Thursday, December 8, 2011

Hepi birthday 2 me

Posted by sititography at 12:50 AM
Happy Birthday to me...
macam pelik kan? orang wish besday untuk diri sendiri.. tak kisah lah apa pun orang nak kata aku tetap nak wish besday untuk diri sendiri sebab aku meraikannya pun seorang diri aje semalam.. tanpa ada sesiapa disamping aku..

Sebenarnya menyambut kelahiran yang ke-24 ini aku rasa sedih sikit tapi tak apa lah hanya birthday sahaja bukannya penting sangat. aku pun tak tau kenapa aku terasa sedih sangat semalam.. selalunya orang akan merainya dengan gelak tawa tapi berbeza dengan aku. aku tak tahu kenapa semalam aku meraikannya dengan air mata. air mata ini dengan mudah sahaja menitis.. aku cuba menahan tetapi ia tetap mengalir di pipi aku semalam... mungkin hati aku sedikit sebak dan disebabkan itu kot aku menitiskan air mata...

Jom aku cerita apa yang berlaku semalam.... macam biasa pukul 8 malam aku dah smpai rumah dan terasa sangat letih sebab banyak sangat kerja kat offices. sebelum balik aku ada singgah warung nasi lemak sebelah jalan tu beli nasi. itu pun sekadar nak mengisi perut sebab tak nak malam nanti aku lapar. dan itulah menu hari jadi aku pada tahun ini hanya sebungkus nasi lemak dan segelas air kosong. Alhamdulillah tak apa lah asalkan aku masih mampu makan... memang lah sedih tapi bila difikirkan balik mesti ada lagi ramai orang yang tak pernah kenal dan tahu pun hari lahir mereka so aku buat tak kisah lah sangat. 


Tapi hati aku sekali lagi menjadi sayu apabila hanya aku seorang sahaja di rumah. hausemate aku jangan cakaplah memang tak pernah ada kat rumah. aku pun dah biasa duduk seorang diri dirumah.. rasa bosan sangat kemudian aku masuk bilik dan terus tidur... mungkin terlalu letih agaknya sebab itulah mata aku senang sangat untuk terpejam. tak apa lah lagi pun bukannya ada apa-apa yang istimewa pun lebih baik aku tidur..macam tu sahaja lah birthday aku diraikan semalam... mungkin sebab itu aku terasa sangat tersentuh... tak kisah lah macam mana pun.. yang penting aku sangat bersyukur sebab aku masih diberi kesempatan untuk melihat dunia pada hari ini. Alhamdulillah...



Semoga setiap doa & apa yang aku hajatkan akan dimakbulkan Amin.....




0 comments:

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review