Bodoh ? aku bukan bodoh.. ye aku tak bodoh... tapi pada pandangan mata orang yang melihat mereka akan akan cakap aku sangat bodoh... mereka cakap macam tu sebab mereka tak akan faham apa yang aku rasakan...
Kenapa nampak bodoh ke? salah ke aku sayangkan orang sangat-sangat? rasa kasih sayang yang wujud kat hati aku itu adalah kebodohan ke? kalau kita jujur & ikhlas sayangkan orang perkara bodoh ke? peliknya dunia neh kan? kalu kita jujur kita pasti akan ditipu, dimainkan, digunakan & tak pernah dihargai. kita diperbodohkan kan? itu yang mereka maksudkan.. ye aku faham apa yang mereka maksudkan...
Tapi kenapa benda ini harus berlaku pada orang yang jujur & ikhlas berkasih sayang? tapi kalau orang yang tak jujur & tak ikhlas mereka pula yang dihargai disayang-sayang dan mereka akan nampak sangat sempurna dimata orang lain. sangat tak adil bila perkara ini berlaku kan? tapi itulah realiti kehidupan.. biarlah apa pun orang katakan kita terima tapi jangan sesekali letak dalam hati. sebab mereka tak akan pernah faham apa yang kita rasakan... biarlah kita nampk bodoh dimata orang lain kerana tulusnya nilai kasih sayang yang kita ada.. aku bangga sebab aku mempunyai rasa kasih sayang yang sangat tinggi.. aku harap suatu hari nanti kebodohan yang mereka cakapkan ini akan menjadi kebahagiaan kepada aku sampai tiba masanya. aku percaya tuhan selalu mendengar kata hati aku.. mendengar setiap keluhan aku melihat setiap pengorbanan yang aku lakukan... aku tidak mengharapkan balasan daripada manusia tetapi aku percaya doa orang-orang yang ditindas tiada hijab antaranya dengan Allah... aku percaya juga suatu hari nanti orang akan sedar bertapa bernilainya aku untuk diri mereka...
Bodoh kerana nilai kasih sayang.....
0 comments:
Post a Comment