Monday, January 9, 2012

Kisah si boyot dan lidi

Posted by sititography at 3:25 AM
"Eh sapa pulak yang add aku ni? emm.. tak pe baik aku check sapa budak ni, kalau kenal aku approve kalau tak ignore aje lah bukan susah pun. Eh.. budak Unisel rupanya, emm approve aje lah." 

Daripada tulah aku dan dia kenal. tapi kami sekadar jadi kawan Fb aje tak pernah komen dan tak pernah chatting pun cuma sekadar nak penuhkan friends list. Masing-masing tak tegur langsung pun. Dan aku pun tak pernah perasan wujudnya dia dalam friends list aku selama ini. 

Sehinggalah pada satu hari tu kalau tak salah aku, aku upload gambar dinner last bach aku. tetiba masa seronok main komen-komen dengan kawan sekelas tiba-tiba dia pun mula komen gambar-gambar yang ada, apa lagi aku ni bukanlah sombong orangya dari situlah aku mula perasan wujudnya dia dalam fb aku. Tapi yang bestnya dia boleh pulak puji aku cantik. cantik ke aku? hahaha.. belasah aja lah dah orang puji aku terima seadanya lah.

Aku sebenarnya tak pernah pun jumpa dia apatah lagi nak bersembang. Memang tak lah! tapi nak dijadikan satu cerita dia dengan baik hatinya offer nak bagi borang Finas rasanya. yelah masa tu kan aku ni dah tahun akhir mesti lah semangat nak cari kerja tu tebal kerak bumi. Kami dah set nak jumpa kat round board kecil depan rumah aku tu. kira ini lah pertemuan pertama aku dan dia.. cewah macam cerita hindustan pulak. hahaha... Tercari-cari aku mana lah kelibat orangnya al-maklumlah tak pernah jumpa kan?


Dari jauh aku dah nampak budak tembam dengan bertuala di kepalanya, aku terus mendekati dia dengan slamba mula mengatur kata " kamu kan? eh terima kasih tau sebab bagi borang ni" dan kami mula bercakap bla2 dan bla.. aku sendiri tak ingat dah apa yang kami bual kan tapi apa yang pasti itulah kali pertama kami bercakap dan berjumpa.

Selepas tu, tiada lagi perjumpaan, mungkin masing-masing sibuk kan? tapi betul kata orang, kalau Allah izinkan dan nak apa pun boleh jadi. entah kenapa masa aku terdesak aku sedih dan aku perlukan seseorang untuk berkongsi dia datang tepat pula pada masanya. Aku senang sangat dengan dia, aku rasa selesa dan mula percayakan dia. Sebab tulah aku berani ceritakan apa sahaja masalah aku pada dia. ah! rasa lega rasanya bila semua beban dalam hati ni dapat diluahkan. Walaupun dia hanya sekadar mendengar tapi bagi aku itu sudah cukup buat aku tenang dan lega.


Siapa sangka dari dijadikan tempat meluahkan perasaan dan berkongsi cerita, makin hari seperti ada rasa dalam hati ni, rasa yang aku sendiri tidak pasti. Aku cuma untuk menafikan semua rasanya tapi siapa aku untuk menafikan anugerah Allah ini. Aku mula menghargai dirinya dan aku mula belajar sayangkan dirinya sebagai seorang teman yang ada buat aku samada susah atau jatuh aku. Aku berharap sangat dia akan selalu ada dan temani aku dalam setiap keadaan yang datang. 


Tak aku duga aku mula sayangkan dia, dan aku tahu dia juga sayangkan aku. Tapi pada mulanya aku cuba menafikan sebab aku takut. Aku takut kasih sayang aku pada dia tu cuma sementara cuma dan aku rasa tidak adil untuk dia. Aku tak nak menjadi kejam pada dia. Tapi lama kelamaan aku sendiri sudah pasti.. ya aku pasti! aku dah sayangkan dia dan satu janji pada diri sendiri dah dibuat. Tapi biarlah janji tu tersimpan dalam hati tanpa ada sesiapa yang tahu.


Indahnya pertemuan dan salam yang dihulurkan jadi jangan sesekali sia-siakannya....

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review