Monday, October 31, 2011

Dont be sad

Posted by sititography at 10:36 PM 0 comments Links to this post
Sedih ialah suatu perasaan yang Allah telah campak kan kepada kita tanpa memilih siapa di antara kita.. bila Allah campak perasaan ini, kita sebagai seorang insan tak mampu buat apa-apa dan kadang-kadang kita sendiri tidak tahu kenapa kita bersedih.. hebatnya perasaan yang telah di anugerahkan olehNya kepada kita.

Kadang-kadang kita rasa sangat sedih dengan masalah yang kita hadapi tetapi pada orang lain itu bukanlah satu kesedihan... bila sedih datang kita sebagai manusia mula menjadi runsing muram dan menangis meratapi kesedihan itu. pada masa itu, kita akan mula mencari jalan macam mana kita boleh keluar daripada masalah ini... tanpa kita sedar bila kita dalam situasi ini pasti kita mencari dan menemui Allah.. ramai manusia mencari Allah ketika dia sedang bersedih bukan? dan tidak ramai orang mencari Allah ketika sedang gembira bukan?  kita tidak pernah mencari sedih tidak pernah mengundang sedih itu datang dalam hidup kita. tetapi sedih berjaya membawa kita untuk berjumpa Allah... sedih selalu berjaya membawa kita mendekatkan diri dengan Allah... ramai antara kita sujud ketika kita sedih ramai juga orang yang sombong sujud kerana sedih... kalau Allah tidak campak perasaan sedih mungkin kah kita akan mati sebagai ahli neraka? 


Tahukah kita perasaan sedih samada besar atau kecil adalah kerana Allah inginkan kita kembali menyebut namaNya...

Friday, October 28, 2011

Bukannya bodoh

Posted by sititography at 9:06 PM 0 comments Links to this post
Bodoh ? aku bukan bodoh.. ye aku tak bodoh... tapi pada pandangan mata orang yang melihat mereka akan akan cakap aku sangat bodoh... mereka cakap macam tu sebab mereka tak akan faham apa yang aku rasakan...

Kenapa nampak bodoh ke? salah ke aku sayangkan orang sangat-sangat? rasa kasih sayang yang wujud kat hati aku itu adalah kebodohan ke? kalau kita jujur & ikhlas sayangkan orang  perkara bodoh ke? peliknya dunia neh kan? kalu kita jujur kita pasti akan ditipu, dimainkan, digunakan & tak pernah dihargai. kita diperbodohkan kan? itu yang mereka maksudkan.. ye aku faham apa yang mereka maksudkan...

Tapi kenapa benda ini harus berlaku pada orang yang jujur & ikhlas berkasih sayang? tapi kalau orang yang tak jujur & tak ikhlas mereka pula yang dihargai disayang-sayang dan mereka akan nampak sangat sempurna dimata orang lain. sangat tak adil bila perkara ini berlaku kan? tapi itulah realiti kehidupan.. biarlah apa pun orang katakan kita terima tapi jangan sesekali letak dalam hati. sebab mereka tak akan pernah faham apa yang kita rasakan... biarlah kita nampk bodoh dimata orang lain kerana tulusnya nilai kasih sayang yang kita ada.. aku bangga sebab aku mempunyai rasa kasih sayang yang sangat tinggi.. aku harap suatu hari nanti kebodohan yang mereka cakapkan ini akan menjadi kebahagiaan kepada aku sampai tiba masanya. aku percaya tuhan selalu mendengar kata hati aku.. mendengar setiap keluhan aku melihat setiap pengorbanan yang aku lakukan... aku tidak mengharapkan balasan daripada manusia tetapi aku percaya doa orang-orang yang ditindas tiada hijab antaranya dengan Allah... aku percaya juga suatu hari nanti orang akan sedar bertapa bernilainya aku untuk diri mereka...


Bodoh kerana nilai kasih sayang.....

