Sunday, September 11, 2011

2 Minggu tanpa henti

Posted by sititography at 8:56 PM 0 comments Links to this post
Adoooi nasib tak selalunya baik... kenapa aku cakap macam tu sebabnya benda ini betul-betul jadi kat aku selama dua minggu tak henti-henti... mungkin Allah sedang menguji tahap kesabaran aku... so aku terima semua ujian ini walaupun hati aku sedih giler... mana tak sedihnya baby aku rosak kerana semua ini... korang nak tau apa yang dah terjadi jom baca cerita aku kat para bawah ni...


Hari pertama iaitu tepat pukul 3 petang pada hari ahad 04/09/2011 kereta kesayangan aku PJE kena cium bontotnya dengan kereta proton saga warna kelabu.. masa tu aku kat trafic light kat pemaisuri otw balik dari cheras pi hantar ketupat dekat untie lela... adushh! apa lagi aku turun dari kereta dengan muka benggang lepas tu aku dan kereta yang langgar aku tu pun berhenti kat sisi jalan sebab nak elak dari jam... lepas untie lela dan family sampai kat tempat kejadian semuanya selesai dan orang tu bayar ganti rugi kat aku rm130 sebab kereta aku tak ada la teruk sangat cuma calar sikit dan no plate patah...


Ok lepas semua tu selesai aku pun dah repair kereta dengan hati yang lega... minggu berikutnya tepat pukul 10malam kat bangsar pada hari jumaat 09/09/2011 kereta aku pulak yang mencium teksi... adush... masa tu hanya tuhan saja yang tau betapa remuk nya hati aku sama macam remuk nya kereta aku... lepas minta maaf kat driver teksi tu aku pun bayar la dalam rm100 sebagai ganti rugi... tapi serius tidur malam aku memang tak senang asyik pikirkan PJE kat kemek 2... dan esok petangnya aku bertemankan kawan aku pi cari kedai ketuk dan cat sekitar kepong... tapi sangat mengecewakan sebab harga nak ketuk tu bapak punya mahal.. mana lah nak termampu aku nak bayar... and paling susah bila kereta nak kena tinggal.. susah lah aku nak bergerak... urmmmmm....


Dengan hati yang keciwa dan sedih kami pi makan sat kat giant batu caves... lepas tu masa nak balik mata ni betul-betul terpandang sign board " kedai repair bumper" aku try ke kedai tu sebab nak cuba nasib... alhamdulillah akhirnya kereta aku berjaya diketuk tanpa perlu tinggalkan kereta dengan harga yang lebih murah jauh sangat perbezaan harga dengan kedai-kedai sebelum ini.. alhamdulillah... PJE kembali normal... tapi bumper aku belum tukar lagi... nanti lah bila ada duit aku pi tukar...


Malang memang tak berbau kan ??

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011

Posted by sititography at 7:53 PM 2 comments Links to this post
Selamat hari raya adidilfitri maaf zahir dan batin...
ampun maaf dipinta andainya pernah terkasar bahasa kadang terlepas cakap bak kata orang cakap sedap mulut aja.. ke pernah termarah tak tentu pasal sampai hampa ambik hati sampai terasa kat tulang putih tu aku minta maaf sangat...! kalau aku pernah tersasul mencarut dan termaki hampa aku minta maaf jugak.. sebab mulut aku kalau tengah marah memang main sembur saja so aku pohon maaf sangat...! ha... kalau aku ada terpukul tercubit tertumbuk tertampar tersepak kat mana-mana sampai hampa rasa sakit aku minta maaf ok.. janji tak buat lagi dah hehe :) yang paling penting kalau aku termakan terambik barang-barang kepunyaan hampa aku minta halal ok halalkan la dunia dan akhirat tau...! dan apa-apa sahaja la yang pernah aku lakukan aku mohon maaf dan harap hampa semua maafkan kesilapan aku tu.. dan aku dengan ini memaafkan setiap salah dan silap yang pernah hampa buat dekat aku dan aku tak akan simpan dalam hati dan bawak ke mati orait!


