Setahun sudah berlalu... cepatnya masa ini berjalan dan aku sendiri tak perasan bahawa sudah setahun aku meninggalkan dunia kampus, kawan-kawan dan pensyarah aku yang best sangat 2!
Tapi akhirnya pada 06/10/2011 kami yang terpisah selama setahun membawa haluan masing-masing berjumpa balik di tempat dimana kami mula-mula kenal dulu iaitu Unisel. disinilah kami berkenalan kami mencipta kenangan bersama melalui pahit dan manis bersama dan berjuang susah dan senang bersama. seronok sangat bila mengimbau kenangan dulu. kadang-kadang terasa sangat rindu rasa seperti ingin kembali ke masa dulu. tapi mana mungkin semua itu dapat di ulang kembali. ok jom kita tengok apa yang terjadi bila kami semua berjumpa kembali hehehe :)
Babak I Canselori - Ok kami semua dah plan awal-awal lagi nak selesaikan urusan konvocation ini sama-sama. malam tu kami semua dah rojer-rojer antara satu sama lain nak jumpa depan canselori unisel. ok memang apa yang di rancangkan menjadi. pukul 10pagi kami semua berjumpa semula depan canselori, yang bestnya dari jauh belum sempat bersemuka dekat-dekat dah terjerit-jerit dalam kereta. padahal kereta belum paking lagi tuh. nampak dah kemeriahan dan kerinduan disitu hahaha... lepas dah turun kereta apa lagi berlari-lari comel peluk dan cium pipi melepaskan kerinduan masing-masing. ok kami tak buang masa terus bergegas masuk canselori tuh.. masuk-masuk pergh! ramai gila orang dapat nombor 300++ jugak lah penat lah nampaknya nak tunggu. tapi nasib aku baik sikit sebab ada seorang kawan dah amik kan nombor untuk aku. laju sahaja aku selesaikan. tapi aku kena tunggu kawan-kawan jugak...
Babak II Fitm - lepas dah sttle urusan kat unit bendahari dan jubah pun dah amek. tetiba puan marliza hop program aku msg tanya ada kat mana. jadi kami semua terus ke falkuti nk jumpa puan, dan bestnya bising balik lah bilik puan mana taknya kami semua memang dari dulu lagi suka buat kecoh kat fakulti. hehehe seronok sangat terasa macam student aje masa tu. kebetulan dowang semua kena ke canselori semula, jadi aku ditinggalkan di Fitm 2 bersama puan, puan pulak ajak makan sama-sama tak kan lah nk tolak eishh tak sampai hati pulak jadi aku pun join lah makan sama-sama. tapi apa yang kelakarnya belum sempat nak makan. habis nasi aku tumpahkan.. hahaha penat jugak lah nak bersihkan dan puan terpaksa pergi beli yang baru.. sori puan!
Babak III Restoran Bendang - perut pun dah rasa lapar, apa lagi semua nak pergi malantak lah. sepanjang otw nak masuk kedai 2, snap gambar tak henti-henti adoooi dah macam artis pulak.. hahaha :) ok bila dah masuk kedai riuh rendah dengan suara kami pot pet pot pet dengan gelak berdetum-detum lagi. sampai semua orang tengok lah. peduli apa kami yang penting kami seronok sangat! and the last terima kasih nani dan tunangnya sebab belanja kami makan :)
Seronok sangat hari ini menghabiskan masa bersama puan marliza, encik suhaimi, Ayu , zizie , nanik , aloi , tunang si nani dan robek kawan ayu.......