Monday, December 19, 2011

Benci bas

Posted by sititography at 7:49 PM
Tak nak naik lagi...

Alaaaa dah hampir pukul 3 petang pun. Nampaknya dah sampai lah masanya untuk aku tinggalkan bumi Pulau Pinang ini huaaaaa sedihnya. Ikutkan hati tidak mahu aku tinggalkan mereka di sini. Tapi apa boleh buat aku ada tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul di sana jadi mahu atau tidak terpaksa lah juga balik Kuala Lumpur.


Ayah bekerja dan tidak ada sesiapa pun dirumah. Arghhh! siapa pulak nak hantar aku ke Bus stop neh? Mujurlah ada seorang insan ni yang selalu ada bersama aku dan selalu meghulurkan bantuan ketika aku memerlukan. Dia lah yang hantarkan aku ke Sungai Nibong.

"Lapar tak? kalau lapar kita singgah subway kat depan tu sat ok. nanti boleh makan dalam bas" ujar dia. aku hanya tersenyum tanda setuju dan aku memang pasti sangat aku pasti lapar nanti. "Nah ini subwaynya yang tak letak banyak sayur tapi beg plastik tak ada tau pegang ajelah ye" aku cuba menarik muka sebagai tanda protes tapi tidak dihiraukannya.


Aku sudah pun berada didalam bas dan menunggu masa bas bergerak meninggalkan platformnya. Aku duduk dibelakang sekali itu sahaja kerusi yang ada. Tak pa lah asalkan ada juga tempat duduk dari tiada kan?  tapi malangnya bas yang aku naik ini merupakan bas yang paling slow sangat. bayangkan driver bas ini mengambil masa lebih daripada 8 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur. Arghhhhh! pinggang aku dah mula sakit-sakit akibat duduk terlampau lama sangat dah lah tu perut aku buat hal pulak. Tak pa lah sabar sahaja lah asalkan aku selamat sampai pun dah bersyukur sangat.


Tapi aku dah nekad tak nak naik lagi bas siput ini lain kali.


1 comments:

RaBiAtUl RoZmAn said...

bljr hidup sush......... :-)

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review