tapi sekarang ni apa? apa dah jadi dengan terbaik segala bagai tu? yang tinggal cuma, dialah paling teruk dialah yang jahat dialah yang tak guna dialah penipu dialah itu dialah segala bagai yang buruk semua dia.


Well, itulah realiti hidup sebagai manusia kat dunia yang sementara ni. Perasaan dan pandangan tu pun cuma sementara. Bila hati dah mula ada rasa benci. Semuanya salah! tapi masa hati tak benci boleh pulak semuanya betul! Masya'Allah come on lah,setiap manusia itu tak kan pernah terlepas daripada membuat satu kesalahan pun. 




"Just take it easy sayang"  dengan selamba kawan aku cakap macam ni.

"ha mungkin boleh ambil mudah, kalau orang yang membenci kita tu bukan sesiapa pada kita pun. Tapi senang ka nak ambil mudah kalau orang tu, orang yang kita sayang sangat? la ni dia macam membenci kita. Senang ka? " aku menyoal dia balik.

"Weh! nanti dulu, sebab apa aku kata senang? sebab biarlah orang membenci kita, tapi kita jangan berhenti sayangkan dia. Lagi satu hang janganlah melayan sangat. kalau hang layan sama ja la macam mencurah petrol dalam api beb! so biarlah jelah orang yang membenci tu dengan hati dia macam tu."


"tapi susah weh! setiap masa aku akan berfikir" 


" relax la kawan! jangan lah gelabah sangat,hadapi semua ni dengan tenang baru apa yang kita buat semuanya rasional, sudahlah hati orang tak semua kita mampu nak jaga.hati sendiri pun kadang kadang out!"


"emmm... susahkan? "




setiap hari, aku cuba untuk memaafkan setiap kesalahan orang pada aku. Maafkan mereka yang membenci aku. Tak kira lah yang kat depan ka kat belakang ka tepi ka. Semuanya aku maafkan. Aku tak akan mendoakan apa apa yang tak baik untuk mereka. Yalah siapa lah aku nak menghukum mereka kan? amalan aku pun tak banyak mana sangat untuk membenci orang lain pulak.




"Sesungguhnya dalam jasad seorang manusia itu, ada seketul daging. jika baik seketul daging itu maka baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah seketul daging yang dimaksudkan itu adalah hati"
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)






Thursday, June 21, 2012

Kantoi Bos

Posted by sititography at 8:24 PM 0 comments Links to this post
Kejadian di kedai Nagoya Sungai Petani, masa tu aku dan mereka-mereka semua tengah dok sibuk pilih kain langsir untuk rumah baru kami. Tiba-tiba Adoooi seram sejuk aku. Terus mood aku jadi down gila kot! habis dekat semua orang aku dok tunjuk muka masam macam tengah telan jeruk 1 guni. 

Nak tau tak kenapa? aiyoook! Tiba-tiba ayah aku call aku. So, aku pun dengan selamba angkat lah call tu dalam hati bajet ayah aku cuma nak tau kami semua ada kat mana aje kan? rupa-rupanya sebaliknya yang terjadi. Mana taknya muka aku macam tertelan jeruk. 


" Hello, siti hajar ada kat mana ni? " 
" Hello, ada kat Nagoya sungai petani tu "
" Ha, siti hajar tak angkat telepon ka tadi ? "
" tadi kan ceq dok kat sana, tak dak line lah tu, awat?"
"tadi bos siti hajar call, dia tanya pasai apa siti hajar tak pi kerja" fuh! terus darah aku turun ke kaki kot masa tu.
" hah! dia call ka? dah tu bapak kata apa?"
"bapak bagitau lah siti hajar ada kat kampung" adoooi awat lah bapak aku ni jujur sangat bagitau balik kampung pulak.
" ceq ambik mc lah, dah bagitau kakak kat offices tu"
" tu lah dia kata, siti hajar nak kerja ka tak mau? sebab tak bagitau dia pun tak mau pi kerja" hah! adoooi mati lah aku.


