Sunday, September 11, 2011

2 Minggu tanpa henti

Posted by sititography at 8:56 PM
Adoooi nasib tak selalunya baik... kenapa aku cakap macam tu sebabnya benda ini betul-betul jadi kat aku selama dua minggu tak henti-henti... mungkin Allah sedang menguji tahap kesabaran aku... so aku terima semua ujian ini walaupun hati aku sedih giler... mana tak sedihnya baby aku rosak kerana semua ini... korang nak tau apa yang dah terjadi jom baca cerita aku kat para bawah ni...


Hari pertama iaitu tepat pukul 3 petang pada hari ahad 04/09/2011 kereta kesayangan aku PJE kena cium bontotnya dengan kereta proton saga warna kelabu.. masa tu aku kat trafic light kat pemaisuri otw balik dari cheras pi hantar ketupat dekat untie lela... adushh! apa lagi aku turun dari kereta dengan muka benggang lepas tu aku dan kereta yang langgar aku tu pun berhenti kat sisi jalan sebab nak elak dari jam... lepas untie lela dan family sampai kat tempat kejadian semuanya selesai dan orang tu bayar ganti rugi kat aku rm130 sebab kereta aku tak ada la teruk sangat cuma calar sikit dan no plate patah...


Ok lepas semua tu selesai aku pun dah repair kereta dengan hati yang lega... minggu berikutnya tepat pukul 10malam kat bangsar pada hari jumaat 09/09/2011 kereta aku pulak yang mencium teksi... adush... masa tu hanya tuhan saja yang tau betapa remuk nya hati aku sama macam remuk nya kereta aku... lepas minta maaf kat driver teksi tu aku pun bayar la dalam rm100 sebagai ganti rugi... tapi serius tidur malam aku memang tak senang asyik pikirkan PJE kat kemek 2... dan esok petangnya aku bertemankan kawan aku pi cari kedai ketuk dan cat sekitar kepong... tapi sangat mengecewakan sebab harga nak ketuk tu bapak punya mahal.. mana lah nak termampu aku nak bayar... and paling susah bila kereta nak kena tinggal.. susah lah aku nak bergerak... urmmmmm....


Dengan hati yang keciwa dan sedih kami pi makan sat kat giant batu caves... lepas tu masa nak balik mata ni betul-betul terpandang sign board " kedai repair bumper" aku try ke kedai tu sebab nak cuba nasib... alhamdulillah akhirnya kereta aku berjaya diketuk tanpa perlu tinggalkan kereta dengan harga yang lebih murah jauh sangat perbezaan harga dengan kedai-kedai sebelum ini.. alhamdulillah... PJE kembali normal... tapi bumper aku belum tukar lagi... nanti lah bila ada duit aku pi tukar...


Malang memang tak berbau kan ??

0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review