Wednesday, August 24, 2011

Untuk kedua kalinya

Posted by sititography at 12:08 AM 2 comments Links to this post
Betul cakap orang...
kalau ada yang pertama pasti akan ada yang kedua dan tidak mustahil akan ada yang ketiga dan juga keempat..! sebab tu hampa semua tolong-tolong dan tolonglah jangan mulakan pertemuan dengan sesiapa pun.. bila hampa sudah bertemu pasti pertemuan buat kali pertama itu tidak cukup dan pertemuan untuk kali kedua akan dirancang selepas itu!

Itu tidak adil untuk orang yang amat sayangkan diri hampa.. bayangkan dia disana sangat percayakan hampa tapi hampa sedang begembira gelak-gelak dengan orang lain... Ya Allah sanggupkah hampa buat semua tu pada orang yang amat sayangkan hampa selama ini? hanya kerana orang yang hampa nak jumpa tu... tidak terpikirkah hampa tentang hati dan perasaan dia ketika hampa sedang bergembira berjumpa dengan orang lain masa tu? 

Ok ok cuba bayangkan kalau dia pulak yang pergi berjumpa dengan orang lain.. apa yang hampa rasakan ketika itu? pasti marah rajuk geram benci dan sebagainya kan? kalau hampa tak suka dia keluar dengan orang lain walaupun sekadar kawan so hampa pun kena la jugak buat macam 2...! macam nilah.. hati dan perasaan orang kita tak boleh duga apatah lagi nak mengawal setiap langkah dia.. memang tidak termampu lah... tapi kalau ada kejujuran dan kesetiaan hal macam ni pasti tidak akan berlaku dalam hubungan hampa percayalah...! sebenarnya perkara macam ni lah boleh buat sesuatu hubungan tu rosak dan musnah! musnah sebab sikap hampa yang tamak.. tamak untuk mendapat kasih sayang daripada orang lain sedangkan kasih sayang yang hampa ada ini pun sudah cukup banyak...!

Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.. kalau hampa rasakan berjumpa dengan pihak ketiga tidak salah... lakukanlah tapi jangan menyesal kalau suatu hari nanti hampa akan kehilangan orang yang sayangkan diri hampa sangat-sangat saat ini... mungkin dia diam dan izinkan hampa berjumpa tapi pernah tak hampa fikir macam mana hati dan perasaan dia ketika dia izinkan perkara itu berlaku? 


Ingat jangan tinggalkan orang yang hampa sayang untuk orang yang hampa suka sebab tidak mustahil orang yang hampa suka akan tinggalkan hampa untuk orang yang dia sayang....!

Tuesday, August 23, 2011

Tipu lagi

Posted by sititography at 11:38 PM 0 comments Links to this post
Aku percaya setiap manusia pasti tidak suka diri dia kena tipu dan diperdaya oleh sesiapa sahaja. tak kira lah samada orang yang baru kenal , orang yang kenal sikit-sikit @ orang yang terlebih kenal... tapi kita sebagai manusia pasti tidak pernah terlepas daripada berjumpa dengan sengaja @ tidak dengan manusia seperti ini...

Kenapa mereka suka menipu? memang hobi mereka kah? @ mereka suka suka dan suka melakukan hal-hal seperti ini. ingatlah kita hidup di dunia ini tak ubah seperti roda kereta myvi kat luar tuh.. mungkin hari ini kita menipu orang lain tapi nescaya masa kita pasti akan tiba. dan masa tu aku pasti hampa akan sedar dan faham macam mana hancurnya hati orang yang pernah hampa tipu dulu.. ya mungkin hampa menipu ada sebab, sebab tak nak panjangkan cerita tapi tahu tak walaupun hampa berjaya memperdayakan orang tu masa tu tapi Allah akan tunjuk pada hampa jugak samada cepat atau lambat terserah pada kuasanya... dan masa tu mungkin dah terlambat untuk hampa minta maaf pada dia..! ingatlah setiap manusia tu memang harus diberi peluang kedua... tapi tak akan ada lagi peluang ketiga..!


ingatlah tipu bukan jalan terbaik untuk menjaga hati & hubungan... hubungan perlukan kejujuran!



Wednesday, August 17, 2011

Shopping Shopping raya

Posted by sititography at 7:10 PM 0 comments Links to this post
Raya raya raya...
sebut sahaja pasal raya sudah tentu kita teringat hari raya... tak kira apa bangsa semua nak raya.. jadi bila gaji dah masuk apa lagi jom la kite shopping raya...

