Sedih ialah suatu perasaan yang Allah telah campak kan kepada kita tanpa memilih siapa di antara kita.. bila Allah campak perasaan ini, kita sebagai seorang insan tak mampu buat apa-apa dan kadang-kadang kita sendiri tidak tahu kenapa kita bersedih.. hebatnya perasaan yang telah di anugerahkan olehNya kepada kita.
Kadang-kadang kita rasa sangat sedih dengan masalah yang kita hadapi tetapi pada orang lain itu bukanlah satu kesedihan... bila sedih datang kita sebagai manusia mula menjadi runsing muram dan menangis meratapi kesedihan itu. pada masa itu, kita akan mula mencari jalan macam mana kita boleh keluar daripada masalah ini... tanpa kita sedar bila kita dalam situasi ini pasti kita mencari dan menemui Allah.. ramai manusia mencari Allah ketika dia sedang bersedih bukan? dan tidak ramai orang mencari Allah ketika sedang gembira bukan? kita tidak pernah mencari sedih tidak pernah mengundang sedih itu datang dalam hidup kita. tetapi sedih berjaya membawa kita untuk berjumpa Allah... sedih selalu berjaya membawa kita mendekatkan diri dengan Allah... ramai antara kita sujud ketika kita sedih ramai juga orang yang sombong sujud kerana sedih... kalau Allah tidak campak perasaan sedih mungkin kah kita akan mati sebagai ahli neraka?
Tahukah kita perasaan sedih samada besar atau kecil adalah kerana Allah inginkan kita kembali menyebut namaNya...
0 comments:
Post a Comment