Wednesday, February 8, 2012

Hadiah dari mak

Posted by sititography at 11:11 PM
" Hang kat mana? tak sampai-sampai lagi ka? "

 " ala cek tengah otw dah ni, sat lagi sampai la "

" awat lambat sangat cepat lah sikit, kami dok tunggu hang ja la, sebab nak pi tukar rim tayar tu sat lagi lambat-lambat tak dan pulak "

" ha okok sat lagi sampai lah, dah dekat atas bukit dah pun. " 

rasanya dah dua kali aku jawab call dan cakap otw. Tak sabar kot menanti kepulangan anak tersayang dia ni, hahaha aku mengomel sendiri. 


Pergh! macam tak percaya sampai aje kat depan rumah, satu rumah keluar datang jemput aku, daripada adik aku, mak, ayah dan paling best jiran-jiran pun dok tunggu. hai dah macam menteri besar pulak balik kampung nak melawat tapak hahahaha :) apa-apa pun aku rasa happy gila bila terpandang wajah-wajah yang aku rindu tu. 


" mak nak p mandi sat, bapak dia pun lah mandi. sat lagi tak dan pulak nak p sungai petani pulak petang ni" hai mak aku ni dah plan macam-macam dah. tak dan aku nak baring-baring sat. "siti hajar tak mau ikut ka? jom lah p sekali sat lagi boleh pilih nak rim yang macam mana" ajak ayah aku, tanpa banyak soal aku pun pakai tudung dan ikut kan aja walaupun sebenarnya mata dan badan ni terasa penat yang amat. 


sampai aje kat kedai tayar, aku dan ayah mula memilih rim yang sesuai dan proses tawar menawar pun bermula, tapi yang membayarnya my mom! hehehe " sayang mak! terima kasih mak sebab belikan rim ni " aku mula melafaskannya pada mak, mak hanya tersenyum. tapi di sebalik senyuman tu, aku faham yang mak langsung tak kisah keluarkan duit asalkan anak dia gembira. mak adalah yang terbaik di hati aku sampai bila-bila. 


Now kereta aku dah segak dengan rim baru yahooooo...!

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review