Betul cakap orang...
kalau ada yang pertama pasti akan ada yang kedua dan tidak mustahil akan ada yang ketiga dan juga keempat..! sebab tu hampa semua tolong-tolong dan tolonglah jangan mulakan pertemuan dengan sesiapa pun.. bila hampa sudah bertemu pasti pertemuan buat kali pertama itu tidak cukup dan pertemuan untuk kali kedua akan dirancang selepas itu!
Itu tidak adil untuk orang yang amat sayangkan diri hampa.. bayangkan dia disana sangat percayakan hampa tapi hampa sedang begembira gelak-gelak dengan orang lain... Ya Allah sanggupkah hampa buat semua tu pada orang yang amat sayangkan hampa selama ini? hanya kerana orang yang hampa nak jumpa tu... tidak terpikirkah hampa tentang hati dan perasaan dia ketika hampa sedang bergembira berjumpa dengan orang lain masa tu?
Ok ok cuba bayangkan kalau dia pulak yang pergi berjumpa dengan orang lain.. apa yang hampa rasakan ketika itu? pasti marah rajuk geram benci dan sebagainya kan? kalau hampa tak suka dia keluar dengan orang lain walaupun sekadar kawan so hampa pun kena la jugak buat macam 2...! macam nilah.. hati dan perasaan orang kita tak boleh duga apatah lagi nak mengawal setiap langkah dia.. memang tidak termampu lah... tapi kalau ada kejujuran dan kesetiaan hal macam ni pasti tidak akan berlaku dalam hubungan hampa percayalah...! sebenarnya perkara macam ni lah boleh buat sesuatu hubungan tu rosak dan musnah! musnah sebab sikap hampa yang tamak.. tamak untuk mendapat kasih sayang daripada orang lain sedangkan kasih sayang yang hampa ada ini pun sudah cukup banyak...!
Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.. kalau hampa rasakan berjumpa dengan pihak ketiga tidak salah... lakukanlah tapi jangan menyesal kalau suatu hari nanti hampa akan kehilangan orang yang sayangkan diri hampa sangat-sangat saat ini... mungkin dia diam dan izinkan hampa berjumpa tapi pernah tak hampa fikir macam mana hati dan perasaan dia ketika dia izinkan perkara itu berlaku?
Ingat jangan tinggalkan orang yang hampa sayang untuk orang yang hampa suka sebab tidak mustahil orang yang hampa suka akan tinggalkan hampa untuk orang yang dia sayang....!