Lepas aja aku letak call tu, terus angin aku pun berubah terus naik gelabah.tiba-tiba jadi panas, dok dalam air con pun terasa bahang. Hahaha itulah ponteng kerja lagi. Rasakan kau!  




Plan ponteng kerja

Posted by sititography at 7:40 PM 0 comments Links to this post
Pap! Mata dah terbuka, dah pagi rupanya.Segannya nak bangun kan best kalau dapat tidur macam orang sebelah ni. Sedap aje dia tidur alahaaai comel pulak tu gaya tidurnya macam bear bear hahaha.

"alamak dah pukul 8 pagi lah, adooooi! nak siap pergi kerja pulak adoooi serius malas gila ni, eh semalam aku macam mimpi balik kampung lah! " aku cuba mengaru-garu kepala yang tak ada lah gatal sangat tu."ah'ah lah aku memang mimpi balik kampung" adoii tak boleh jadi ni, aku nak balik kampung hari ni jugak walaupun sebenarnya aku dah buat planning nak balik esok lepas waktu kerja. Tapi disebabkan mimpi ni aku nekad buat keputusan balik hari ni jugak.

Ok, tak pa apa-apa hal pun mandi dulu lah, sat lagi masa tengah siap-siap main tarik-tarik aja lah baju yang nak kemas lipat dalam beg bawak balik kampung tu.
Aku pun dengan kelam kabutnya capai aja mana-mana baju yang ternampak dan main-main campak aja atas lantai tu. " Ok baju dah, seluar dah, tudung pun dah, pencuci muka, berus gigi ok semua dah ada , aku letak sini aja lah dulu."  aku cuba mengomel sendiri. 


Ok, kejap nak kena kejutkan budak comel ni bangun sat, dah nak pergi kerja ni."Bangun bangun orang dah nak pergi kerja ni" aku cuba kejutkan dia dan seperti biasa lah dia memang susah sikit nak buka mata tyme pagi-pagi macam ni. 


" dah nk pergi kerja? " soal dia dengan keadaan mamai mamai tu.
" ah'ah dah nak pergi, kita balik kampung hari ni eh, baju semua ada kat situ nanti tolong kemaskan dalam beg eh? " aku cuba jelaskan kat dia.
" hari ni? bukan ke nak balik esok ? " 
"ah'ah hari ni lepas balik kerja nanti kita balik eh, nanti lepas balik kerja kita terus gerak ke shah alam, nanti orang minta tolong alang ok? "
" ok "

Wah! tak sabarnya nak balik kampung, walaupun sebenarnya cuti tak ambil, mc pun tak ambil aku ponteng buta-buta macam tu saja. Aku dah tak fikir apa dah sekrang ni, yang aku dok nampak penang! 


Nah! sampai aja kat bus stop, tiket bas terus ada pukul 8 malam jadi apa lagi terus naik bas tak sempat nak makan apa-apa padahal lapar gila ni. Di sebabkan terlalu lapar, masa bas berhenti kat stesyen minyak simpang pulai. Aku makan maggi dalam bas pulak tu. Habis berbau satu bas maggi. Hahaha peduli apa janji kenyang lalala....


Kami sampai penang dalam pukul 1.30 pagi yeayyy! akhirnya sampai jugak dan sekali lagi dia ikut aku balik penang. 

Tuesday, June 12, 2012

Yaya

Posted by sititography at 12:02 AM 0 comments Links to this post
Yaya? eh! siapa yaya ni? Nama dia yaya, umur dia dah pun 16 tahun dalam mycard , tapi dalam mycard aje lah 16tahun, tapi pada luarannya pergh! macam 6 tahun ada lah. Dah tingkatan 4 rupanya budak senget sorang ni rupanya. Tak sangka dah besar pun dia. Tapi kenapa aku dok fikir yang dia ni masih budak-budak eh? hah! bukan pelik sangat pun sebenarnya. Tu sebabnya dia ni tak ada langsung sikap budak sekolah menengah. Mana taknya kawan-kawan dia semuanya budak-budak sekolah rendah yang darjah 3 4 tu. Tapi bagus jugak kalau dia berkawan dengan budak-budak darjah tu sekurang-kurangnya tak ada lah dia melepak bercampur dengan budak-budak yang tak ketahuan kat luar tu. 


