Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011

Posted by sititography at 7:53 PM
Selamat hari raya adidilfitri maaf zahir dan batin...
ampun maaf dipinta andainya pernah terkasar bahasa kadang terlepas cakap bak kata orang cakap sedap mulut aja.. ke pernah termarah tak tentu pasal sampai hampa ambik hati sampai terasa kat tulang putih tu aku minta maaf sangat...! kalau aku pernah tersasul mencarut dan termaki hampa aku minta maaf jugak.. sebab mulut aku kalau tengah marah memang main sembur saja so aku pohon maaf sangat...! ha... kalau aku ada terpukul tercubit tertumbuk tertampar tersepak kat mana-mana sampai hampa rasa sakit aku minta maaf ok.. janji tak buat lagi dah hehe :) yang paling penting kalau aku termakan terambik barang-barang kepunyaan hampa aku minta halal ok halalkan la dunia dan akhirat tau...! dan apa-apa sahaja la yang pernah aku lakukan aku mohon maaf dan harap hampa semua maafkan kesilapan aku tu.. dan aku dengan ini memaafkan setiap salah dan silap yang pernah hampa buat dekat aku dan aku tak akan simpan dalam hati dan bawak ke mati orait!


Ok maaf dah minta, mai sini aku nak cerita peristiwa raya yang berlaku antara aku dia dan family...
ok macam biasa lah pagi-pagi raya bersiap pakai baju cantik wangi-wangi terus pi sembahyang raya.. selalunya mak aku jarang pergi sembahyang raya sebab tak ada siapa nak jaga rumah tapi sejak ada bibik mak aku dah ada kesempatan untuk solat sunat aidilfitri tahun ni.. ok balik aja dari sembahyang raya dah ada tetamu datang gila punya awal.. salam raya pun belum lagi so terpaksa la dia tunggu kejap sebab kami satu family nak bersalaman dan kalau hampa nak tau tahun ni sedih sangat tak macam tahun-tahun lepas... 1st aku mengalirkan air mata di pagi hari raya bila aku tengok mak dan ayah aku bersalaman pohon maaf atas kesilapan mereka... dan yang paling best ini adalah kali pertama di pagi raya aku mencium mak aku.. mungkin pada semua mencium mak adalah perkara biasa tapi berbeza dengan aku sebab selama ini aku tak pernah mencium mak aku sendiri :( dan aku rasa indah dan terharunya bila aku dapat mencium mak yang aku cintai tu.. dan yang paling best ini juga merupakan tahun pertama aku sebagai seorang anak dan kakak bagi duit raya dekat mak,ayah dan adik-adik aku.. tapi bukan setakat tu aja.. kat semua sepupu-pupu pun aku bagi duit raya.. so bajet raya tahun ni kena lebih lah.. hahahaha :)

Tahun ni boleh dikatakan ramai gila datang raya sampai makanan habis.. bak kata bibik kalu kita jual dah beratus dapat.. hahaha :) time-time raya macam ni lah adik beradik sedara mara berkumpul gelak ketawa best sangat! kan best kalu setiap hari raya maknanya antra kita semua tak akan ada pergaduhan semuanya gembira kan ? oklah setakat ni sahaja kot cerita raya yang aku nak cerita yang lebih-lebih lain kali aja la... ok apa-apa pun raya tahun ni akan tersemat dalam ingatan buat selamanya...


Selamat hari raya maaf zahir & batin.... :)

2 comments:

skunksenn zone said...

selamat ari raya langsat

sititography said...

selamat ari raya jugak manggis :)

 

Expression SHM Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review