Tuesday, August 23, 2011

Tipu lagi

Posted by sititography at 11:38 PM
Aku percaya setiap manusia pasti tidak suka diri dia kena tipu dan diperdaya oleh sesiapa sahaja. tak kira lah samada orang yang baru kenal , orang yang kenal sikit-sikit @ orang yang terlebih kenal... tapi kita sebagai manusia pasti tidak pernah terlepas daripada berjumpa dengan sengaja @ tidak dengan manusia seperti ini...

Kenapa mereka suka menipu? memang hobi mereka kah? @ mereka suka suka dan suka melakukan hal-hal seperti ini. ingatlah kita hidup di dunia ini tak ubah seperti roda kereta myvi kat luar tuh.. mungkin hari ini kita menipu orang lain tapi nescaya masa kita pasti akan tiba. dan masa tu aku pasti hampa akan sedar dan faham macam mana hancurnya hati orang yang pernah hampa tipu dulu.. ya mungkin hampa menipu ada sebab, sebab tak nak panjangkan cerita tapi tahu tak walaupun hampa berjaya memperdayakan orang tu masa tu tapi Allah akan tunjuk pada hampa jugak samada cepat atau lambat terserah pada kuasanya... dan masa tu mungkin dah terlambat untuk hampa minta maaf pada dia..! ingatlah setiap manusia tu memang harus diberi peluang kedua... tapi tak akan ada lagi peluang ketiga..!


ingatlah tipu bukan jalan terbaik untuk menjaga hati & hubungan... hubungan perlukan kejujuran!



0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review