Tiba tiba dengup jantung jadi makin laju, sangat laju. Peluh di dahi memercik sedangkan bukannya tengah bersenam pun tapi dari mana datangnya peluh ni ? mungkin peluh ketakutan kot. Tup tup terasa panas pulak pipi yang agak licin ni. Ooouch! macam mana boleh mengalir air mata ni ? ha macam mana boleh keluar air mata ialah bila ada orang yang susah nak percaya yang aku sayangkan dia. Aku tak pernah salahkan dia kalau dia curiga tapi serius sangat! jauh di sudut hati aku ni. Aku berharap yang satu hari nanti dia akan nampak yang aku sayangkan dia sangat.
Lepas dia selalu cakap " eleh ye ke sayang? " aku dah berubah weh, aku dah mula pandai buat ayat ayat sweet hahaha, malu weh sebab aku bukan romantic pun, tapi sebab aku nak dia rasa dan tahu yang akau memang sayangkan dia aku dah mula pandai meluahkan rasa hati.
When you love somebody, let them know, before it's too late, betul kan ? kenapa kita perlu simpan apa yang kita rasa dalam hati sorang-sorang. Sepatutnya apa yang dirasakan akan membawa kebaikan haruslah diluahkan. Kenapa? kebiasaannya, orang yang sayangkan kita ni, dia nak sangat dengar walaupun satu perkataan sehari,tiga ayat ni i love u, walaupun bagi aku kasih sayang ni tak perlu selalu di ungkapkan cukuplah kita dapat rasa pakai hati. Tapi tak semua orang macam tu. Yang boleh rasa pakai hati,sebab dia perlukan kepastian. Mana lah tau dia rasa lain tapi lain pulak yang kita rasa. Dan sekarang ni baru aku sedar yang perkataan aku sayang kamu, i love u , aku cinta kamu tu sangat penting dalam hubungan.
Kerana luahan yang tulus ikhlas dari hati tu dapat membuatkan dia rasa sangat dihargai. U know what? Just with a line "i love u baby" u can make her heart melt u know? Even she can even fly to the another world just because of that word.
Tapi jangan pulak dok pergi menjaja luahan hati dekat semua orang dengan niat suka-suka. Eissssh!tak baik lah buat macam tu. Bagi aku perkataan tu sangat bermakna bukan benda main main macam sesetengah orang yang sedap mulut ja cakap dekat orang sana sini. Perkataan tu sangat suci jangan lah dok cemarkannya. Kalau kita sebenarnya langsung tak ade feeling kat dia jangan lah nak pi gatai mulut cakap " saya suka awak lah, saya sayang awak lah" bukan ke itu dah mainkan perasaan orang. kan ? kan lebih baik perkataan tu hanya diluahkan untuk orang yang benar benar sayang je.
Dan jangan lupa, kesetiaan dan kepercayaan dalam hubungan sangat penting.
0 comments:
Post a Comment