Haishh.. Macam mana cara aku nak bagi surat ni kat dia, Ok dah petang pun macam mana pun aku kena bagi jugak surat tu hari ini jugak. Kalau tak tak sampai lah 7 hari notis ni pulak. Ok ok misi berjalan dengan lancar.
" Puan kejap, ada surat untuk puan ni" pergh dengan tersenyum riangnya ni. "eh surat apa pulak ni? " sambil tangan dia pulak ligat membuka sampul surat tu. " awak nak berhenti ye? ok tapi awak dah dapat kerja baru ke" dengan sinis aja muka dia. eleh dia ingat kalau aku berhenti aku boleh mati ke? tolong lah sikit ccb ooi. dengan bangganya aku jawab " dah " ha tersentap dia. " ok kalau macam tu awak pergi cop terima" dengan senyuman yang macam pontianak tu. aku masuk semula dalam offices dah tersenyum dekat member-member yang tak sabar nak tau keputusan. semua ala-ala joyah jugak depa semua ni. Hahahaha.
Fuh! aku dah boleh tarik nafas lega dah sekarang ni. Mana tak nya akhirnya aku berjaya keluar daripada tekanan perasaan yang sangat kritikal bila berada di bawah arahan dia. mentang-mentang lah bos. Dok tunjuk terer. eeee please lah. Bukan aku aje yang blah tapi si duda teruna dua orang tu bakal jugak tu. lepas ni gamaknya gila moroyan lah kau sorang-sorang kat offices tu. Mana tak nya semua staf keluar dalam bulan yang sama. dan apa yang tinggal sekarang ? suma offices yang kosong!
Itulah jadi majikan jangan terlalu ego dan ikut kepala sendiri sepatutnya kebajikan anak buah kena jaga bukan di jadikan barua kau sahaja. selamat maju jaya CCB!
0 comments:
Post a Comment