Apa yang aku nak ceritakan kat sini, bukannya dengan siapa dia berkawan, tapi pasal apa yang terjadi antara aku dengan dia sepanjang kepulangan aku ke kampung. Hah! ini yang best nak buat aku start cerita ni. Ok cerita dia macam ni, kalau tak salah aku, dah 3 bulan lebih dah aku tak balik kampung. Lama jugak kan? Ok! bila aku call mak aku bagitau aku nak balik kampung awal bulan 6 tu. Pergh! automatic si yaya ni mula la kalut, kalah mami jarum. Mana tak nya kalau boleh setiap hari dia nak call aku, tanya pulak soalan yang sama.

' Hello! weh, bila nak balik ni ? ' 
sampai naik jemu dah aku dengar soalan ni dan bagi jawapan kat dia, hahahaha... sebenarnya dia rindu aku lah tu, mana taknya aku dengan dia kalau tak gaduh sehari mana sah! aku mesti cari point untuk buat dia menjerit. Hahaha masa tu lah rumah riuh rendah. Dari pagi sampai lah ke malam ada ja benda aku nak bahan dia. Tapi yang best dia cuma gelak aja, satu benda pun dia tak simpan dalam hati. Yaya oooo yaya.


Di sebabkan birthday dia pulak, betul-betul time aku balik kampung, apa lagi masa tu lah dia buat pemintaan yang bukan-bukan. Nak di jadikan satu cerita, mungkin sebab dia nak sangat makan pizza dia boleh call aku dan nak tau apa dia cakap ?

" Lambat lagi ka hang nak balik ni ? "
" Rabu malam nanti aku balik lah, lepas habis kerja awatnya?"
"weh balik lah hari ni "
" eh mana boleh aku tak dak cuti lagi "
" ambik lah cuti "
"mana boleh , nak ambik cuti dan dan  awat hang rindu sangat ka? "
" eeee, dak lah aku lapaq pizza weh, belanja lah aku makan, hang habaq lah kat bos hang, adik hang meninggal mesti dapat cuti punya, lepas tu aku boleh makan pizza"
" uickk! gila ka? sebab pizza palsukan kematian, hahahahaha " 


Kesiannya sebab pizza sanggup suruh aku palsukan kematian dia, hahahaha apa pun tak boleh lah yaya ni. Memandangkan birthday dia, aku pun belanja lah dia makan semua yang dia minta. Pergh! ingatkan dia minta pizza aja tapi sekali kek + sate + duit poket sekali dia pau. Cis! kurang asam punya adik. Tak pe lah, lagi pun dia cuma ada sorang aja kakak, dia nak minta pun kat kakak dia jugak. So aku dengan senang hati tunaikan setiap permintaan dia. 


Masa tu aku dapat lihat, betapa gembiranya dia bila dapat semua tu, walaupun aku tak selalu tunjukan yang aku sayangkan dia, tapi sebenarnya aku sangat sayangkan dia. Sebab dia lah satu-satunya adik perempuan yang aku ada. Mak aku pulak, siap cakap dekat tok aku macam ni " Yaya dia merap kakak dia jugak " sambil tersenyum memandang muka ayah aku. pergh! serius aku terasa sangat gembira dapat hepikan adik aku tu!



Hepi birthday yaya, semoga dilanjutkan usia, belajar betul-betul nanti boleh masuk university & apa yang paling penting jadilah anak yang terbaik untuk mak ayah. love u! 


