Monday, April 23, 2012

Bila rindu datang

Posted by sititography at 9:31 PM 0 comments Links to this post
Rindu, mungkin perkara biasa kepada  sesiapa sahaja kan? Kalau kita merindui orang yang kita sayang itu juga perkara biasa kan? tapi pada aku perasaan ini sangat luar biasa. Sebabnya aku tak pernah merasakan perasaan rindu yang teramat macam mana yang aku tengah rasakan sekarang ni. Serius aku sangat merindui!

Pada aku ia adalah sesuatu yang wajib sepanjang aku berjauhan dengan dia. Orang kata perasaan rindu ni satu benda yang menyakitkan tapi pada aku tidak! rindu tidak sakit tapi satu perasaan yang sangat indah yang hadir dalam hati yang ikhlas pada dia. 


Seronok sebenarnya rindu merindui ini tau. Lagi seronok bila perasaan rindu itu terbalas. Aku pasti tersenyum bila baca je msg " I miss u too "  wah! mana taknya berbunga-bunga hati ni tau. Setiap masa aku tertunggu- tunggu bila boleh jumpa dan bersama dia. Sebab aku tak tahan sangat rindu yang amat! aku rindukan segala-galanya tentang dia. Aku rindu senyuman dia, aku rindu sentuhan dia, aku rindu belain dia yes! aku rindukan segalanya tentang dia. 


Bila aku rindu, aku akan tengok semua gambar-gambar dia, bila bangun tidur cepat-cepat aku tengok handphone mana lah tau ada apa-apa msg yang sweet dari dia. Bila handphone berbunyi cepat cepat aku lari nak angkat call sebab aku nak dengar suara dia walaupun perkataan Hello dah cukup buat aku bahagia. Bila malam sebelum nak tidur aku akan fikirkan dia aku akan kenangkan semua kenangan manis semasa aku dengan dia, dan masa tu lah aku tersenyum dan membuatkan aku dapat tidur dengan lena. Indah kan perasaan ini ?


Perasaan rindu yang sangat indah yang tak pernah aku rasakan.




Sunday, April 22, 2012

Hepi Birthday NHG

Posted by sititography at 10:31 PM 0 comments Links to this post
Macam biasa, aku ni memang jenis manusia yang tak suka ingat nombor-nombor ni. Entahlah kenapa penyakit apa ntah lah. Bab nombor je mesti aku lemah gila. Haaaa ni mesti sebab cikgu sabariah tu kot. Hahaha cikgu pulak di persalahkan. Nasib baik lah ade Facebook, kiranya dari sini boleh ingatkan aku birthday orang. Nak nak pulak birthday orang yang sangat penting ni. 


Ok birthday dia 12 April, aku perlu buat sesuatu sempena birtday dia. Sebab aku nak lah hepi kan dia untuk hari yang sangat bermakna buat dia kan? tapi macam mana eh nak plan? dan penyakit kedua aku tak reti nak buat planning. Sebab selalunya kalu aku je plan mesti tak menjadi. 


Walau macam mana pun plan perlu dilaksanakan hahaha, Tapi sangat kelakar ok! apa yang aku plan semua tak menjadi so apa yang jadi ialah benda yang sangat pelik dan lawak. Rasa-rasa aku tak pernah ada orang buat sambutan macam ni kecuali aku. Nak tau apa jadi?


Ok macam ni, dah kebetulan dia stay rumah aku, pagi-pagi tu aku dah ajak dia keluar. Ok perkara pertama macam biasa, sampai je sunway piramid tu aku dengan dia terus cepat cepat cari tiket wayang. ok kite tengok wayang. haaaa sweet ape tengok wayang kan? Tapi sayangnya movie yang dia nak tengok tak de pulak so terpaksa tengok movie yang ada. Kira ni main belasah je lah. Ok tiket dah pun beli. ada lagi dua jam ni. Ape nak buat eh?


Haaa mesti lah lapar jadi aku bawak dia pergi secret recipes. Hahaha ada ke patot aku suruh dia pilih sendiri apa dia nak makan dan kek pun aku suruh dia pilih. aku bajet ni mesti dia belum syak aku bawak dia makan ni sebab birthday dia. so aku pun slow slow cakap dekat budak secret tu suruh tuleh hepi birthday atas kek tu. Ha masa kek tu dihantar kat meja lah dia nampak terkejut. wah sweet tak ? hahaha mestilah sweet kan ? 


