Thursday, May 17, 2012

Untung

Posted by sititography at 12:58 AM
Terasa untung gila, bukan sebab dapat durian runtuh tapi sebab aku dapat seseorang yang sangat bermakna dalam hidup aku. serius! dia sangat bermakna untuk aku. Aku bersyukur sangat sangat sebab aku antara orang yang berada di hati dia. Yela, bukan senang nak duduk dalam hati orang. Tapi bila aku yakin aku memang ada dalam hati dia. Setiap hari aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk dia walaupun aku bukan lah sempurna mana sangat. Banyak cacat cela dan kurangnya kat sana sini. Tapi apa aku peduli yang penting perasaan aku dan perasaan dia adalah ikhlas. Itu kan lebih penting daripada kesempurnaa. Kalau kesempurnaa yang dicari taubat memang tak pernah akan dapat. Sebab mana ada manusia di dunia ni perfect! 

Hurm kalau aku nak listkan apa yang ada pada dia memang panjang lah lagi. Tapi aku try lah listkan jugak apa yang aku rasa power sangat pasal dia. Ok kalau korang nak tau dia bukan lah bergaya sangat, dia biasa biasa aje, tapi pada pandangan mata aku dia sangat coll ok! kalau mata korang nampak lain mananya citarasa kita memang tak sama lah. Hah memang pun kan ? mana ada orang yang ada citrasa yang sama. Kalau citarasa korang sama dengan aku memang kita akan berebut lah. Ah tak mau lah aku. 


Dia sangat baik, baik sangat. Sampaikan aku sendiri tak dapat tengok sikit pun kejahatan yang ada pada dia. Sebab aku dah set dalam kepala aku yang dia adalah manusia yang paling baik yang pernah aku kenal. Ah! yang paling best dia sangat caring ok! mana tak nya dia lah orang pertama yang akan ambil berat pasal aku daripada segi kesihatan, pemakanan aku dan keselamatan aku semua tu dia jaga tau. Nampak kan dia sangat caring. 


Yang paling buat aku tersentuh ialah dia sangat penyabar, sabar aje malayan kerenah peragai aku ni. Biasalah aku ni memang sangat mengada-ngada sikit. Tapi kalau aku nak mangada pun apa salahnya bukan dengan orang pun. Dengan sayang hati aku jugak. Tapi sesekali tu dia sangat nakal, nakal yang buat aku tersenyum dan merindui kenakalan tu. 


Bila mood aku tengah goyang dan bergoncang dia lah yang selalu hiburkan hati aku, dia selalu ada untuk aku. Tak kisah lah dalam apa pun keadaan dia akan selalu ada. Sebab tu aku sayang sangat kat dia. Tapi bila dia pulak buat peragai, kira turn dia pulak lah bad mood aku pulak yang mengelabah semacam. Mana tak nya aku rasa hidup aku kosong, kosong sangat. 


Satu perkataan yang memang aku tak dengar ialah perkataan bye! sebab bagi aku perkataan tu seolah-olah penamat untuk aku. Aku takut sangat aku takut kehilangan kasih sayang, cinta dan diri dia. Aku tak sanggup untuk kehilangan orang yang aku sangat sayang, orang yang selalu hiburkan hati aku masa aku tengah sedih, dia jugak adalah kekuatan untuk aku. Kekuatan untuk aku teruskan kehidupan ni. Kalau dia tak ada mesti aku dah tak kuat. Bagi aku dia lah segala-galanya dalam hidup aku. Tak kira apa pun yang berlaku aku tak nak kehilangan dia. Ok full stop! 


Aku memang untung sangat dapat merasa kasih sayang dari dia. Alhamdulillah





0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review