Wednesday, January 18, 2012

Cepat dua jam

Posted by sititography at 11:56 PM
" Eh.. sekarang ni dah pukul berapa ye? erm... macam dah lewat lah sempat tak ni wei ? "

" Jap jap aku nak tengok jam kat hand phone aku sat pukul berapa dah"

"Eh.. tu kat tangan kan ada jam kenapa pulak nak tengok jam hand phone adooi! lah kau ni "

Sambil tersenyum nak cover malu " em sebenarnya kan jam aku ni cepat dua jam aku malas nak tolak dua jam sebab kan ada minit-minit saat-saat ni nanti tersalah tolak pulak hahahahaha "

" Adeh! hahaha kau ni boleh pulak pakai jam yang dah uzur kan? " kami sama-sama tergelak, sebenarnya bukannya aku tak boleh beli jam baru tapi sebenarnya aku sangat sayangkan jam ni, walaupun masa pun dah gelong aku tetap pakai dan bila aku tak pakai jam lain macam pulak rasanya tangan ni.

Tiba-tiba, kami terdiam seketika, seolah-olah fikiran kami masing-masing lenyap dan melayang entah ke mana dan aku mula terbayang-bayang jam baru hadiah hari jadi aku yang dijanjikan dan masih tak kunjung tiba pun. Fuh! bila lah aku boleh pakai jam baru ni. malu rasanya bila selalu sangat pura-pura tak dengar bila ada yang tanya.. grrrr! malu...


Tak sabar nak pakai jam baru...

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review