Monday, October 24, 2011

Titisan air mata seorang ayah

Posted by sititography at 8:54 PM 0 comments Links to this post
Biasa dan sudah menjadi kebiasaan seorang anak perempuan yang sudah dewasa seperti aku keluar daripada rumah untuk belajar dan seterusnya memulakan langkah untuk belajar mencari rezeki sendiri tanpa mengharapkan bantuan emak atau ayah aku lagi... tetapi bukanlah isu itu yang aku nak kongsikan tetapi berkenaan hati perasaan dan air mata seorang lelaki yang bergelar ayah...

Sumpah seumur hidup aku menjadi seorang anak kepadanya aku tidak pernah melihat ayah menintiskan airmata walau apa pun dugaan dan masalah yang dihadapai olehnya.. hati kecil aku bergitu tersentuh sangat tersentuh apabila petang itu ayah memeluk tubuhku lalu menangis menitiskan air mata keegoaan seorang ayah. ayah aku seorang lelaki yang keras hatinya, keras kepala , dan mudah melenting sekiranya ada yang tidak kena pada pandangan matanya. ayah seorang lelaki yang tabah dan cekal menghadapi kesulitan kehidupan. sehingganya aku dan adik beradik yang lain tidak pernah tahu bilakah ayah dalam saat kesedihan dan kesusahan... mustahil ayah tidak pernah merasa sedih dan susah kan ? tapi ayah tak pernah tunjuk riak muka seperti itu.. melihat wajah ayah seperti melihat limpahan air tasik yang tenang tapi mungkin dalam ketenangan itu tersimpan sesuatu yang kami tak tahu 

Tetapi hari ini aku seperti sudah menyangka ayah tidak akan sekuat dan setabah itu lagi.. aku tidak pernah bersedia untuk melihat seorang ayah sepertinya menangis di hadapanku.. aku sangat  tak kuat untuk menahan hiba tersebut. ayah memeluk tubuh aku lalu menangis dan berpesan " jaga diri baik-baik di kuala lumpur " " ayah sayangkan siti hajar " dengan suara yang sebak dan menitiskan air mata ayah ketika itu. aku sendiri tidak menyangka ayah akan memeluk aku kerana rasanya sudah lama ayah tidak memeluk aku. saat itu aku tidak tahan lagi untuk menahan rasa sebak dan air mata aku juga turut sama mengalir. 


Aku tahu ayah aku sudah buat satu kesilapan yang besar dalam hidupnya ayah aku telah mengecewakan hati isteri dan anak-anaknya tapi aku yakin hatinya terasa bergitu bersalah sekali dan disebabkan itu air mata yang tak pernah kami lihat akhirnya mengalir pada hari 16 okt 2011.... ayah aku memang marah kerana ayah dah melukakan hati emak tapi ayah jauh di sudut hati ini kami sayangkan ayah dan kami tak nak ayah terus terlena dengan kesilapan ayah sendiri. sedarlah ayah kami sangat merindui ayah kami yang dulu dan sudah pasti emak juga memerlukan kembali kebahagiaan bersama ayah seperti dahulu.


Aku akan terus berdoa semuanya kembali seperti biasa amin :'(

Akhirnya selepas 3 tahun

Posted by sititography at 8:09 PM 2 comments Links to this post
Detik konvokesyen dah sampai ke saat nya... semua persiapan dah dibuat.. yuran dah dibayar jubah dah diambil baju kasut tudung dah pun dibeli.. memang banyak gila duit keluar untuk konvokesyen ini.. tapi aku tak kisah pun keluarkan belanja untuk semua ini sebab hanya sekali dalam seumur hidup aku dapat menyarung jubah merah lambang kebanggaan sesorang mahasiswa... ewahhh!

Dan apa yang menariknya ialah hati ini melompat-lompat rasa tidak sabar sangat nak berjumpa semua kawan-kawan setelah hampir setahun kami semua habis belajar dan masing-masing membawa haluan masing-masing. ada yang dah berjaya jadi orang production ada juga yang lari jauh dari bidang multimedia pun tapi yang paling hebat ada jugak yang dah bergelar businessman dan business women.. tak kisah lah apa pun kerjaya mereka semua yang pasti kita sama-sama berjaya alhamdulillah....

