Aku belum kahwin lagi....!
"ala... kenapa semua orang berinai nih? ade inai lebih lagi ke ha?" bisik hati aku dan terus bergegas menuju ke ruang dapur.
Tapi siapa pulak nak tampalkan inai ni kat jari aku? mata aku terus tercari-cari siapakah sasarann yang paling tepat. duuumm aku terlihat makngah yang sedang tersandar di penjuru tangga... tanpa membuang masa aku terus menghampirinya...
"Makngah.. tolong tampalkan inai boleh? boleh lah ye nak jugak macam depa semua" ujarku dengan kelembutan.
"Ok boleh lah.. mengadanya tadi semua orang tampal hang tak dak.. eee geram aku, dah duduk diam-diam bak tangan nak tampal" bentak makngah tetapi tangannya terus menampal inai di jari aku... aku pula tersipu-sipu malu dan tersenyum manis.
" Ha hang tu bila lagi? sampai bila nak tunggu? kalau dah ada cepat-cepat kan lah tak payah nak tunggu-tunggu lagi" tiba-tiba toklong bersuara tersentap aku bila terdengar soalan macam tu bertubi-tubi ditujukan kepada aku.. aku hanya mampu tersenyum sahaja malas lah nak menjawab nanti lagi banyak pula soalan. lebih baik aku diam...
Aku ingat cerita tu habis kat situ sahaja tak sangka pula bersambung sampai ke rumah. lepas seorang bertanya terus berjangkit dengan orang lain pulak. macam ikut turn lah pulak... haish rimas jugak... tapi apa boleh buat belum sampai seru lagi lah.. kalau dah smpai aku kahwin lah. nampknya diorang semua ni dah tak sabar kot.
Jodoh pertemuan kan ditangan tuhan semuanya sudah tertulis dengan siapa bagaimana dan bila... kita sebagai hambanya haruslah bersabar berusaha dan berdoa...
0 comments:
Post a Comment