Thursday, May 3, 2012

Urut urut kasi baik

Posted by sititography at 7:49 PM
Ha jangan berlagak kental sangat lah, dah kaki ni sakit sangat. Aku tak boleh biar lagi macam tu, aku kena buat sesuatu. Kena urut jugak ni, tak kan lah nak biar macam tu pulak kan? nanti masuk angin lagi susah terus tak boleh jalan leceh jugak.


Dia lah orang yang paling risau dan ambil berat pasal keadaan kaki aku ni. Mana tak nya, bukan dia aje yang dok call tanya khabar, sekali dengan along dia sekali call tanya pasal kaki sampai nak bawak pi urut. Terharunya bila depa semua sangat ambil berat. Serius family dia sangat baik!


Nak dijadikan cerita kebetulan, dia dengan mak dia terpaksa datang KL sebab ada kematian ahli keluarga depa kat sungai buluh. Jadi dah ada kesempatan tu lah aku dapat urut kaki ni. Nak tau macam mana cerita ini boleh bermula ? cerita dia macam ni.


" Ada kat mana? , kalau sempat sat lagi mak nak pi melawat. Dia nak tengok keadaan kaki tu"
" Eh, boleh datang lah, rumah tak ada sapa sapa pun tapi biasa lah berselerak lah sikit, hehe malu"
" Ok, nanti kalau apa-apa bagi tau ye sebab boleh balik rumah sebab sekarang ada kat offices lagi"
"Ok tengoklah macam mana nanti"


yeay! depa nak mai bestnya, dah lama tak jumpa dia dan mak dia. Tapi ingat ke dia jalan nak mai rumah aku tu ? hehe tak pe lah kalau dia sesat nanti aku pi je lah amik dia. Tetiba along call aku.

"siti kau nak jumpa angah tak ? kalau kau nak jumpa ko siap sekarang kita jumpa kat rumah along je"
"ok boleh, kita jumpa kat sana"


Ha memang betul, last last aku jumpa depa semua kat sana. Eish! malu pulak ni, hai kenapa tiba tiba aku rasa malu ni ? sampai sejuk tangan tangan. Hahaha ni mesti sebab aku dah lama tak jumpa sebab tu segan sikit. Alaaaa caringnya dia, siap tolong papah lagi tu. Terharu dan terkedu pulak bila si layan sampai macam tu. Tak pernah ada orang buat macam tu kat aku sebelum ni.


" kak siti, mai nak tengok kaki tu, lah nampak ni lemak kat sini. makan kena pantang, malam-malam urut lah sikit sapu minyak. Tapi jangan sapu dari bawah ke atas tapi atas ke bawah" aicei cei siap dapat petua lagi. Terima kasih makcik sebab tolong urutkan kaki ni. Sebenarnya sakit tau masa urut tu. Ikutkan hati nak aje jerit kuat kuat masa urut tu tapi memandangkan tu rumah orang tahan je lah.



Terima kasih semua :)

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review