Tapi apa yang paling indah dan akan kekal menjadi sebuah kenangan ialah apabila masa nama diumumkan untuk naik ke  pentas dan berjalan dengan muka cuak bersalaman dengan pro-canselori bergambar beramai-ramai dengan muka skema sama macam sem 1 dulu.. membaling topi ke langit dan menjerit beramai-ramai wah! sangat seronok kemeriahan masa 2..! tapi kalau tanpa ilmu dan sokongan lecturer-lecturer Fitm yang tak jemu-jemu mengajar dan memberi nasihat semua ini tak akan tercapai.. terima kasih buat semua lecturer Fitm semua jasa kalian tak akan pernah aku lupakan sampai bila-bila :'(

Ok habis pasal kawan-kawan dan lecturer tapi tanpa mak ayah dan keluarga hari ini tak bermakna jugak.. terima kasih jugak buat mak ayah dan jiran tertangga aku sebab datang meraikan hari kejayaan ini bersama-sama tak lupa jugak kepada semua yang memberi bunga bear dan walaupun hanya sekadar datang mengucapkan taniah! semua itu amat-amat aku hargai...


Terima kasih Mak & Ayah untuk bunga merah , terima kasih untuk jiran untuk bunga pink, terima kasih untuk Aishah untuk bunga & bear 2 , terima kasih untuk Hidayah untuk bunga coklat & bear , terima kasih juga buat puan marliza untuk bear pemukul lalat 2 , terima kasih wani untuk bear comel 2 & terima kasih untuk faiz , jerin , teha , gula-gula kapas dan semuanya..... 

Friday, October 7, 2011

Setelah Setahun

Posted by sititography at 6:43 PM 0 comments Links to this post
Setahun sudah berlalu... cepatnya masa ini berjalan dan aku sendiri tak perasan bahawa sudah setahun aku meninggalkan dunia kampus, kawan-kawan dan pensyarah aku yang best sangat 2!

Tapi akhirnya pada 06/10/2011 kami yang terpisah selama setahun membawa haluan masing-masing berjumpa balik di tempat dimana kami mula-mula kenal dulu iaitu Unisel. disinilah kami berkenalan kami mencipta kenangan bersama melalui pahit dan manis bersama dan berjuang susah dan senang bersama. seronok sangat bila mengimbau kenangan dulu. kadang-kadang terasa sangat rindu rasa seperti ingin kembali ke masa dulu. tapi mana mungkin semua itu dapat di ulang kembali. ok jom kita tengok apa yang terjadi bila kami semua berjumpa kembali hehehe :)


Babak I  Canselori - Ok kami semua dah plan awal-awal lagi nak selesaikan urusan konvocation ini sama-sama. malam tu kami semua dah rojer-rojer antara satu sama lain nak jumpa depan canselori unisel. ok memang apa yang di rancangkan menjadi. pukul 10pagi kami semua berjumpa semula depan canselori, yang bestnya dari jauh belum sempat bersemuka dekat-dekat dah terjerit-jerit dalam kereta. padahal kereta belum paking lagi tuh. nampak dah kemeriahan dan kerinduan disitu hahaha... lepas dah turun kereta apa lagi berlari-lari comel peluk dan cium pipi melepaskan kerinduan masing-masing. ok kami tak buang masa terus bergegas masuk canselori tuh.. masuk-masuk pergh! ramai gila orang dapat nombor 300++ jugak lah penat lah nampaknya nak tunggu. tapi nasib aku baik sikit sebab ada seorang kawan dah amik kan nombor untuk aku. laju sahaja aku selesaikan. tapi aku kena tunggu kawan-kawan jugak...

Babak II Fitm - lepas dah sttle urusan kat unit bendahari dan jubah pun dah amek. tetiba puan marliza hop program aku msg tanya ada kat mana. jadi kami semua terus ke falkuti nk jumpa puan, dan bestnya bising balik lah bilik puan mana taknya kami semua memang dari dulu lagi suka buat kecoh kat fakulti. hehehe seronok sangat terasa macam student aje masa tu. kebetulan dowang semua kena ke canselori semula, jadi aku ditinggalkan di Fitm 2 bersama puan, puan pulak ajak makan sama-sama tak kan lah nk tolak eishh tak sampai hati pulak jadi aku pun join lah makan sama-sama. tapi apa yang kelakarnya belum sempat nak makan. habis nasi aku tumpahkan.. hahaha penat jugak lah nak bersihkan dan puan terpaksa pergi beli yang baru.. sori puan!


