Adoooi macam ini rupanya rasa sakit kepala. sakit kepala ini bukan macam pening-pening lalat yang selalu. tapi sakit dia lain macam sangat. peliknya kenapa tiba-tiba kepala aku sakit sekarang ni ha? sebab masa aku belajar dulu aku tak pernah ada penyakit macam ni. selalunya kawan-kawan serumah aku yang selalu sakit. Hmmmmm musykil sangat ni.
Sakitnya pulak bukan sehari dua. tapi dah berhari-hari aku sakit macam ni. kalau nak tau, penyakit ini menyerang aku pada waktu petang dalam pukul 5 petang sampai membawa ke pagi. aku ada jugak telan panadol konon nak kurangkan rasa sakit. memang berkesan untuk serangan pertama dan kedua tapi bukan lagi untuk serangan ketiga dan seterusnya. kalu amakan panadol pun tak akan ada apa-apa perubahan langsung. sakit tetap sakit malah terasa seperti nak pecah kepala ni. adooooi...! maka apabila penyakit ini menyerang aku memang tak akan melayan sesiapa pun lah tidak kira lah soal mati atau hidup sekali pun aku tak akan layan. sebab aku sedang bertarung melawan sakit kepala yang sangat dasyat ini.
Aku belum pergi buat pemeriksaan di hospital atau mana-mana klinik lagi. bukannya apa aku cuma takot kalau-kalau sebenarnya aku mengalami penyakit apa-apa. eishh...! kalau nak tau macam-macam benda aku pikir sekarang. sebab itu aku takut nak pergi jumpa doktor buat masa ini. aku akan pergi jumpa jumpa doktor nanti tapi bila semuanya tidak tertahan lagi nanti. bukannya apa, sebenarnya disebalik penyakit kepala ini, aku ada satu cerita tentangnya.
Ceritanya seperti ini, aku ada ayah sedara tiri sebelah ayah aku, iatu adik kepada ayah aku hasil perkahwinan kedua atok aku atau kalau orang utara panggil tokwan. nama dia zukkifli, dia kerap sangat sakit kepala, masa tu semua orang buat tak kisah lah, sebab semua pikir perkara itu hanya lah sesuatu yang biasa. tapi siapa menyangka sakit kepala yang di anggap biasa bertukar menjadi sesuatu yang sangat luar biasa. rupa-rupanya dia mengalami barah otak. hmmm.... dah akhirnya penyakit tu sikit demi sikit hari demi hari penyakit tu menyeksa dia. selang beberapa bulan selepas itu dia kerap keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. tetapi ternyata tuhan lebih sayangkan dia. hmmmm disebabkan itulah aku langsung tak ada keberanian dan kekuatan untuk pergi buat pemeriksaan kat klinik sorang-sorang. Tapi aku berharap sangat tak akan ada apa-apa perkara yang serius akan berlaku kat aku sebab penyakit sakit kepala yang melampau ini.
Doakan aku ok kawan-kawan....
0 comments:
Post a Comment