Mimpi...
mimpi ini sebenarnya ialah gambaran, pemikiran dan perasaan aku masa sebelum tidur tu rasanya dan benda-benda itu dah terbawa-bawa sampai ke tidur sebab itu lah kot aku boleh bermimpi...
Orang cakap mimpi semua ini cuma mainan tidur sahaja jangan percaya sangat.. ye aku memang tak percaya pun tapi yang peliknya aku asyik mimpi benda dan orang yang sama selama dua malam berturut-turut.. kenapakah ? ermmm mesti sebab aku rindu sangat kat dia kot. pejam mata sahaja mesti aku mimpikan dia... dari mula tidur sampai terjaga dari tidur aku mimpikan dia.. kadang-kadang rasa malas gila nak buka mata ini sebab tak nak lepaskan mimpi pasal dia.
Itulah bila aku fikir-fikirkan balik mungkin sebab aku asyik fikirkan dia sebelum tidur dan juga merindui diri dia sangat-sangat sebab itu lah dia selalu muncul dalam mimpi aku setiap malam.. mana taknya aku dah lama tak jumpa dia.. mestilah rindu sangat... tapi aku tak pernah bagitau dia yang aku rindukan dia dan selalu mimpikan dia.. biarlah aku sorang-sorang yang rasa dan dia tidak perlu lah tahu... aku harap dia juga sama macam aku.. tapi dia rindu kan aku ke? ntah lah semua itu akau tak boleh nak agak sebab hati orang kita tidak dapat baca pun....
walaupun aku tidak dapat mendekati dan berjumpa dengan dia cukuplah sekadar dia hadir dalam mimpi aku....
0 comments:
Post a Comment