Ok maaf dah minta, mai sini aku nak cerita peristiwa raya yang berlaku antara aku dia dan family...
ok macam biasa lah pagi-pagi raya bersiap pakai baju cantik wangi-wangi terus pi sembahyang raya.. selalunya mak aku jarang pergi sembahyang raya sebab tak ada siapa nak jaga rumah tapi sejak ada bibik mak aku dah ada kesempatan untuk solat sunat aidilfitri tahun ni.. ok balik aja dari sembahyang raya dah ada tetamu datang gila punya awal.. salam raya pun belum lagi so terpaksa la dia tunggu kejap sebab kami satu family nak bersalaman dan kalau hampa nak tau tahun ni sedih sangat tak macam tahun-tahun lepas... 1st aku mengalirkan air mata di pagi hari raya bila aku tengok mak dan ayah aku bersalaman pohon maaf atas kesilapan mereka... dan yang paling best ini adalah kali pertama di pagi raya aku mencium mak aku.. mungkin pada semua mencium mak adalah perkara biasa tapi berbeza dengan aku sebab selama ini aku tak pernah mencium mak aku sendiri :( dan aku rasa indah dan terharunya bila aku dapat mencium mak yang aku cintai tu.. dan yang paling best ini juga merupakan tahun pertama aku sebagai seorang anak dan kakak bagi duit raya dekat mak,ayah dan adik-adik aku.. tapi bukan setakat tu aja.. kat semua sepupu-pupu pun aku bagi duit raya.. so bajet raya tahun ni kena lebih lah.. hahahaha :)

Tahun ni boleh dikatakan ramai gila datang raya sampai makanan habis.. bak kata bibik kalu kita jual dah beratus dapat.. hahaha :) time-time raya macam ni lah adik beradik sedara mara berkumpul gelak ketawa best sangat! kan best kalu setiap hari raya maknanya antra kita semua tak akan ada pergaduhan semuanya gembira kan ? oklah setakat ni sahaja kot cerita raya yang aku nak cerita yang lebih-lebih lain kali aja la... ok apa-apa pun raya tahun ni akan tersemat dalam ingatan buat selamanya...


Selamat hari raya maaf zahir & batin.... :)

Balik Kampung Raya 2011

Posted by sititography at 2:19 AM 2 comments Links to this post
Perjalanan jauh tak ku rasa kerna hatu ku melonjak sama ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata.. nun menghijau gunung ladang dan rimba langit nan tinggi bertambah birunya deru angin turut sama berlagu semuanya bagaikan turut gembira... balik kampung oh oh balik kampung hati girang...!

Huyooo best giler kan kalau nak balik kampung.. sampai nak tidoq malam pun tak lena punya semangat nak balik kampung.. buruk macam mana pun keadaan kampung kita tapi nikmat kalau dapat balik kampung... bagi hampa yang tak ada kampung sudah pasti lah tidak merasa kenikmatan dan kemeriahan indahnya nak balik kampung tapi bagi aku yang duduk jauh dari keluarga saat-saat macam ni lah yang aku nanti-nantikan... terus teringat suasana rumah, riuh rendah rumah dengan suara adik-adik dan emak aku.. dan paling best rindu mak masak makanan yang sedap giler tu!

Ok kali ini aku balik bukan sorang tapi berdua siap konvoi lagi dengan sorang kawan aku yang kerja kat hukm.. janji pukul 10am tapi macam biasa lah janji kan? last-last pukul 11am baru gerak dari kuala lumpur.. semangat nak balik kampung drive agak laju jugak... mampus..! harap-harap clear lah dah kena saman.. amin :) alhamdulillah akhirnya sampai jugak kami kat penang! dan paling best hari tu kami berbuka kat luar pekena ikan bakar stone bay.. sedap jugak...!


Selamat pulang ke kampung semua hati-hati drive :)
 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review