Kalau sekali kita buat silap itu mungkin tak sengaja... mungkin orang lain boleh maafkan kesilapan kita dengan mudah sebab setiap orang berhak diberi peluang kedua dalam hidup dia kan ? sebab tak dak manusia yang sempurna dalam dunia ni pun..
Tapi kalau lepas kita dah maafkan kesilapan pertama dia dan dah pun bagi peluang kedua untuk dia fikir balik setiap kesalahan tu dan kita harap sangat benda tu tak akan berulang untuk kali kedua kan ? besar sungguh harapan tu...
Tapi kalau itu adalah manusia dia tetap akan lupa setiap janji yang pernah di lafazkan... janji tak akan ulang tapi akhirnya dia buat jugak dia ulang semula benda yang sama... kerana sayang mungkin kita akan sentiasa memaafkan dia... bagi lagi peluang ketiga dan keempat... sebab semuanya kerana satu alasan yang sangat kuat iaitu sayang... tapi sayang itu tidak cukup bagi mereka...
Kerana semua itu mungkin hati kita seolah-olah ditikam dihentam dipijak sakit sangat...
tapi depa semua tatap seronok meloncat gembira ulang kesilapan yang depa sendiri tau yang kita sangat benci dan tak kan pernah suka perbuatan tu.. tapi apa depa peduli sebab depa dah set dalam kepala "ala tak pa nanti dia cari la aku, dia kan sayang aku... aku buat salah macam mana pun dia akan maafkan aku " macam tu kah erti nilai kasih sayang kita dibalas ?
Mungkin kita masih bertahan dan memaafkan kesilapan yang depa buat kerana kita sayang dan nilai kesabaran dalam diri sangat tinggi hari ini... tapi siapa menduga kesabaran ini mungkin juga akan terhakis suatu hari nanti.....
Jangan diduga air yang tenang tak akan bergelora........
Monday, July 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment