Wednesday, November 30, 2011

Tunggu masa

Posted by sititography at 2:17 AM
Adooooi tekanan tekanan...
pergi kerja tertekan balik rumah pun tertekan...
adooi mau pulak dapat bos yang macam nak pencen mau tak mau tu... bertambah kusut hidup aku...

Bila dia masuk sahaja pejabat pergh! hilang idea bernas yang ada dalam kepala hotak aku secara outomatik.. memang canggih gila lah dia punya aura.. masuk offices bukannya dia buat kerja tapi melalak menjerit sini sana... huh! stress asyik push orang aje... tapi yang peliknya kalau dia tak masuk offices kerja siap on time.. aku rasa dia ni pembawa badi kusut kot... haaaa bukan aku sahaja macam tu semua staff pun memang macam tu jugak. peragai dia pergh! kalah orang gila meroyan tu. mulut dia jangan cakap lah.. lancang habis. siapa tak tahan memang hari pertama kerja dah cabut lari... kira aku ni ok lah jugak mampu lah bertahan.... tahan tak tahan jugak lah sebab aku pun tengah cari kerja baru ni...
Ha... aku bukan nak cerita keburukan dia. nanti cakap bukak pekong orang pulak... tak baik kan? so aku cerita sikit aje lah pasal dia... dia ni kedekut yang amat... dia belasah tenaga staff macam kuli batak dia sahaja.. tapi gaji tak naik naik. tak naik tak ape satu hal tapi yang panas tu kerja lebih masa sampai ke malam elaun ke ot ke jangan mimpi lah dia nak bagi... dan yang paling aku tak suka tu dah lah bagi gaji ciput lepas tu gaji bagi lambat... gaji bulan ini bulan depan baru dapat. apa ingat orang makan pasir ke? haiiish rimas perut betul...


Tu baru bab gaji.. belum masuk bab cerewet lagi. pergh idea dia aje yang nak pakai idea orang jangan harap lah dia nak terima.. pada hal dia tak sedar idea dia dah ketinggalan zaman dah.. lapuk punya idea. lepas tu dok buat best konon idea dia lah gempaq..! sesekali pihak atasan tak pandang pun idea tu. last2 tak dapat projek. padan muka dok buat style sangat... arrghhhh! malas nak cakap banyak pasal dia... buat penat tangan aku aje taip.


yang pasti aku tengah cari kerja baru doakan aku dapat kerja tu amin....




0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review