Thursday, March 22, 2012

Jom ikot balik kampung

Posted by sititography at 12:52 AM
" Hello, assalamualaikum mak, minggu depan ceq balik tau! "

"Ha okok tapi hang dah beli ka hadiah kat dayah tu? kalau tak beli lagi nanti mak belikan lah, tapi nanti hang bayaq balik kat mak tau!"

"Amboi mak, ala kedekut lah mak ni. okok tak pa nanti ceq bayar lah balik hehehe. Ha lagi satu nanti mak kemas-kemas lah rumah suruh yaya kemas tempat tidur tu dok bau dia ja tukar cadar apa yang patut tau sebab ceq nak bawak balik kawan"

"Aick ya ka? tak pernah-pernah nak bawak balik awat nak bawak balik ni? ha sapa tu macam istimewa ja tu"

"Ala mak ni nanti mak kenai lah jangan lupa kemas tau! okok nanti sembang lagi. Assalamualaikum"


Dalam hati ni dah tak sabar sangat nak tunggu hari balik kampung tu. Nanti aku nak bawak dia tengok sunset lah sebab dia cakap dia suka sunset. Insya'allah aku akan layan dia sebaik mungkin kira nak bagi layanan 1st class lah ok tak? cayalah. lagi pun ini lah kali pertama aku bawak orang datang rumah. Bukan senang aku nak bawak orang tak tentu pasal datang. yelah takot orang tak selesa pulak dengan kehidupan keluarga kita kan?
dan disebab kan itu lah aku tak habis-habis ulang pertanyaan yang sama kat dia. Kesiannya tak larat dia nak menjawab.


"Jangan terasa tau dengan mak atau yang lain-lain kalau ada yang kurang tau, rumah kami biasa-biasa aje kalau tak selesa minta maaf tau!"

"Eish da lah jangan cakap lagi macam tu, kalau cakap lagi orang betu-betul tak selesa nanti"

"Okok tak cakap lagi hehehe.." huh! lega hati aku bila dia cakap macam tu bukan apa aku risau gila sebab bukan apa, peragai sorang-sorang kat rumah tu pelik-pelik sikit. Mak dengan cara dia yang standard lah pot pet pot pet yang yaya macam biasa jugak peragai cempera dia tu. Hai segan jugak. Tapi aku percayakan dia. aku harap sangat dia selesa dan tak serik nak mai rumah aku lagi nanti. 


Kira-kira pagi jugak lah sampai rumah, tak cakap banyak terus naik tidur. Letih kot drive lah katakan lagi pun ni lah 1st aku drive balik penang malam-malam kalau tak sebelum ni mana pernah. nasib lah ada teman sebab tu gagah jugak balik malam tu. Tapi apa yang bestnya sampai pukul 4a.m tak tidur lagi macam-macam benda terjadi ala sweetnye dia. Haish! suka pulak tengok macam tu. Aicei cei comel aje budak ni. 


Walaupun penat drive, aku dengan rajinnya bangun pi buat cucuq pisang, wah! rajin nya tu semua semata-mata kerana tetamu istimewa ni lah. Kalau tak jangan harap lah aku nak goreng. Kena jerit dua tiga kali baru nak angkat bontot hahaha. Sweet tak ? Lepas tu apa yang best time lunch kami makan gulai ketam. Fuh! menjilat jari beb! hahaha seronok nya bila dapat bercuti kat kampung macam ni. 


Hari kedua pulak kami seperti yang dah plan, kami pi kenduri kahwin my bff lah. Mak pun ikut sekali tau! nasib baik mak ikut kalau tak susah si syikin tu nak makan mana tak nya si auni ni bukan mau kat orang pun. Seperti biasa kamera tak pernah tinggalkan ha nasib baik ada jurukamera hehehe sori sb suruh tolong amik kan. Lepas balik kenduri kami terus p rumah syimah pulak. Kesian dia sebab tak ada rezeki dia kot. Anak dia meninggal dalam kandungan. Aku harap dia bersabar dengan ujian Allah ni. InsayaAllah nanti mesti ada lagi tu. 


Kesian dia, niat nak tengok sunset tapi tak dapat tak tau kenapa setiap petang aje mesti mendung dan hujan. Maaf ye sebab tak dapat nak tunaikan hajat nak tengok sunset tu. Tapi Insya'Allah nanti kita pergi tengok sunset ok. 


Percutian kali ini amat memakna untuk aku dan aku sangat seronok berada bersama dia dan dapat berjumpa dengan orang tersayang!

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review