Babak III Restoran Bendang - perut pun dah rasa lapar, apa lagi semua nak pergi malantak lah. sepanjang otw nak masuk kedai 2, snap gambar tak henti-henti adoooi dah macam artis pulak.. hahaha :) ok bila dah masuk kedai riuh rendah dengan suara kami pot pet pot pet dengan gelak berdetum-detum lagi. sampai semua orang tengok lah. peduli apa kami yang penting kami seronok sangat! and the last terima kasih nani dan tunangnya sebab belanja kami makan :)

Seronok sangat hari ini menghabiskan masa bersama puan marliza, encik suhaimi, Ayu , zizie , nanik , aloi , tunang si nani dan robek kawan ayu.......


Wednesday, October 5, 2011

Sakit kepala

Posted by sititography at 9:55 PM 0 comments Links to this post
Adoooi macam ini rupanya rasa sakit kepala. sakit kepala ini bukan macam pening-pening lalat yang selalu. tapi sakit dia lain macam sangat. peliknya kenapa tiba-tiba kepala aku sakit sekarang ni ha? sebab masa aku belajar dulu aku tak pernah ada penyakit macam ni. selalunya kawan-kawan serumah aku yang selalu sakit. Hmmmmm musykil sangat ni.

Sakitnya pulak bukan sehari dua. tapi dah berhari-hari aku sakit macam ni. kalau nak tau, penyakit ini menyerang aku pada waktu petang dalam pukul 5 petang sampai membawa ke pagi. aku ada jugak telan panadol konon nak kurangkan rasa sakit. memang berkesan untuk serangan pertama dan kedua tapi bukan lagi untuk serangan ketiga dan seterusnya. kalu amakan panadol pun tak akan ada apa-apa perubahan langsung. sakit tetap sakit malah terasa seperti nak pecah kepala ni. adooooi...! maka apabila penyakit ini menyerang aku memang tak akan melayan sesiapa pun lah tidak kira lah soal mati atau hidup sekali pun aku tak akan layan. sebab aku sedang bertarung melawan sakit kepala yang sangat dasyat ini.

Aku belum pergi buat pemeriksaan di hospital atau mana-mana klinik lagi. bukannya apa aku cuma takot kalau-kalau sebenarnya aku mengalami penyakit apa-apa. eishh...! kalau nak tau macam-macam benda aku pikir sekarang. sebab itu aku takut nak pergi jumpa doktor buat masa ini. aku akan pergi jumpa jumpa doktor nanti tapi bila semuanya tidak tertahan lagi nanti. bukannya apa, sebenarnya disebalik penyakit kepala ini, aku ada satu cerita tentangnya.

Ceritanya seperti ini, aku ada ayah sedara tiri sebelah ayah aku, iatu adik kepada ayah aku hasil perkahwinan kedua atok aku atau kalau orang utara panggil tokwan. nama dia zukkifli, dia kerap sangat sakit kepala, masa tu semua orang buat tak kisah lah, sebab semua pikir perkara itu hanya lah sesuatu yang biasa. tapi siapa menyangka sakit kepala yang di anggap biasa bertukar menjadi sesuatu yang sangat luar biasa. rupa-rupanya dia mengalami barah otak. hmmm.... dah akhirnya penyakit tu sikit demi sikit hari demi hari penyakit tu menyeksa dia. selang beberapa bulan selepas itu dia kerap keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. tetapi ternyata tuhan lebih sayangkan dia. hmmmm disebabkan itulah aku langsung tak ada keberanian dan kekuatan untuk pergi buat pemeriksaan kat klinik sorang-sorang. Tapi aku berharap sangat tak akan ada apa-apa perkara yang serius akan berlaku kat aku sebab penyakit sakit kepala yang melampau ini. 


Doakan aku ok kawan-kawan....
 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review