Wednesday, February 8, 2012

Bukan orang bandar pun

Posted by sititography at 10:47 PM
" Assalamulaikum " dengar penuh kesopanan bagi salam yelah mana tak nya datang rumah orang kot. Dah la tu 1st pulak. Eish kejap-kejap rasa segan kejap-kejap terasa mati kutu pun ada jugak ni. Hai macam-macam perasaan ada. Tapi normal lah aku memang macam tu, kali pertama jumpa orang malu dia tak hingat. Tapi 2  tiga jam lepas ni ok lah tu. malu-malu kucing lak kan ? aku memonolog sendiri di hati. 


Mungkin sebab terlalu letih dan mengantuk sebab semalaman dalam bas, belum sempat berborak aku dah tertido dalam bilik. Huh! nasib baik lah, masa time aku bangun tu tak ada siapa pun yang ade budak-budak ni aje, boleh la aku cover malu lagi. haish ade pulak pergi rumah orang tidur siang-siang. hahaha apa pun tak boleh. 


Aku macam tak percaya, baik sungguh keluarga diorang ni, layan aku baik sangat dari makan minum sampai lah ke tidur semuanya di layan dengan baik. Ya Allah! aku tak kisah lah sebenarnya nak makan apa pun, sebab aku juga budak kampung. setakat nak jamah makanan kampung tu, tak jadi masalah pun. Tapi budak boyot ni, semuanya dijaga diteliti pasal aku. kadang-kadang rasa segan pulak aku. kang nanti apa kata family dia. mengada-ngada belagak pulak aku ni. Mana taknya, semuanya dia cakap aku tak makan, menyusahkan mak ayah dia pulak nak ke pasar beli lauk nak di masak. 


Betul kata orang, kalau kita nak tahu sifat atau peragai seseorang tu, cukup lah sekadar 3 hari kita tinggal dengan dia, insya'Allah sidikit sebanyak kita akan faham cara kehidupan dia. Aku dah faham cara hidup dia. Aku suka dengan family dia. Seronok sangat berada disana. Insya'Allah kalau dijemput lagi aku akan kesana semula.


Terima kasih di atas layanan kalian semua dan akan aku jadikan ianya sebagai sebuah kenangan terindah. 

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review