Tahun ni merupakan tahun pertama untuk aku beraya sebagai seorang yang bekerjaya walaupun kerja aku hanya makan gaji tapi alhamdulillah cukup lah buat masa ni.. apa kata orang biarlah merangkak dahulu sebelum belajar berlari...

Apa yang bestnya tahun ni ialah aku dapat beli baju raya sendiri menggunakan duit titik peluh aku sendiri... aku tidak perlu lagi mengharapkan duit emak dan ayah seperti tahun-tahun sebelumnya... yelakan sudah bekerja hehehe.. :) dan apa yang menarik tahun ini ialah aku dapat beli sedikit barang untuk keluarga aku.. emak dapat tudung ayah pula dapat kain pelekat dan adik dapat tudung dan songkok... walaupun ianya tidak seberapa tapi aku rasa sangat puas..! yelah inilah kali pertama aku belikan barang hari raya menggunakan duet aku sendiri...alhamdulillah....

Lagi menarik aku pergi shopping raya ditemani oleh seseorang...
sebenarnya inilah kali pertama aku pergi shopping hari raya tanpa kawan-kawan... lain sangat daripada dulu-dulu.. dulu kawan2 la peneman untuk shopping raya tapi kini semuanya sudah berubah.. mana taknya masing-masing ada kehidupan sendiri... walau macam mana pun kenangan shopping dengan kawan-kawan sentiasa berada dalam ingatan aku sampai bila-bila :)

Lainnya tahun ni aku pergi shopping naik LRT haaa... kalu nak tahu dulu kalu nak shopping aku mesti naik kereta terus ke jalan Tar tapi kali ini sangat lain... ermmm sedar tak sedar semuanya dah berubah...
hidup kita sentiasa berubah kan ? kenangan shopping tahun ini akan aku ingat sampai bila-bila...
Opppsss sebenarnya ada banyak lagi benda yang aku belum beli... nampaknya nanti sebelum balik beraya aku terpaksa habiskan shopping hehehe :)


Raya raya raya selamat shopping......!

Friday, August 5, 2011

Ramadhan 2011

Posted by sititography at 12:20 AM 0 comments Links to this post
Alhamdulillah ramadhan datang lagi.... syukur sangat aku masih dapat menyambut ramadhan kali ini walaupun aku menyambut ramadhan dengan perasaan sayu sekali....

Ramadhan kali ini sungguh menyentuh hati aku...
bukannya aku tak biasa berada jauh dengan keluarga dan ini bukan lah ramadhan pertama aku di negeri orang tapi dah kali keempat dan sepatutnya aku sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini tapi hati ini terlalu sayu pada ramadhan kali ini. mungkin kerana aku menyambut ramadhan seorang diri tanpa keluarga tercinta di sisi dan juga kawan-kawan seperti dulu...

Dulu walaupun keluarga aku jauh dimata tapi aku masih ada kawan-kawan yang sama-sama menyambut kehadiran ramadhan tapi itu dulu 3 tahun yang lepas sewaktu aku masih belajar di unisel. tapi kali ini sangat berbeza jauh berbeza dan inilah yang membuatkan hati aku sangat tersentuh setiap kali sahur dan berbuka.. teringat kenangan masa belajar dulu-dulu, ramadhan kami sangat seronok mana taknya setiap pagi dapur tu akan bunyi riuh rendah dengan bunyi lesung batu,pinggan mangkok dan riuh rendah suara masing-masing dan macam-macam ragam kawan-kawan masa bangun sahur. kadang-kadang bila malas nak memasak di dapur kami beramai-ramai akn keluar ke cafe untuk membeli apa sahaja makanan untuk bersahur... seronoknya ramadhan di kampus ketika itu.. bila berbuka pulak berpusu-pusu orang ke bazar ramadhan berebut-rebut membeli juadah berbuka dan walaupun terpaksa berbuka di dalam kelas itu tidak menjadi masalah kerana semua itu sangat menarik dan akan kekal menjadi sebuah kenangan sebagai seorang pelajar...


Tapi itu semua dulu, dah tak sama macam sekarang tapi  sekarang sahur seorang diri dan berbuka pun seorang diri.. pilunya hati ini dan sangat terasa sedih.. alangkah bestnya kalau aku berada bersama keluarga saat ini pasti mak aku akan sediakan apa sahaja menu yang aku nak.. aku sangat rindukan saat seperti itu... tak apa la mungkin ini semua dugaan dan ketentuan yang telah di takdirkan kepada aku. walau macam mana pun ramadhan kali ini aku harap aku dapat lakukan dengan sempurna dan mengharapkan bukanlah ramadhan terakhir buat aku...



Selamat berpuasa dan salam ramadhan......
 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review