Rindu, mungkin perkara biasa kepada sesiapa sahaja kan? Kalau kita merindui orang yang kita sayang itu juga perkara biasa kan? tapi pada aku perasaan ini sangat luar biasa. Sebabnya aku tak pernah merasakan perasaan rindu yang teramat macam mana yang aku tengah rasakan sekarang ni. Serius aku sangat merindui!
Pada aku ia adalah sesuatu yang wajib sepanjang aku berjauhan dengan dia. Orang kata perasaan rindu ni satu benda yang menyakitkan tapi pada aku tidak! rindu tidak sakit tapi satu perasaan yang sangat indah yang hadir dalam hati yang ikhlas pada dia.
Seronok sebenarnya rindu merindui ini tau. Lagi seronok bila perasaan rindu itu terbalas. Aku pasti tersenyum bila baca je msg " I miss u too " wah! mana taknya berbunga-bunga hati ni tau. Setiap masa aku tertunggu- tunggu bila boleh jumpa dan bersama dia. Sebab aku tak tahan sangat rindu yang amat! aku rindukan segala-galanya tentang dia. Aku rindu senyuman dia, aku rindu sentuhan dia, aku rindu belain dia yes! aku rindukan segalanya tentang dia.
Bila aku rindu, aku akan tengok semua gambar-gambar dia, bila bangun tidur cepat-cepat aku tengok handphone mana lah tau ada apa-apa msg yang sweet dari dia. Bila handphone berbunyi cepat cepat aku lari nak angkat call sebab aku nak dengar suara dia walaupun perkataan Hello dah cukup buat aku bahagia. Bila malam sebelum nak tidur aku akan fikirkan dia aku akan kenangkan semua kenangan manis semasa aku dengan dia, dan masa tu lah aku tersenyum dan membuatkan aku dapat tidur dengan lena. Indah kan perasaan ini ?
Perasaan rindu yang sangat indah yang tak pernah aku rasakan.
0 comments:
Post a Comment