Thursday, February 23, 2012

Laptop

Posted by sititography at 10:04 PM
" Weh awat bila aku post kat fb hang, hang tak reply pun? " aku cuba bertanya adik bongsu aku ni. tapi dengan slambanya dia jawab " aku sekarang ni mana dok online sangat pun, bukan hang tak tau. adik laki hang tu kalau dia ada kat rumah komputer tu mana boleh aku pegang pun" 

Lepas sahaja aku dengar apa yang dia cakap, tiba-tiba secara automatic ada sesuatu bermain kat kepala aku dan secara tiba-tiba aku teringat komputer kat rumah sewa aku tu. 

" Hmmmm aku pun tak guna sangat laptop tu, tak pa lah nanti aku balik penang aku bagi lah laptop ni kat dia. Dia adik aku, darah daging aku sendiri kenapa aku nak berkira sangat kan?dekat orang luar boleh pulak aku bagi pinjam guna ambil lama-lama" bisik hati aku sendiri.


Sebenarnya aku terasa teruk sangat, aku bukan kakak yang mengutamakan adik-adik sendiri tapi aku pulak nak lebih-lebih kan orang lain selama ni. adooooi teruk jugak aku ni kan ? menyesal pulak. sebab selama ni abaikan aje permintaa adik aku. aku biar saja adik aku susah tapi orang lain ? aku tak nak dan langsung tak nak tengok susah. sedaya upaya aku tolong.. eishhh!


Alhamdulillah dah terbuka pun mata yang selama ini tertutup. betul kata orang setiap apa yang berlaku ada hikmah. dan aku percaya pada hikmah tu.

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review