Thursday, January 19, 2012

Apa kelab ?

Posted by sititography at 9:47 PM
" Cepat lah nak tengok movie ape ni? " soal budak montel di sebelah aku, aku hanya tersenyum dan mengerutkan dahi tanda tidak pasti. Aku sebenarnya tak kisah cerita apa pun asalkan boleh layan 1 atau 2 jam dalam wayang tu pun dah kira ok sangat dah.


" Ok apa kata kita tengok movie the darker hours nak tak ? " aku tersenyum sebagai tanda setuju, sebab aku tau dia nak sangat tengok cerita tu, jadi aku ikotkan aje. Jadi kami pun cepat-cepat ke kaunter untuk membeli tiket. Tapi jeng-jeng lain dari kebiasaannya movie the darker hours tu tak boleh tengok kat paggung biasa tapi kena tengok kat club. club? ape tu? 


" The darker hours ni, tak boleh beli tiket kat sini, kena beli kat kaunter hujung sana harga dia rm25 seorang " selepas kami berfikir kami setuju untuk tengok cerita tu, walaupun harga tiket dia diluar kebiasaan. " tak apa lah bukan selalu kan? kita cuba " kata si montel penuh yakin seolah-olah meyakin aku. Akhirnya aku setuju dan tidak pula membantah.


Wow! tempat yang dikatakan club ni memang betul-betul Vvip sangat best dan selesa sangat. mana taknya nak makan cuma order aje, nanti ada lah orang hantar makanan tu terus ke kerusi panggung. dasyat habis lah. kami ketawa terbahak-bahak sebab dalam panggung tu cuma ada 6 orang sahaja. hah! memang terasa Vvip habis lah. tapi aircon dia sejuk sangat mengigil aku kat dalam tu apa-apa pun berbaloi lah dengan keselesaan panggung tu walaupun harga dia mahal. 


Sekarang wayang pun ada club dasyat sungguh dunia sekarang.....



0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review