Thursday, February 16, 2012

Alahai batuk

Posted by sititography at 11:38 PM
Ahaiii... dah 3 hari batuk tak henti-henti pulak tu. Mula-mula tu batuk biasa-biasa je mungkin sebab setiap hari minum ais kot sebab tu batuk. 

"Hai kenapa hari ni minum air suam?" perli kawan aku, alah masa tu aku buat pekak je macam tak dengar. sebenarnya aku bukannya suka sangat nak order air suam ni semua ni pun sebab terpaksa ja. sebab batuk punya pasal lah! kalau tak tak ada maknanya lah nak minum air panas tengah tengahari macam ni.


Dah masuk hari kedua pun. batuk aku tak baik-baik lagi. air suam dah banyak minum tapi batuk bukannya makin elok tapi makin teruk. haisssh kenapa la pulak ni ? 


Hari ni dah masuk hari ketiga aku batuk, tapi kali ni batuk ni lain macam sikit. batuk sampai menekan dada dan bahagian perut. setiap kali batuk huh! memang terasa sakit yang amat lah. Disebabkan terlalu sakit aku cuba cara lain pulak. Kebetulan hari ni hari jumaat. Apa lagi aku try lah bodek budak-budak offices yang nak pergi sembahyang ni tolong belikan air asam jawa. Mana tau lepas je minum air ni boleh baik.


Kroooch, bunyi pintu offices ditolak, hah memang dorang dah balik lah tu. aku cepat-cepat masuk offices daripada ruagan editing sebelah. " hah air asam jawa tu dah beli ada dalam peti sejuk" yes! terima kasih kawan. aku pun cepat-cepat ke dapur konon nak minum lah nak hilangkan batuk. hah harap-harap cara ni memang berkesan lah untuk hilangkan batuk ni. sebab rasa sakit sangat dah pun.


Semoga cepat lah kau pergi wahai penyakit batuk!

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review