Thursday, May 3, 2012

Kepala lutut aku

Posted by sititography at 7:30 PM
Ya Allah memang sakit, sangat sakit ok! mana tak nya nak jalan pun susah sakit sangat bila pijak lantai tapi dah nama pun anak di rantauan, susah sakit macam mana pun kena redah jugak lah. 


Al-kisahnya macam ni, baik baik aku tengah jalan kaki kat paking kereta tiba-tiba tup aku tersungkur, ha macam mana boleh tersungkur aku pun tak tau. Arrrrgggh! kaki aku tak boleh luruskan adoooi! nak tak nak aku kena tarik sendiri kaki tu, tu sahaja caranya nak masuk kan balik kepala lutut tu. Sakit sangat sampai terkeluar air mata tau! bukan keluar lagi tapi dah nangis pun. Tak peduli pun orang orang yang ada. Sakit punya pasal aku dah lupa apa itu perasaan malu.


Selepas 10 minit aku terduduk kat paking tu, barulah aku dapat gagah kan jugak berjalan slow-slow naik ke rumah. Ye la kalau tak, tak kan lah pulak sampai petang nak duduk kat situ kan. Ha dah sampai rumah hal lain pulak yang jadi. Tiba-tiba kaki tak boleh luruskan. Jari pulak tak gerak. Haisssh! dah lain macam ni. Takut jugak ok!


Aku pun cuba mencapai minyak main lah sapu sapu sikit dengan harapan semuanya akan ok ok aje lepas sapu minyak tu. Ermmmm, bila dah tak tahan sangat aku mula lah mengamuk, ha itu yang peliknya. Bila aku sakit aku akan mengamuk haha boleh pulak macam tu kan? ntah tiba tiba kesabaran pun hilang.Lagi satu peragai yang pelik, bila aku sakit aku suka nak manja manja arggh! tapi dengan siapa aku nak manja kat rumah ni ? manja dengan dinding lah jawapannya kan? 


Sekarang aku jalan pun dah macam alien dah tersenget senget.

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review