Sunday, April 22, 2012

Hepi Birthday NHG

Posted by sititography at 10:31 PM
Macam biasa, aku ni memang jenis manusia yang tak suka ingat nombor-nombor ni. Entahlah kenapa penyakit apa ntah lah. Bab nombor je mesti aku lemah gila. Haaaa ni mesti sebab cikgu sabariah tu kot. Hahaha cikgu pulak di persalahkan. Nasib baik lah ade Facebook, kiranya dari sini boleh ingatkan aku birthday orang. Nak nak pulak birthday orang yang sangat penting ni. 


Ok birthday dia 12 April, aku perlu buat sesuatu sempena birtday dia. Sebab aku nak lah hepi kan dia untuk hari yang sangat bermakna buat dia kan? tapi macam mana eh nak plan? dan penyakit kedua aku tak reti nak buat planning. Sebab selalunya kalu aku je plan mesti tak menjadi. 


Walau macam mana pun plan perlu dilaksanakan hahaha, Tapi sangat kelakar ok! apa yang aku plan semua tak menjadi so apa yang jadi ialah benda yang sangat pelik dan lawak. Rasa-rasa aku tak pernah ada orang buat sambutan macam ni kecuali aku. Nak tau apa jadi?


Ok macam ni, dah kebetulan dia stay rumah aku, pagi-pagi tu aku dah ajak dia keluar. Ok perkara pertama macam biasa, sampai je sunway piramid tu aku dengan dia terus cepat cepat cari tiket wayang. ok kite tengok wayang. haaaa sweet ape tengok wayang kan? Tapi sayangnya movie yang dia nak tengok tak de pulak so terpaksa tengok movie yang ada. Kira ni main belasah je lah. Ok tiket dah pun beli. ada lagi dua jam ni. Ape nak buat eh?


Haaa mesti lah lapar jadi aku bawak dia pergi secret recipes. Hahaha ada ke patot aku suruh dia pilih sendiri apa dia nak makan dan kek pun aku suruh dia pilih. aku bajet ni mesti dia belum syak aku bawak dia makan ni sebab birthday dia. so aku pun slow slow cakap dekat budak secret tu suruh tuleh hepi birthday atas kek tu. Ha masa kek tu dihantar kat meja lah dia nampak terkejut. wah sweet tak ? hahaha mestilah sweet kan ? 


Ok next plan belikan hadiah yang akan buat dia selalu dapat pegang hadiah tu, dan hadiah tu pulak dan dan tu jugak terlintas kat kepala hotak ni nak belikan dia bear. ok ape bear kalau dia nak tidur malam malam boleh peluk dan rasakan aku. hahaha bertambah sweet kan? Tapi masalahnya aku pulak tak tau bear macam mana dia suka. Pikir punya pikir. Alaaaah suruh dia pilih sendiri lah. hahahahaha habis cerita. Tapi masa masuk kedai tu dia tak syak lagi hadiah tu untuk dia. Lepas dah bayar aku pun dengan senyum senyum manis cakap "nah ni untuk sayang hepi birthday" hahahaha malunya sebab aku tak pernah buat benda macam ni. Kiranya ni lah 1st ok! 


Alhamdulillah dia suka dan dia tersenyum sepanjang hari. Dan kerana itulah membuatkan aku sangat bahagia. Aku terasa bahagia sangat bila dapat buat dia tersenyum. Dan masa waktu balik aku dengan dia sibuk sibuk pikir nak letak nama apa kat bear tu. hahahahah bole kan? 


Hepi birtday NHG! Love u! 

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review