Ok next plan belikan hadiah yang akan buat dia selalu dapat pegang hadiah tu, dan hadiah tu pulak dan dan tu jugak terlintas kat kepala hotak ni nak belikan dia bear. ok ape bear kalau dia nak tidur malam malam boleh peluk dan rasakan aku. hahaha bertambah sweet kan? Tapi masalahnya aku pulak tak tau bear macam mana dia suka. Pikir punya pikir. Alaaaah suruh dia pilih sendiri lah. hahahahaha habis cerita. Tapi masa masuk kedai tu dia tak syak lagi hadiah tu untuk dia. Lepas dah bayar aku pun dengan senyum senyum manis cakap "nah ni untuk sayang hepi birthday" hahahaha malunya sebab aku tak pernah buat benda macam ni. Kiranya ni lah 1st ok! 


Alhamdulillah dia suka dan dia tersenyum sepanjang hari. Dan kerana itulah membuatkan aku sangat bahagia. Aku terasa bahagia sangat bila dapat buat dia tersenyum. Dan masa waktu balik aku dengan dia sibuk sibuk pikir nak letak nama apa kat bear tu. hahahahah bole kan? 


Hepi birtday NHG! Love u! 

Tempat baru

Posted by sititography at 10:09 PM 0 comments Links to this post
Sekali masuk terus dua tawaran, mana satu aku nak pilih ni ? kat Wangsa maju ke atau  kat area rumah aku aje neh? persoalan ni selalu bermain di fikiran sejak-sejak dah dapat tawaran kerja ni. betul kata orang kan? kalau dah rezeki pasti ada cuma lambat atau cepat ja. Yang penting kita kena berusaha dan sabar lah.


Ok aku dah pun buat keputusan, ambik yang dekat dengan rumah lah walaupun company cina kan? tak pe lah try lah keja dengan bangsa lain pulak kan? cedok pengalaman baru. Bukan ape bila dekat dengan rumah tak banyak benda nk kena buat. just tukar tempat duduk aje dan masih lagi boleh duduk di rumah yang sama kan? lagi pun aku pun dah selesa dengan rumah sekarang, kalau nk pindah pindah rumah ni macam biasa lah kan leceh sikit.


Ok aku dah pun mulakan kerja di tempat baru. Biasa lah nak menyesuaikan keadaan dengan tempat baru tu susah sikit. nak nak tempat, cara kerja dan offices mate yang baru kan?  tapi walau macam mana pun aku kena lah jugak slow slow biasa biasakan dengan keadaan di tempat baru ni. Mana tau serasi ke kan?



Ok semangat baru jom kerja!

Friday, April 20, 2012

Surat untuk CCB

Posted by sititography at 12:30 AM 0 comments Links to this post
Haishh.. Macam mana cara aku nak bagi surat ni kat dia, Ok dah petang pun macam mana pun aku kena bagi jugak surat tu hari ini jugak. Kalau tak tak sampai lah 7 hari notis ni pulak. Ok ok misi berjalan dengan lancar.


" Puan kejap, ada surat untuk puan ni" pergh dengan tersenyum riangnya ni.  "eh surat apa pulak ni? " sambil tangan dia pulak ligat membuka sampul surat tu. " awak nak berhenti ye? ok tapi awak dah dapat kerja baru ke" dengan sinis aja muka dia. eleh dia ingat kalau aku berhenti aku boleh mati ke? tolong lah sikit ccb ooi. dengan bangganya aku jawab " dah " ha tersentap dia. " ok kalau macam tu awak pergi cop terima" dengan senyuman yang macam pontianak tu. aku masuk semula dalam offices dah tersenyum dekat member-member yang tak sabar nak tau keputusan. semua ala-ala joyah jugak depa semua ni. Hahahaha.

Fuh! aku dah boleh tarik nafas lega dah sekarang ni. Mana tak nya akhirnya aku berjaya keluar daripada tekanan perasaan yang sangat kritikal bila berada di bawah arahan dia. mentang-mentang lah bos. Dok tunjuk terer. eeee please lah. Bukan aku aje yang blah tapi si duda teruna dua orang tu bakal jugak tu. lepas ni gamaknya gila moroyan lah kau sorang-sorang kat offices tu. Mana tak nya semua staf keluar dalam bulan yang sama. dan apa yang tinggal sekarang ? suma offices yang kosong! 


Itulah jadi majikan jangan terlalu ego dan ikut kepala sendiri sepatutnya kebajikan anak buah kena jaga bukan di jadikan barua kau sahaja. selamat maju jaya CCB! 
 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review