Tuesday, May 29, 2012

Dihantui bayang bayang

Posted by sititography at 7:47 PM 0 comments Links to this post
Kisah itu cuma kisah silam, kisah lama kisah yang dah lama berlalu. Kalau tak silap aku dah dekat 6 bulan lebih dah kisah tu berlalu. Tapi kenapa diungkit lagi benda tu ? perlu ke semua tu di ungkit lagi ? harus ke di bincangkan lagi ? aku sendiri tak faham kenapa benda ni perlu di bangkitkan. Ahhh! setiap kali perkara ni di ungkit maka setiap kali tulah ada hati yang terluka. Aku tak nak menyakitkan hati dia disebabkan kisah lama ni.

Aku tau semua yang berlaku dulu adalah kerana silap aku sendiri. Dah beribu kali aku dah cakap yang aku sangat kesal dengan apa yang pernah terjadi dulu. Kalau boleh di putarkan masa aku tak mau pun benda tu berlaku. Tapi semua dah terjadi siapa aku nak ubah takdir. Tapi sampai bila dia perlu dihantui oleh bayang bayang kisah silam aku ? 

Cukup lah jangan lah diungkit lagi kisah tu, tak kan lah sampai aku mati pun nak di ungkit lagi kesilapan dulu tu ? ermmmm... Ye aku akui aku memang silap, aku lalai, aku dah tersalah langkah. Tapi itu dulu! sekarang aku dah berubah. Aku dah buka buku baru. Buku yang aku cuma nak penuhi dengan kisah kisah yang sweet tanpa di bayangi dengan kisah lama. Tapi nampaknya hasrat tu cuma tinggal mimpi aje lah nampaknya. Sebab setiap kali dan setiap apa yang aku buat mesti akan di soal akan dibandingkan dengan yang dulu. Arggggh! kenapa ? 

Aku dah tak nak ingat lagi kisah tu. Biarlah dia mati disitu bersama sama dengan penyesalan aku. Sebab kisah tu lah aku hilang kawan-kawan, aku hilang erti kebahagiaan, aku hilang kepercayaan, aku hilang kegembiraan, aku hilang segala galanya yang pernah aku miliki dan tak heran lah kerana kisah tu jugak membuatkan ramai yang menjauhkan diri daripada aku dan turut membenci aku. Tak cukup dengan itu kisah itu jugak yang membuatkan aku selalu bermasam muka dengan dia yang aku sangat sayang sekarang. Kenapa benda ni perlu diungkit ? tengok semua ni mendatangkan keburukan pada aku juga dia. Kisah itu dah cukup menghancurkan hidup aku! 

Aku dah tak ingat kisah tu, aku dah lupakan semuanya tentang kisah tu. Saat dulu hati aku memang sangat sakit sangat perit untuk aku hadapi semua tu. Tapi aku dah bangkit. Aku bangkit dengan kasih sayang yang diberikan oleh dia pada aku. 

Tapi sampai sekarang tak jemu jemu kisah itu diungkit lagi. Kisah itu jugak yang selalu dibualkan kisah tu jugak yang nak di debatkan. Tak payah lah diungkit lagi. Hati aku dah jauh sangat dengan kisah itu. Aku dah tak heran dengan perkara tu lagi. Perasaan aku pada kisah itu hanya dendam bukan lah kenangan. Kenapa dia masih tak faham ? yang aku hanya sayangkan dia sepenuh hati ini. Aku tak pernah mencari kisah tu lagi, aku tak pernah nak kenang kisah itu lagi, aku dah buang semua tu! jadi kenapa perlu diungkit lagi ?


Jangan lah di ingatkan lagi kesilapan kisah dulu pada aku lagi. Aku dah lupakan semua tu! apa yang aku tahu sekarang ialah aku hanya sayangkan dia dan akan membagiakan dia. Itu aje yang aku cuba lakukan setiap hari. Biarlah kisah itu berlalu pergi jauh dan jangan pernah kembali lagi. Jangan ditarik tarik lagi bayang bayangnya sayang. Aku tak suka kisah lama ini diungkit dan merosakan hubungan baru ini. Kata orang kisah lama tak elok di kenang kenang.


 tak sayang ke pada hubungan kita? nak ke bergaduh setiap hari kerana benda ni? 




 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review